Penyanyi dan komposer, Hael Hussaini, mendedahkan tahun ini dia mahu lebih menumpukan perhatian terhadap penghasilan karya baharu bagi memenuhi permintaan rakan-rakan artis yang ingin berkolaborasi dengannya.
Bagaimanapun, Hael menegaskan keputusan yang dibuat bukan bermakna dia mahu berhenti menyanyi atau tidak mahu lagi bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) sebagai penyanyi selepas ini.
“Tak ada istilah merajuk sebab bagi saya, AJL adalah antara titik mula nama ‘Hael Hussaini’ itu diperkenalkan semua rakyat Malaysia sebenarnya.
“Cuma perancangan akan datang, saya rancang untuk memperbanyakkan lagi karya saya supaya rakan artis yang ingin bekerjasama dengan saya sebelum ini dapat ditunaikan janjinya,” katanya.
Fokus Terbit & Cipta Lagu
Tambah Hael, selain masih aktif menyanyi, dia juga mahu beri lebih tumpuan kepada syarikatnya yang sedang berkembang, khususnya dalam bidang penerbitan dan penciptaan lagu.
Ads
“Tidaklah kata saya nak berhenti sepenuhnya daripada jenama ‘Hael Hussaini’ (menyanyi). Tapi tahun ini, saya nak fokus kepada syarikat sendiri yang sedang diusahakan secara perlahan-lahan.
“Saya nak berikan tumpuan terhadap bidang penerbitan dan penciptaan lagu. Sebab sudah empat tahun saya tidak menghasilkan lagu selepas Peluang Kedua untuk Nabila Razali.
“Ketika itu ramai artis yang mahu bekerjasama, tetapi kami tidak dapat bersama-sama melakukan perkara itu. Jadi, insya-Allah tahun ini kita cuba untuk saling berkolaborasi,”* katanya.
Hael berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Amber Raya Romantics di Hotel Majestic Kuala Lumpur, pada Selasa.
Ads
Terharu Penerimaan Baik
Hael turut turut terharu atas sambutan positif terhadap lagu-lagu ciptaann yang sekaligus menjadi motivasi untuknya terus menghasilkan karya baharu.
“Apa pun, saya masih lagi menyanyi dan bekerja seperti biasa dan keluarkan lagu sendiri. Tetapi keutamaan itu, adalah untuk mencipta karya-karya untuk dinyanyikan artis lain.
Ads
“Itu adalah kepuasan saya bila ada lagu yang dicipta mendapat sokongan ramai pendengar. Misalnya ketika di AJL39 baru-baru ini, bila lihat karya ‘comeback’ saya selepas empat tahun itu diterima,”* katanya lagi.
Kejayaan di AJL39
Pada AJL39 lalu, lagu Bukan Lagi Kita ciptaan Hael dan Iqie Hugh yang dinyanyikan Nadeera Zaini berjaya meraih tempat kedua.
Malah lagu Diam nyanyian Hael sendiri turut mara sebagai salah satu daripada 10 lagu yang bertanding di pentas berprestij itu.
Dengan perancangan baharu ini, Hael optimis untuk terus memberi sumbangan bermakna kepada industri muzik tempatan menerusi ciptaan lagu yang berkualiti.
Satu status di Twitter rasmi milik Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mendapat perhatian netizen apabila ahli politik itu dilihat ada memberi titipan kata bersempena dengan ulang tahun perkahwinan bersama suaminya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR memberikan dedikasi ucapan istimewa itu atas kesetiaan hubungan bersama suami tercinta.
“Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.
“Selamat ulang tahun perkahwinan bersama @anwaribrahim yang ke 40,” tulisnya awal hari ini.
Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.
Sehingga kini, status yang dimuat naik sudah pun menerima lebih 8,000 tanda suka bersama-sama ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.
Sementara itu menerusi entri terkininya di platform sama, keduanya yang juga merupakan pemimpin tertinggi dalam kerajaan Pakatan Harapan menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama rombongan Ahli Parlimen PKR yang lain dalam sesi kedua di Istana Negara hari ini.
Bersama ahli2 parlimen Keadilan menjunjung kasih merafak sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDPA XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Istana Negara. pic.twitter.com/EPjMr8mvyc
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter ada memuat naik foto pelakon dan pengacara, Mira Filzah sewaktu menghadiri majlis sebuah produk kosmetik di Shanghai, China tahun lalu.
Foto tersebut memaparkan pelakon cantik itu mengenakan sepersalinan gaun hitam bersempena dengan tema ‘Professional Glam Squad’ pada majlis berkenaan.
Mira Filzah @ Lancome in Shanghai
Professional Glam Squad; Styled by: Abu Shaef Hamza #StyledByBu MUA: Nur Syafiqah Jamaluddin Dramatic Gown: Zaimi Zulkafli #GlamSquad#ClassySiti
Lalu, seorang lagi pengguna Twitter bertanyakan apakah kebarangkalian untuk melihat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenakan gaun persis pengacara tersebut.
Bintang realiti terkenal, Kim KardasHian menerima tuntutan saman daripada The Judd Foundation gara-gara perabot yang dimilikinya.
Saman tersebut dikemukakan oleh yayasan tersebut yang ditubuhkan bagi menjaga harta intelek dan juga memelihara karya kreatif milik pereka dan pelukis, mendiang Donald Judd.
Saman ini dikemukakan gara-gara Kim, 43, melabelkan meja bernilai $90,000 dan set kerusi bernilai $9,000 setiap satu sebagai karya asal Donald Judd dalam satu video yang menampilkan rekaan dalaman di pejabat SKKN miliknya pada tahun 2022.
Perabot milik Kim yang dikatakan ciplak karya Donald Judd
Menurut yayasan tersebut, perabot-perabot yang diperoleh Kim itu bukanlah perabot asli rekaan Donald Judd sebaliknya merupakan rekaan yang diciplak oleh pereka dalaman dari Hollywood Barat iaitu, Clements Design.
Syarikat itu turut menjadi defendan dalam tuntutan mahkamah oleh yayasan tersebut.
Dalam video rakaman tersebut, Kim berkongsi, “Kalau anda seorang yang sukakan perabot, kerana saya begitu mencintai perabot kebelakangan ini.
“Meja Donald Judd ini sangat mengagumkan dan sangat kena dengan kerusi, ianya sangat mudah kami sentiasa ada ramai orang dan menjamu selera. Dapur ini sangat menakjubkan dan saya seorang yang tersususun.”
Namun tidak dapat dipastikan sama ada ibu kepada empat cahaya mata itu membuat kenyataan bahawa perabot tersebut direka oleh Donald Judd secara sengaja atau tidak sengaja.
Video itu dipadamkan selepas pemfailan tuntutan mahkamah dilakukan pada Rabu lalu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...