
Pihak berkuasa Vietnam telah menahan ratu cantik dan pengaruh media sosial terkenal, Nguyen Thuc Thuy Tien, selepas beliau disyaki terlibat dalam penipuan pengguna berhubung promosi produk suplemen serat tiruan.
Nguyen, yang pernah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Miss Grand International pada 2021, dikatakan telah mempromosikan Kera Supergreens Gummies yang didakwa kaya dengan kandungan serat melalui platform media sosialnya.
Namun, dakwaan tersebut terbukti palsu selepas ujian makmal mendapati gula-gula getah tersebut hanya mengandungi 16mg serat, jauh lebih rendah daripada 200mg yang dinyatakan dalam promosi produk.
Siasatan lanjut oleh pihak berkuasa mendapati produk tersebut dihasilkan menggunakan bahan berkualiti rendah yang mengandungi serat yang sangat sedikit.
Selain itu, pembungkusan produk juga gagal menyatakan kandungan serat dan tahap sorbitol yang tinggi, bahan yang biasa digunakan dalam julap.

Selain Nguyen, dua pengaruh media sosial lain, Pham Quang Linh dan Hang Du Muc, yang turut terlibat dalam usaha sama pengeluaran produk tersebut, telah dikenakan denda dan ditahan selepas siasatan dijalankan.
Pihak pengeluar dan pegawai syarikat mereka turut ditangkap atas dakwaan menghasilkan barangan tiruan dan menipu pelanggan.
Lebih 100,000 kotak gula-gula getah tersebut telah terjual sebelum jualan dihentikan susulan pendedahan skandal itu, yang menimbulkan kemarahan orang ramai dan merosakkan reputasi pengaruh media sosial terbabit.
Imbas kembali, selepas menang pertandingan Miss Grand International, Nguyen meluaskan popularitinya dan menjadi antara selebriti paling popular Vietnam. Beliau pernah diangkat sebagai Friends of Dior pertama dari negaranya.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Umur 35 Tahun Ni Dijemput Dan Diizinkan Allah Untuk Tunaikan Haji,” – Saharul Ridzwan

Pelakon Saharul Ridzwan menanam impian dan hajat untuk melengkapkan rukun Islam kelima dengan menunaikan ibadah haji sebelum usianya menjejak 35 tahun.
Pelakon berusia 31 tahun ini turut memohon pandangan netizen mengenai menunaikan haji dalam usia muda.
“Tunaikan Haji di usia muda, apa pendapat korang?
“Hajat di hati sy sebelum umur 35 tahun ni dijemput dan diizinkan Allah utk tunaikan Haji, melengkapkan rukun Islam yang ke-5 . Aminn Ya Rabb,” tulisnya.
Rata-rata netizen menyambut baik niat sucinya dan menyatakan ibadah haji sebaik-baiknya dilakukan sementara kudrat masih ada.
Foto : Instagram Saharul Ridzwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari-Hari Dapat Surat Cinta,”- Ebit Lew Terharu, Anak Titip Ucapan Sempena Puasa, Anggap Ramadan Anugerah Allah

Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa terharunya apabila tiap kali menjelang Ramadan, dua orang cahaya matanya, Uqasyah Lew dan Qadeejah Lew menitip ucapan khas buatnya.
Perkara itu turut dikongsikan Ebit di Instagramnya.
“Ayah jangan buka puasa tau..kita baru nak 3 tahun nak masuk 4 tahun” nama saya Uqasyah Lew. Saya tak puasa tau” Kakak saya Qadeejah Lew 5 tahun hari inipuasa…Dekat kelas dia seorang puasa. Saya suruh buka. Dia taknak. Katanya nak makan dengan ayah dan umi nanti.
“Yer anakku nanti kita buka sama yer.. Hari-hari dia lukis lukisan tulis sayang ebit lew. Dapat jer surat ucapan Ramadhan tu rasa sedih sangat. Hari-hari dekat rumah ni dapat surat cinta dari anak-anak. Sayang umi ke sayang ayah lagi. Saya sayang Allah lebih. Dan sayang juga ayah dan umi.
“Buat saya rindu arwah mak dan ayah saya..macam tu ler kita kecil-kecil dulu kan. Cuma saya dah 12 tahun baru puasa betul-betul..hehe
“Puasa ini anugerah Allah buat kita semua. Bestnya bila dapat bawa bidadari dan anak-anak berjalan dan makan bersama.. Sedih sebak sangat bahagia masa bersama keluarga.
“Teringat Nabi saw walau penat letih menangis susah dalam dakwah. Saat di rumah Nabi saw paling baik dengan isteri dan anak-anak serta keluarga. Lagu ini betapa rindunya pada Nabi saw. Ya Allah sampaikan kami semua ke Madinah menziarahi Nabi saw. Rindunyaaaaa “Humko Bolana..undanglah kami” jemputlah kami ke sana ya Allah,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan yang melihatkan gelagat anaknya, Uqasyah sedang menikmati waffle di sebuah restoran.
Terdahulu, Ebit sering berkongsi kisah hidupnya bersama keluarga tercinta
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Video : IG Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kadang Tergadai, Tak Cukup Duit Nak Tebus,” – Pajak Emas Demi Besarkan Anak-Anak, Cara Uyaina Arshad Balas Jasa Ibu Cetus Sebak

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menyifatkan pengorbanan ibunya untuk membesarkan dirinya serta tiga adik-beradik lain sememangnya tidak ternilai lebih-lebih lagi selepas pemergian bapa tercinta.
Menurut Uyaina, ibunya itu harus melakukan pelbagai perkara demi kelangsungan hidup keluarga sehinggalah terpaksa memajak barangan kemas milik peribadi.
“Aku membesar melihat kesusahan seorang ibu tunggal membesarkan emot orang anak seorang diri. Arwah ayah aku meninggal sewaktu aku berusia empat tahun.
“Sejak dari itu, mak akulah yang membanting tulang siang dan malam untuk membesarkan kami empat beradik seorang diri,” tulisnya.
Katanya lagi, ada kalanya ibunya itu tidak mampu untuk menebus semula barangan kemas yang teleh dipajak disebabkan kekangan kewangan.
“Memandangkan aku yang paling bongsu, jadi, akulah yang selalu ikut dia ke kedai pajak gadai. Bila ada duit lebih, dia akan beli emas. Bila ada waktu-waktu terdesak, dia akan pajak emas dia tu balik untuk dapatkan duit.
“Kadang-kadang dia mampu untuk tebus balik emas dia. Kadang-kasang tergadai begitu sahaja. Sebab tak cukup duit nak tebus balik,” ujarnya lagi.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Wanita Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Lantaran itu, Uyaina memaklumkan dirinya telah memasang azam untuk menghadiahi ibu barangan kemas pada setiap tahun selepas dia mula bekerja.
“Sejak dari itu, aku berazam untuk belikan emas untuk dia. Sejak aku mula bekerja, Alhamdulillah aku dapat belikan satu piece barang kemas untuk dia setiap tahun. Dia pilih nak yang mana.
“Aku rasa happy dan bangga bila tengok mak aku pakai barang kemas yang aku belikan untuk dia. Tiap kali selepas aku hadiahkan emas untuk dia, cuma satu yang aku minta iaitu doa daripada ibuku.
“Terima kasih kerana memberikan aku keberkatan dalam duia ini, wahai ibuku. Selamat hari ibu syurgaku,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh membaca perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga Uyaina akan sentiasa dimurahkan rezeki selepas ini.
“Bismillah, semoga saya juga mampu untuk membahagiakan ibu.
“Seronoknya dapat bahagiakan ibu.
“MasyaAllah, terharu bila tahu perjuangan umi membesarkan Uyaina dak adik-beradik. Sampai saya menangis. Dia umpama bidadari yang penyayang. Semoga keluarga Uyaina selalu diberkati dunia dan akhirat.
“Seronok tengok. Moga dilimpahkan rezeki buat Uyaina untuk selalu membahagiakan hati ibu. Kalau arwah mak masih ada, saya pun nak bahagiakan arwah mak,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, video tersebut telah pun meraih lebih 300,000 jumlah tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arsyad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI