Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim tampil menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bermasalah selepas isterinya, Siti Khalizah Alihan, dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pagi Khamis.

Fikry menjelaskan, hubungan mereka masih dalam keadaan baik, malah isterinya turut hadir menemaninya di set Melodi pada malam sama.

“Di sini saya ingin menjelaskan, pagi tadi peguam itu tidak bercerita habis.

“Hakikatnya pada hari ini (Khamis), saya dan isteri masih baik-baik sahaja. Malah, dia juga ada di bawah (set Melodi),” katanya ketika siaran langsung Melodi, malam tadi.

Menurut Fikry, kehadiran isterinya ke mahkamah bukan untuk meneruskan permohonan cerai, sebaliknya untuk menarik balik kes tersebut.

“Pagi tadi, isteri saya datang ke mahkamah untuk menarik semula kes. Sebenarnya tiada apapun yang berlaku.

“Cuma mahkamah minta tangguhkan ke bulan seterusnya kerana tidak mahu kes ini dilihat seperti main-main.

“Saya tahu mengenai proses mahkamah pagi tadi. Sebenarnya, saya teman isteri saya pagi tadi ke mahkamah.

Ads

“Bila isteri maklumkan ada ramai wartawan, saya tak turun sekali. Jadi, saya balik dahulu. Bila sudah selesai, saya ambil dia semula. Tiada apapun yang berlaku,” ujarnya.

“Isteri Ke Mahkamah Sebab Nak Tarik Permohonan Cerai, Kami Masih Baik,” – Fikry Ibrahim

Mohon Henti Spekuliasi

Dalam pada itu, Fikry akui masih menyayangi isterinya dan akan berusaha mempertahankan rumah tangga mereka selagi terdaya.

“Saya sayang isteri saya. Bila hal ini terjadi kepada saya, mungkin ia pengajaran. Biasalah kita manusia.

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri. Selagi mana saya bergelar suami dan mengambil tanggungjawab daripada keluarga, saya akan jaga isteri dengan baik dan mempertahankan rumah tangga selagi mampu.

Ads

“Biasalah adat berumah tangga. Ada salah faham dan ada hari kita saling mengenali.

“Apapun, saya sangat bersyukur saya dan isteri masih dalam keadaan baik. Kami akan meneruskan bahtera perkahwinan ini,” katanya lagi.

Fikry turut meminta agar netizen tidak menyalurkan komen negatif kepada isterinya di media sosial.

“Kepada anda di rumah, kalau nak berikan komen negatif, janganlah di akaun media sosial isteri saya. Hantar pada saya pun tak mengapa.

“Saya lelaki dan sudah biasa situasi seperti ini. Walaupun hari ini agak teruk, saya tetap jalankan kerja seperti biasa.

Ads

“Saya sayangkan isteri saya. Jangan sebarkan perkara yang tidak patut,” katanya lagi.

Mengenai hantaran romantik mereka yang tular beberapa hari lalu, Fikry menjelaskan ia adalah bukti mereka masih dalam proses memulihkan keadaan.

“Kami berkongsi gambar yang sama di media sosial masing-masing. Itu bermakna pada ketika itu, kami baik-baik sahaja. Kini proses pendamaian sedang berlaku,” ujarnya.

Menutup bicara, Fikry turut menegaskan bahawa isu rumah tangga mereka bukan berpunca daripada mana-mana pihak luar.

“Saya tahu dan percaya, tiada unsur-unsur luar atau melibatkan pihak-pihak tertentu,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI