Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pelakon baharu yang kurang serius ketika berada di set penggambaran.
Menurut Kamal, dia pernah mendengar rungutan daripada rakan industri mengenai golongan tersebut yang lebih leka dengan telefon daripada memberi perhatian kepada skrip atau memperbaiki mutu lakonan.
“Saya tak pernah jumpa lagi tapi cerita-cerita ini banyak sampai ke telinga saya. Kerap main telefon itu dah biasa sangat. Sudahlah tak dalami skrip, jumpa senior buat tak tahu pula.
“Bila kita bekerja dengan artis-artis senior, telefon memang tiada di tangan mereka. Biasanya mereka akan fokus, duduk berborak atau ajak rehearsal.
“Budak-budak baru pula akan sibuk main telefon dan update media sosial. Saya pun tak tahu tahap serius mereka dalam industri ini. Adakah mereka nak jadi influencer, pelakon atau selebriti,” jelasnya.
Suami kepada pelakon Uqasha Senrose itu berkata demikian ketika ditemui di Malam Perdana Hilang Kasyorgayang berlangsung di TGV One Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.
Kamal muncul dalam drama berkenaan yang bakal bersiaran di Unifi TV mulai 23 Jun ini. Selain Kamal, drama tersebut turut menampilkan Nabila Huda, Luqman Hafiz, Azhar Sulaiman, Ellie Suriaty dan ramai lagi.
Ads
Berkongsi lanjut, Kamal menjelaskan situasi itu berlaku atas kemungkinan segelintir pelakon baharu hanya melihat kerjaya lakonan sebagai pendapatan sampingan.
“Kita berada di dalam industri yang profesional. Orang-orang yang ada dalam industri ini mereka sentiasa bersedia dan tahu kerja masing-masing.
“Bagi sesetengah pelakon baharu, mungkin mereka anggap lakonan ini hanyalah pendapatan sampingan sahaja. Mungkin pendapatan sebagai influencer atau bisnes mereka lebih besar,” katanya lagi.
Titip Nasihat Tegas
Dalam pada itu, Kamal menasihati pelakon baharu agar memahami etika kerja dan menilai semula hala tuju mereka dalam bidang seni.
Ads
“Ketika ini, mungkin saya sudah boleh bercakap memandangkan saya juga sudah agak senior.
“Kepada adik-adik baharu ini, anda kena faham.
Mungkin senior-senior ini tidak banyak bercakap.
“Tapi tingkah laku anda akan beri impak kepada kami. Anda sepatutnya sudah tahu apa undang-undang bila masuk ke set.
“Kalau anda sudah bersedia 100 peratus, tahu nak lontarkan dialog dan jayakan babak, tak mengapa. Kalau semuanya baru nak belajar di set, anda kena fikir semula bidang yang nak diceburi ini.
Ads
“Penerbit bukan keluar duit sekadar RM5 atau 50 sen. Ia melibatkan wang yang besar. Kalau dapat peluang, hargailah,” katanya lagi.
Mengingati kembali waktu mula menceburi bidang lakonan, Kamal sebolehnya cuba menjaga tingkah laku, terutama ketika bekerja dengan produksi.
“Zaman saya tiada Instagram. Telefon pun masih pakai kredit. Masa mula-mula berlakon, saya fokus pada skrip sahaja. Saya takut kena marah.
“Masa mula berlakon dahulu, bukan pengarah sahaja pandang kita tapi kru juga. Paling susah kalau kita ada masalah dengan jurukamera.
“Kalau kita banyak main dan mereka sudah target kita, susah kita nak bekerja,” kongsinya memberi pendapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Nabil Ahmad telah mendedahkan secara ekslusif nama anak ketiga perempuannya secara langsung di program MeleTOP sebentar tadi.
Kongsi Nabil, nama anaknya itu mempunyai maksud yang baik.
“Dengan ini saya akan umumkan nama anak perempuan saya yang ketiga iaitu Mishall Imani binti Ahmad Nabil bermaksud Cahaya Keimanan. Alhamdulillah, ” kata Nabil ringkas.
Perkongsian tersebut nyata membuatkan para peminatnya teruja dan ternanti-nanti.
Terdahulu, isterinya, Zira Ayub telah selamat melahirkan Mishall secara pembedahan pada 24 April lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.
Pelakon, Zulin Aziz ada menitipkan ucapan buat sahabatnya yang juga merupakan seorang pelakon, Dayana Roza yang selamat melangsungkan majlis pernikahannya, semalam.
Menurut Zulin, dia berasa sangat terharu kerana akhirnya Dayana dipertemukan dengan lelaki yang rendah diri dan baik budi pekertinya.
“Kisah cinta dia dari zaman muda mudi sampai sekarang ada dalam ingatan. Aku boleh tulis balik semua jadikan novel. Dia putuih cinta, aku yang kene pujuk dia.
“Finally, dia jumpa jodoh dia harini. Aku sangat happy dia jumpa jodoh yang jaga solat, humble dan friendly macam ni,” kongsinya.
Kisah tersebut diceritakan penyanyi lagu Dan Ketika Itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram.
Dalam pada itu, Zulin turut mendoakan semoga Dayana dan suaminya itu akan kekal berkekalan hingga ke jannah.
“@adaleadham , jaga @dayanaroza baik-baik yaa? Bimbing dia hingga ke jannah. Jangan sakitkan hati dia ya? Kalau dia degil, call i tau. I ceramah dia.
“Nanti datang rumah ok? ku masakkan sedap-sedap. Sayang korang dua,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen hubungan akrab dua sahabat ini selain turut mendoakan semoga Zulin juga akan dipertemukn dengan jodoh yang baik-baik.
Terdahulu, Dayana telah selamat bernikah dengan usahawan, A’dale Adham Ahayudin dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram Zulin Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengisahkan seorang anak muda Bernama Bidin Al-Zaifa yang kini sudah mempunyai perniagaan sendiri dalam bidang permotoran.
Menariknya, filem Bikers Kental 2 ini membawa plot yang lebih hebat apabila Bidin mahu memperisterikan Cherry Porntit dari Hatyai, Thailand, namun hubungan mereka berada di jarak jauh.
Dalam mengejar cinta Cherry, Bidin bertemu musuhnya, Pornthaliwat Thani yang telah dipenjarakan selepas ditangkap.
Secara tidak langsung, Pornthaliwat menyimpan dendam terhadap Bidin kerana tidak berjaya mendapatkan wang yang dicuri Bidin.
Setiba sahaja Bidin di sebuah warung di Hat Yai, dia ternampak Cherry bersama seorang lelaki kacak sedang menolongnya. Lantas, Bidin mulai berasa cemburu dan ingin menyerang lelaki itu.
Realitinya, lelaki berkenaan adalah abang kepada Cherry iaitu Ananda.
Disebabkan salah faham itu, Bidin meminta maaf, bagaimanapun Ananda tidak berapa menyenangi sikap Bidin gara-gara pergaduhan tersebut.
Adakah Bidin berjaya mendapatkan cinta sejati dari Cherry apabila banyak halanagn dan dugaan yang berlaku di Thailand? Jangan lupa saksikan filem bergenre aksi ini di pawagam pada 14 Mac ini.
Selain itu, filem aksi ini diterajui barisan pelakon tempatan seperti Zizan Razak, Dato Awie, Dato Afdlin Shauki, Bront Palarae, Amerul Affendi bergandingan dengan pelakon Thailand seperti Meau Julallangtip dan Kaewkorravee.
Diarahkan oleh pengarah terkenal, Helmi Yusof yang telah menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu Calif Work Studios Sdn Bhd dan mereka telah berjaya menghasilkan filem seram iaitu “Seru” arahan Woo MingJin.
Jadi, kepada pembaca MH yang berminat untutk memenagi barangan ekslusif filem Bikers kental 2 boleh ke Instagram Media Hiburan, @mediahiburanofficial dan jawab seoalah yang mudah!
Penyanyi muda bervokal lantang, Danial Chuer berkongsi berita gembira apabila beliau dipilih sebagai Graduan Terbaik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan bakal menerima Anugerah Cemerlang...