Bergelar artis selama 30 tahun tanpa terpalit sebarang dengan apa-apa kontroversi melampau bukan sesuatu yang mudah, namun penyanyi dan penyampai radio popular, Haiza berjaya membuktikannya.
Menolak gimik dan sensasi murahan, Haiza menekankan bahawa prinsip dan disiplin adalah pegangan utamanya dalam mengekalkan nama baik dalam industri seni.
“Apabila orang kata saya dapat tepis segala cerita panas sedangkan saya bukan nak jadi individu yang penuh dengan cerita bukan-bukan.
“Kalau tiada perhatian diberikan pun, saya okay saja sebab saya tak nak nama terpalit dengan cerita-cerita yang mengarut.
“Selama ini saya cuba menjaga nama sebaik mungkin. Walaupun ada yang meminta saya untuk mencipta gimik, tapi rasanya tak perlu sampai ke tahap itu untuk dapat perhatian,” katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan 3 Dekad Dag Dig Dig Haiza di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands pada Sabtu lalu.
Pernah Didakwa Tak Berdisiplin, Jadi Kisah Paling Pedih
Mengimbas semula kenangan pahit, Haiza mengakui pernah berdepan fitnah dan gosip ketika masih bergelar pelajar sekolah.
Ads
Ia sekaligus menjadi satu pengalaman yang cukup memberi kesan mendalam dalam hidupnya.
“Dulu pernah keluar artikel gosip di akhbar mengatakan saya tiada disiplin. Itu cerita yang paling menyedihkan sepanjang karier saya.
“Kejadian ini berlaku ketika saya masih bersekolah lagi. Pada hari itu saya sepatutnya ke siaran langsungMuzik-Muzik bagi mencalonkan single kedua Mana Tahan.
“Tapi saya tiba-tiba ada kelas tambahan. Selepas tamat kelas, saya terus ke studio di Jalan Liku, Bangsar.
“Tapi jalan sesak teruk dan saya terlepas peluang untuk mencalonkan lagu tersebut. Hos maklumkan saya tak dapat hadir atas faktor yang tidak dapat dielakkan.
Ads
“Saya yang sudah berada di depan pintu studio terus menangis kerana kesal dengan apa yang terjadi,” luahnya.
Hibur Penonton Dengan Lagu Kenangan
Menerusi acara yabg bermuja jam 8.30 malam itu, Haiza mengiburkan tetamu dengan barisan lagu yang menjadi momen paling bermakna sepanjang kerjaya seninya seperti Kerana, Rindu dan banyak lagi.
Ads
Malah sebagai simbolik tiga dekad dalam industri, Haiza memilih untuk merakam semula lagu popularnya, Dag Dig Dug, dalam versi terkini dikenali sebagai Dag Dig Dug 3.0.
Lagu ini dirakam di Bandung, Indonesia, pada Disember lalu, dan mendapat sentuhan penerbit serta penyusun muzik terkenal, Diki Suwarjiki, dalam irama koplo moden.
“Saya mahu sesuatu yang segar, tapi masih mengekalkan jiwa lagu asal. Versi ini saya dedikasikan buat semua yang terus menyokong saya dari dulu sampai sekarang,” jelasnya lagi.
Haiza turut memberikan penghargaan kepada raian media dan kelab peminat yang selama ini tidak putus-putus menyokong perjalanan seninya.
Antara rakan artis yang turut sama hadir meraikan kejayaan Haiza ialah Datuk Aznil Nawawi, Amelina dan Linda Eva.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Penyanyi dan pelakon yang kini kian menyerlah dalam bidang pengacaraan, Elly Mazlein menerusi Instagram ada bertanya adakah akan ada peminat yang akan mengundinya dalam Anugerah MeleTop 2020 (AME) bagi kategori Artis Versatil MeleTop yang dibawakan oleh Syok.
Tulisnya secara humor, bintang itu sekadar bertanya dan meminta peminat untuk meninggalkan reaksi di ruangan komen.
“Kakak lina ade 1 syair air mata. Ade ke org nak undi utk kakak lina kategori university of Artis versatil Meletop?
“Dgr kata 1 kampung pening lalat je nak undi kakak lina .. betoi ke? Kampung talam 5 muka kata, dia org Belum kompom lg.
“Tp kampung lord of the cincin , Dah kompom nak undi. Persatuan jahit kain tepi ckp dia org nak meeting dulu.
“Persatuan kelepet duit kata ,tgk budget kelepet dpt berapa byk baru bole buat keputusan yg katulistiwa. Kakak lina tanya je. Sedih x ayat di atas?
“Sila komen kepom nak baca nih… agitchuuuuuu,” jelas penyanyi Merry Go Round terbabit.
Terdahulu, barisan top 5 bagi setiap kategori yang dipertandingan tahun sudah pun diketahui menerusi satu sidang media khas yang dilangsungkan pada Selasa.
Bagi kategori berkenaan, Elly berentap dengan empat calon lain yang tidak kurang hebatnya iaitu Jihan Muse, Mira Filzah, Siti Nordiana dan Khai Bahar.
AME2020 bakal berlangsung pada 12 April, di Axiata Arena, Bukit Jalil dan akan disiarkan secara terus menerusi Astro Ria dan Ria HD jam 9.00 malam.
Setiap undian boleh dilakukan menerusi laman web khas serta undian SMS, bermula semalam sehingga 12 April, jam 12.00 tengahari.
Video yang dikongsi turut merakamkan momen Neelofa membuka bingkisan berkenaan sambil menunjukkan beg dalam rona pastel yang nyata sesuai buat wanita elegan sepertinya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan komen mencuit hati dan tidak kurang yang tumpang gembira melihat kejayaan figuran terkenal Kelantan ini.
Neelofa diakui gemar berkongsi kenangan indahnya bersama peminat menerusi media sosial yang seterusnya boleh memberikan inspirasi kepada semua.
Terdahulu, Neelofa turut memuat naik video produk Inai yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Penyanyi muda bervokal lantang, Danial Chuer berkongsi berita gembira apabila beliau dipilih sebagai Graduan Terbaik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan bakal menerima Anugerah Cemerlang...