Kumpulan legenda wanita popular, Elite, bakal kembali mengubat rindu peminat apabila diumumkan bakal mengadakan konsert solo pertama mereka, Elite Live’25, yang dijadual berlangsung pada 20 September ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Kemunculan semula mereka dalam Konsert GenKRU baru-baru ini nyata mencetuskan fenomena, dan kini mereka bersedia mengulangi keajaiban itu dalam pentas berskala lebih besar.

Menurut Azza mewakili kumpulan itu, mereka berasa sangat berbesar hati apabila diberi ruang eksklusif oleh pihak penganjur, Icon Entertainment, untuk tampil dalam konsert mereka sendiri.

“Elite rasa sangat teruja bila pihak Icon Entertainment sudi memberikan satu platform yang sangat besar untuk kami berada di pentas sendiri.

“Pada masa sama, kami juga sudah bersedia untuk menerima apa sahaja yang bakal berlaku selepas ini.

“Kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” katanya kepada MH.

Azza juga menegaskan mereka tidak gentar dengan sebarang kritikan atau pandangan berbeza mengenai kemunculan semula mereka.

Ads

“Kami sanggup ambil langkah berani ini untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu kami. Saya rasa mereka pun tahu tahap kemampuan kami.

“Mereka hanya nak tengok kami berlima buat persembahan di atas pentas. Buat mereka yang rasa kurang senang, tak mengapalah. Kami menerima dengan hati yang terbuka,” katanya.

“Buat Yang ‘Bitter’, Tak Mengapalah…,” – Azza Elite “Buat Yang ‘Bitter’, Tak Mengapalah…,” – Azza Elite “Buat Yang ‘Bitter’, Tak Mengapalah…,” – Azza Elite

Latihan Intensif & Komitmen Penganjur

Sementara itu, anggota Elite, Linda Rafar, mengakui bukan mudah untuk menerima tawaran ini memandangkan sudah lama mereka tidak membuat persembahan, apatah lagi konsert berskala besar.

Namun, keyakinan yang diberikan oleh Iman Tang, selaku ketua projek dari Icon Entertainment, membuatkan mereka percaya bahawa projek ini mampu direalisasikan dengan penuh profesionalisme.

Ads

“Itu adalah perkara utama yang kami risaukan. Sebab itulah segala persediaan sudah bermula daripada sekarang. Kami mula jaga makan, tahap kecergasan, latihan vokal dan koreografi.

“Alhamdulillah, Iman Tang sudah siapkan jadual latihan kami. Namun, kami juga perlu membuat latihan sendiri. Doakan yang terbaik.

“Kami pun tidak mahu memalukan diri sendiri. Sebab itu kami percaya kepada Iman kerana kami tahu dia akan menjaga kami dari segala aspek,” katanya.

Elite ditemui ketika sidang media rasmi konsert yang diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Ads

Menurut Iman, penganjuran konsert ini bukanlah satu keputusan tergesa-gesa semata-mata mengikut trend, sebaliknya satu projek yang telah lama dirancang secara teliti.

“Ini bukan penganjuran tangkap muat kerana konsert sedang ‘hype’, tetapi melihat betapa relevan girl band ini untuk melakukan konsert berskala besar yang sepadan dengan kewujudan mereka.

“Konsert ini akan menjadi sejarah penting bukan hanya kepada kumpulan ini tetapi industri muzik amnya kerana karya-karya hebat yang diciptakan pada tahun 90-an misalnya masih menjadi kegemaran ramai,” jelasnya lagi.

Tiket Elite Live’25 akan mula dijual bermula Khamis depan, jam 2 petang, dengan harga bermula dari RM268 (Tamparan Wanita dan Catwalk), RM588 (Manisnya Senyumanmu) hingga RM1088 (GIG).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

@mediahiburanofficial It’s okay, janji Elite perform. Peminat mesti happy. Tak sabar nak sing along & menari dengan Elite nanti. #MHnews #MediaHiburan #Elite ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI