Pernah terdetik untuk melupakan dunia nyanyian, Ariel Fesol menyifatkan kemenangan di Big Stage Alpha sebagai satu rezeki, anugerah dan rahsia Tuhan dalam hidupnya.
Menurut Ariel atau nama sebenarnya Muhamad Fhazrill Fesol, peluang untuk kembali menjejak pentas seni ini datang selepas melalui tempoh panjang perjuangan, penolakan dan pengorbanan.
“Saya sangat bersyukur dan Allah SWT banyak tolong saya. Lima tahun lepas, saya tiada rezeki di Big Stage kerana tidak mempunyai jumlah viewers yang tinggi bagi menenuhi syarat.
“Saya menunggu momen ini hampir 16 tahun sejak bertanding di Idola Kecil. Banyak pertandingan saya sertai tapi tidak menjadi. Saya rasa seperti tidak dihargai.
“Saya pernah putus asa dan memilih untuk tinggalkan terus industri seni. Saya tak nak kejar lagi impian ini dan menukar kerjaya sebagai pramugara,” katanya kepada MH.
Ariel ditemui di sidang media Konsert Akhir Big Stage Alpha yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam pada Ahad.
Ads
Tinggalkan Dunia Penerbangan Demi Seni
Berkongsi lanjut, anak jati Kuala Lumpur ini juga mendedahkan dia sudah membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai pramugara demi memberikan sepenuh tumpuan terhadap dunia seni bersama boy group Alpha.
“Sewaktu saya disingkirkan dan diserap semula pada minggu ketiga, saya sudah fikir masak-masak untuk terus kejar impian dalam dunia seni.
“Saya bagitahu pada diri, walau apapun keputusan yang diraih di Big Stage Alpha ini, saya akan terus berjalan. Allah hantar ramai orang yang nak melihat saya berjaya.
“Jadi, saya akan tinggalkan dunia penerbangan. Mungkin ini permulaan untuk segala penantian. Saya nak hidup dengan kerjaya yang saya suka,” ujarnya lagi.
Ads
Ditanya sama ada kemenangan tersebut melayakkan dirinya untuk menjadi ketua kumpulan Alpha, Ariel ada jawapannya sendiri.
“Kami sudah berbincang mengenai hal ini. Sebenarnya, kita tidak akan meletakkan sesiapa untuk menjadi ketua. Namun, akan ada salah seorang daripada kami untuk ke hadapan.
“Dalam kumpulan ini, peranan saya adalah sebagai pemberi motivasi. Kalau ada yang patah semangat, mereka akan cari saya.
Ads
“Sejak dahulu lagi, saya sentiasa berpegang kepada kata-kata ‘layan semua orang dengan baik’. Saya nak terus sebar kebaikan,” akhirinya.
Ariel telah dinobatkan sebagai juara Big Stage Alpha sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 beserta trofi.
Penyanyi ini juga berhasrat mahu menggunakan wang kemenangan untuk berangkat ke Tanah Suci dan berharap ia dipermudah.
Sementara itu, tiada penyingkiran berlaku di pentas akhir, menjadikan semua tujuh finalis terpilih menyertai boy group Alpha dan akan menjalani latihan intensif di Korea Selatan dalam masa terdekat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wartawan, Sumisha Naidu mengesahkan akaun Twitter yang disangka oleh netizen milik pengacara, Azwan Ali sebenarnya adalah palsu.
Perkara itu disahkan sendiri pengacara yang mesra disapa Diva AA itu menerusi satu khidmat pesanan ringkas yang dikongsikan wartawan tersebut di laman Twitter miliknya.
Pelakon Zul Ariffin lebih selesa tidak mencampuri urusan peribadi rakan seperjuangan, Ruhainies yang berdepan kontroversi dengan penyanyi, Aliff Aziz.
Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, sebagai orang luar, dia bukanlah orang yang tepat untuk memberikan pandangan berhubung isu ini.
“Saya tiada hubungi dia dan saya pun bukan orang yang layak untuk memberikan pendapat. Namun, kita anggap perkara ini sebagai satu ujian dan musibah.
“Saya yakin perkara ini mempunyai hikmah di sebaliknya,” katanya kepada MH ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Astro pada Rabu.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu bercakap mengenai perkara yang melalaikan dan mahu memberikan sepenuh tumpuan beribadah di bulan Ramadan ini.
“Saya tak nak meletakkan diri saya sebagai golongan yang membuang pahala di bulan Ramadan ini.
“Sejak permulaan Ramadan lalu, saya nampak ramai yang membuang-buang pahala. Saya tak nak sertai kumpulan itu.
“Saya pun tak tahu hal sebenarnya dan saya hanya tahu apa yang dilaporkan daripada pihak media sahaja,” katanya lagi.
Pada masa sama, Zul juga percaya yang Ruhainies juga memerlukan ruang dan masa bagi menyelesaikan kemelut ini.
“Saya pun tiada depan muka mereka dan saya juga tidak akan bertanya atau hubungi mereka walaupun sebagai teman baik.
“Mungkin mereka perlukan ruang dan masa untuk berfikir. Kejadian itu bukan perkara yang seronok.
“Biarlah saya tidak terlibat dan lihat dari jauh. Kita doakan sahaja yang terbaik. Lagipun, ini merupakan kisah peribadi orang lain.
“Kalau hal kerja itu, mungkin kita boleh komen sebab kita tahu apa yang berlaku. Saya takut nak bercakap hal orang lain. Lebih baik saya menjaga lidah saya,” akhirinya.
Pada 8 Mac lalu, Ruhainies ditahan bersama Aliff oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) atas dakwaan khalwat.
Ruhainies dan Aliff masing-masing tampil memohon maaf susulan insiden itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pertama kali beraya membawa gelaran isteri sudah pastinya memberi makna mendalam kepada Nelydia Senrose.
Namun dalam pada keterujaan menyambut bersama suami, pelakon jelita ini meluahkan kesedihan apabila buat pertama kali meraikan Aidilfitri tanpa ibu dan adik beradik tercinta.
“All out beraya today since tomorrow gotta work already 😭
(missing my family so damn much)
“24 tahun balik kampung and beraya with my mama and siblings, tapi tahun ni berbeza, terasa sangat lain nya. Rindu sedih semua ada 😅. (not complaining tapi sekadar berkongsi)
“New experience for me this year, and sejujurnya raya di Kl pun sangat meriah ok!”, tulis Nely.
Bekas anggota kumpulan Boy’z dan pelakon asal Hong Kong, Steven Cheung Chi-hang kini berdepan detik sukar apabila diarahkan keluar dari rumah sewanya selepas dilaporkan...