Penyanyi dan komposer Hael Husaini memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai hantaran yang tular di aplikasi TikTok mendakwa dia telah bertunang bersama penyanyi, Dayang Nurfaizah.

Menurut Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, selagi perkara itu bukan datang daripada dirinya sendiri, tiada apa yang perlu diperdebatkan.

“Kalau diikutkan buat masa sekarang, apa sahaja video yang keluar itu, ia bukan datang daripada saya.

“Tiada apa yang nak dikongsikan saat ini. Sebagai seorang artis, kita perlu menghormati dan tidak boleh menghalang apa sahaja kehendak peminat-peminat kita.

“Saya raikan sahaja apa yang mereka inginkan. Saya tidak ambil hati. Saya hanya fokus dengan kerjaya dan buat yang terbaik untuk mereka yang menyokong saya,” ujarnya.

Hael menambah, fokusnya kini hanyalah terhadap album baharu, Antonim Part 2 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Hael ditemui sejurus showcase Antonim Night di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya pada Sabtu.

Ads

Terdahulu sewaktu konsert berlangsung, buat pertama kalinya Hael berkongsi video teaser yang memaparkan tajuk-tajuk lagu yang bakal dimuatkan di dalam album berkenaan seperti ‘Kahwin’, ‘Peluk’ dan ‘Jari’.

Tiada Kena Mengena Dengan Soal Kahwin

Dalam pada itu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) ini menafikan lagu-lagu tersebut sebagai ‘hint’ dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

“Saya hanya meraikan setiap momen indah. Saya suka bereksperimen. Sejak dahulu lagi, bagi mereka yang mengenali saya, saya ada lagu Kelentang Kelentung yang meraikan tentang kegembiraan.

“Saya ada lagu ‘Hari Ini’ yang berentak perlahan untuk hari perkahwinan. Kesemua lagu-lagu ini tidak bersifat peribadi. Ia lebih kepada saya meraikan semua acara yang ada di negara ini,” kongsinya lagi.

Ads

Hael Husaini Jawab Isu Sudah Bertunang, Lagu ‘Kahwin’ Bukan Hint Tamat Zaman Bujang – “Tiada Apa Yang Nak Dikongsikan Saat Ini.” Hael Husaini Jawab Isu Sudah Bertunang, Lagu ‘Kahwin’ Bukan Hint Tamat Zaman Bujang – “Tiada Apa Yang Nak Dikongsikan Saat Ini.” Hael Husaini Jawab Isu Sudah Bertunang, Lagu ‘Kahwin’ Bukan Hint Tamat Zaman Bujang – “Tiada Apa Yang Nak Dikongsikan Saat Ini.”

Turut ditanya sama ada wanita yang dipaparkan didalam video teaser tersebut ialah cinta hatinya, Hael mempunyai jawapan tersendiri.

“Itu tiada makna apa-apa. Video tersebut hanyalah sebagai ‘teaser’ untuk para peminat tahu apakah jenis-jenis lagu yang akan keluar nanti. Seperti contoh, lagu ‘Kahwin’ itu berkisarkan tentang keraian.

“Selalunya lagu-lagu perkahwinan ini agak syahdu. Namun, saya memilih pendekatan lagu yang lebih meraikan pasangan berkahwin.

Ads

“Saya nak perkahwinan itu jadi sesuatu yang menyeronokkan. Lagu ‘Peluk’ pula berkisarkan tentang hubungan jarak jauh dan terpisah lama.

“Lagu-lagu yang saya muatkan dalam Antonim Part 2 sangat menarik. Anda wajib dengar nanti,” akhirinya.

Sejak minggu lalu, tular di aplikasi Tik Tok foto yang memaparkan kononnya Dayang Nurfaizah sudah selamat bertunang dengan cinta hatinya.

Malah, rata-rata netizen menyifatkan individu tersebut ialah Hael Husaini susulan hubungan baik di antara mereka kebelakangan ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

@mediahiburanofficial Wah, bukan biasa-biasa teaser album Antonim part 2 ni. Macam ada sesuatu yang Hael nak sampaikan ke tu? Kena berteka-teki ke? Korang rasa apa? Btw, siapakah wanita dalam dagapan tu? #MHnews #MediaHiburan #haelhusaini ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI