Bersempena pelancaran filem aksi komedi Klepet, syarikat produksi Respected Citizen menjalin kerjasama istimewa bersama Kadokawa Gempak Starz menerbitkan komik edisi terhad ‘Exclusive Box’ Under 18 x Klepet.

Kolaborasi ini dilancarkan secara rasmi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kadokawa Gempak Starz, Chris Yew, sebanyak 5,000 unit kotak eksklusif itu telah dikeluarkan.

Bagi peminat komik Under 18 yang tidak berpeluang memilikinya semasa PBAKL boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui platform media sosial rasmi mereka.

Chris menyifatkan kolaborasi ini sebagai satu penghormatan kerana dapat membawa karya filem tempatan ke dalam medium komik.

Ini juga kerjasama pertama Gempak Starz bersama filem Melayu, selepas sebelum ini pernah menghasilkan komik untuk filem berbahasa Cina terbitan Astro.

“Idea ini sangat menarik dan kami berasa bertuah kerana dipilih oleh Respected Citizen.

Ads

“Kami melihat Klepet sangat serasi dengan konsep Under 18, jadi kami tidak teragak-agak untuk menjayakan projek ini.

“Harapan kami agar lebih banyak kerjasama seumpama ini dapat direalisasikan pada masa akan datang,” katanya.

Komik edisi khas ini dihasilkan oleh pelukis terkenal, Zint Lu, dan berfungsi sebagai prekuel kepada jalan cerita utama filem Klepet.

Meskipun kedua-duanya membawa naratif berbeza, komik dan filem ini menampilkan watak yang sama.

Ads

Bonus Tarikan Untuk Filem

Komik Eksklusif ‘Under 18 x Klepet’ Dilancar, Aeril Zafrel Optimis – “Naratif Eksklusif Yang Lebih Dramatik, Matang.” Komik Eksklusif ‘Under 18 x Klepet’ Dilancar, Aeril Zafrel Optimis – “Naratif Eksklusif Yang Lebih Dramatik, Matang.” Komik Eksklusif ‘Under 18 x Klepet’ Dilancar, Aeril Zafrel Optimis – “Naratif Eksklusif Yang Lebih Dramatik, Matang.” Komik Eksklusif ‘Under 18 x Klepet’ Dilancar, Aeril Zafrel Optimis – “Naratif Eksklusif Yang Lebih Dramatik, Matang.”

Penerbit filem Klepet, Aeril Zafrel yang mewakili Respected Citizen pula optimis, kolaborasi ini dijangka mampu menambah tarikan terhadap filem yang bakal ditayangkan tahun ini.

“Under 18 x Klepet mempersembahkan naratif eksklusif yang lebih dramatik dan matang, selain menampilkan aksi hebat watak popular seperti Fox dan Jimi.

“Usaha ini membuktikan bahawa gabungan antara dua cabang seni filem dan komik berpotensi untuk mencapai khalayak yang lebih meluas,” katanya.

Ads

Turut hadir semasa pelancaran ialah Chris Yew; Zint Lu selaku pelukis komik; pengarah filem Klepet, Indra Putra serta pelakon utama Nadhir Nasar dan Aedy Ashraf.

Set edisi terhad ini dijual pada harga promosi RM99 semasa PBAKL, berbanding harga asal RM120. Ia merangkumi komik eksklusif, hoodie, pelekat koleksi dan lanyard istimewa.

Filem Klepet yang diarahkan Indra Putra (Sanji) mengisahkan tiga sahabat karib Pali, Jani dan Wadi yang sering menghabiskan masa dalam komuniti jalanan.

Kehidupan mereka berubah secara drastik selepas bertemu dengan seorang wanita Ukraine bernama Lola yang sedang melarikan diri daripada sindiket penipuan antarabangsa.

Pertemuan itu membawa mereka dalam satu pengembaraan yang sarat dengan aksi, humor dan konspirasi tak terjangka, menggambarkan pelbagai sisi kehidupan masyarakat masa kini.

@mediahiburanofficial Penampilan Nadhir Nasar & Aedy Ashraf! UNDER 18 X KLEPET: Komik & Filem Bergabung Dengan Cara Yang Memecah Batasan di PABKL 2025! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI