
Rosé Blackpink sekali lagi membuktikan pengaruhnya sebagai bintang global apabila lagu hitnya, APT., berjaya bertahan selama 15 minggu berturut-turut dalam carta Billboard!
Lagu yang menampilkan Bruno Mars itu bukan sahaja mencetus fenomena di seluruh dunia tetapi juga mencatat sejarah tersendiri dalam industri muzik.
Sebelum ini, rekod lagu paling lama bertahan di carta Billboard dipegang oleh Mariah Carey dengan lagu ikoniknya, All I Want for Christmas Is You, yang berada dalam senarai selama 14 minggu.
Namun, minggu ini APT. berjaya memecahkan rekod tersebut dan meletakkan Rosé sebagai artis K-pop pertama yang mencapai kejayaan ini!
Apa yang lebih mengejutkan, APT. hanya mengambil masa kurang setahun untuk mencapai angka ini, berbanding Mariah Carey yang memerlukan masa empat tahun!
Bukan sekadar memecah rekod, APT. kini juga berada di kedudukan No.1 dalam carta Billboard Global Exclusive U.S., sekaligus menjadikan Rosé sebagai artis K-pop pertama yang menduduki tangga teratas carta ini!
BACA JUGA: Rosé Blackpink Cipta Kejutan Pecah Rekod 12 Tahun Milik PSY
Bukan itu sahaja, lagu ini juga masih berada dalam Top 5 carta Hot 100 selama tiga minggu berturut-turut, dan minggu ini berada di kedudukan keenam.
Sebelum ini, Rosé juga mencipta sejarah apabila menduduki tangga ke-3 selama dua minggu berturut-turut, menjadikannya artis solo wanita K-pop dengan kedudukan tertinggi dalam sejarah carta ini!
Dari 31 Januari hingga 6 Februari, APT. telah mencatat angka 103.9 juta penstriman di peringkat antarabangsa serta 11,000 unit digital terjual di luar Amerika Syarikat.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI