Pelakon dan pengacara terkenal Indonesia, Ruben Onsu meluahkan rasa reda dan syukur meskipun gagal menunaikan ibadah haji tahun ini selepas visa furada yang sepatutnya digunakan beliau tidak dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Ruben, yang baru-baru ini memeluk Islam, menyatakan keputusan tersebut dibuat selepas pihak berkaitan memaklumkan bahawa visa furada iaitu visa khas yang dikeluarkan terus oleh kerajaan Arab Saudi tanpa melalui kuota rasmi, telah dibatalkan untuk musim haji kali ini.

“Di sini saya nak maklumkan bahawa visa furada seperti yang dimaklumkan telah dibatalkan, jadi saya tidak jadi berangkat,” ujarnya dalam satu hantaran video di Instagram seperti dilaporkan Insert Live.

Walaupun perancangan ke Tanah Suci tidak menjadi kenyataan, Ruben berkata beliau tetap bersyukur dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.

Ads

“Saya sangat bersyukur kerana masih diberi peluang mencipta kisah hidup yang baharu,” katanya.

BACA JUGA: Ruben Onsu Umum Sudah Peluk Agama Islam – “Semoga Saya Boleh Istiqamah…”

Ruben turut menjelaskan sebab beliau tampil memberi kenyataan secara terbuka adalah bagi mengelakkan salah faham dan spekulasi yang boleh mencetuskan fitnah.

Ads

“Apabila saya lihat banyak pihak bercakap itu dan ini, saya rasa perlu tampil untuk jelaskan perkara sebenar agar tidak timbul sebarang kekeliruan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak yang telah berusaha menyediakan tiket dan peluang untuk menunaikan haji, namun menyifatkan bahawa ini mungkin belum masa yang terbaik untuk dirinya.

Ads

“Insya-Allah, bila tiba masa yang tepat dan apabila Allah SWT sudah memanggil, saya pasti akan kembali ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Ruben turut memaklumkan bahawa beliau merancang untuk menunaikan ibadah umrah dalam masa terdekat bersama para pekerjanya sebagai alternatif buat masa ini.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI