Walupun sudah bergelar artis berjaya, itu tidak menghalang hasrat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk terus aktif dalam berbisnes termasuk menerusi sesi siaran langsung di platform media sosial.

Menurut Siti, selain mempunyai rasa tanggungjawab terhadap jenama bisnes sendiri, sesi siaran langsung di TikTok misalnya antara lain dapat mendekatkan dirinya dengan pembeli dan peminat.

“Kalau Tak Gunakan Kelebihan Ini, Rugilah…,” – Siti Nurhaliza Seronok Berniaga Di TikTok, Sisi Berbeza Biduanita Negara

“Pertama sekali, saya perlu bertanggungjawab dengan produk saya sendiri. Saya enjoy bila berniaga. Bila buat siaran langsung di media sosial, saya akan menetapkan masa satu hingga satu jam setengah untuk bercakap.

“Ia akan membuatkan saya lebih kreatif, dekat dengan pengguna dan peminat. Untuk mereka melihat saya hari-hari agak susah. Kalau di konsert pula, kena beli tiket.

“Platform media sosial ini ada banyak kelebihan kalau kita manfaatkan dengan betul,” katanya kepada MH.

Ads

Penyanyi lagu Cindai itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu Simplysiti dan kempen Ramadan Setuja Kasih, baru-baru ini.

“Kalau Tak Gunakan Kelebihan Ini, Rugilah…,” – Siti Nurhaliza Seronok Berniaga Di TikTok, Sisi Berbeza Biduanita Negara

Siti menambah, sekiranya inisiatif ini dapat meningkatkan nilai jualan, tidak salah buat dirinya untuk turut sama turun padang.

Bantu Naikkan Perniagaan Sendiri

“Kalau Tak Gunakan Kelebihan Ini, Rugilah…,” – Siti Nurhaliza Seronok Berniaga Di TikTok, Sisi Berbeza Biduanita Negara

“Sebagai seorang usahawan, sudah tentu saya perlu buat jualan. Kalau saya tidak buat jualan dengan kelebihan yang saya ada, ia satu yang merugikan.

Ads

“Mungkin ada yang kata orang lain boleh buat. Namun, saya rasa berbeza. Kalau orang lain buat, mungkin jumlah jualan mereka tak sebanyak yang saya boleh buat.

“Jadi, kenapa saya perlu sia-siakan peluang untuk menjual produk di platform saya sendiri. Secara tidak langsung, ia akan membantu perniagaan saya sendiri,” ujarnya.

Terhibur Baca Komen Netizen

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini teruja apabila sesi siaran langsung ini dapat menghiburkan hati banyak pihak.

“Kalau Tak Gunakan Kelebihan Ini, Rugilah…,” – Siti Nurhaliza Seronok Berniaga Di TikTok, Sisi Berbeza Biduanita Negara

Ads

“Mungkin mereka dapat melihat sisi berbeza saya ketika sesi siaran langsung. Kita pula banyak bercakap. Mereka merasakan seperti sedang berbual dengan saya.

“Saya juga terhibur bila membaca komen-komen yang kelakar. Perkara seperti ini yang membuatkan saya rasa gembira dan jadi terapi untuk diri sendiri. Seronok melayan komen-komen mereka.

“Mereka juga jarang melihat saya melawak. Bila saya melawak atau ada momen mencuit hati ketika live, ada yang kata stress mereka hilang. Minta saya buat live hari-hari,” akhirinya.

Sejak akhir-akhir ini, klip video sesi siaran langsung Siti sudah beberapa kali tular di platform media sosial.

Rata-rata mereka berkongsi telatah dan kisah-kisah lucu Siti ketika sedang rancak berniaga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI