Pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa mendedahkan bahawa dia pernah menghadapi fasa kemurungan sejurus pulang dari mengerjakan umrah di Tanah Suci pada Ogos 2023, ekoran kesemua pakaian yang dimilikinya seksi dan tidak menutup aurat.

Bagaimanapun, jelasnya. Suaminya, Aliff Awang atau Opai begitu memahami dan banyak membantu dirinya mengatasi masalah tersebut. Menurut Fatin Afeefa, niatnya untuk berhijrah adalah atas dasar mahu menjadi seseorang yang lebih baik berbanding sebelumnya!

Kemurungan Sampai Enggan Jumpa Sesiapa!

Makin Mempersona! Tak Sangka Fatin Afeefa Pernah Kemurungan Sebelum Terima Hidayah

“Masa pertama kali saya balik umrah, saya kemurungan sampai taknak jumpa siapa-siapa. Sebab semua baju yang saya ada semua seksi sampai rasa tak mahu keluar.
Tapi suami saya cakap, tak apa lah jom kita shopping online. Jadi dia memberi galakkan dan sokongan hingga membuatkan saya rasa tersentuh,” katanya.

Tambahnya lagi, penghijrahan yang dilakukanya adalah atas dasar mahu menjadi seseorang yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Ads

“Kita mencuba sebenarnya, saya akui saya sedang cuba untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari dalaman atau dari luaran.

“Jadi bila saya dah keluarkan kenyataan yang saya dah berhijrah kerana perkara ini atau perkara itu. Orang dah expect yang saya kena jadi ustazah terus dan saya tak suka macam tu. Jadi saya nak penghijrahan saya ini adalah kerana nak menjadi individu yang lebih baik,” ujarnya.

Fatin Afeefa Terharu Dengan Reaksi Opai, Ketika Nyatakan Hasrat Mahu Berhijab!

Makin Mempersona! Tak Sangka Fatin Afeefa Pernah Kemurungan Sebelum Terima Hidayah

Ketika disoal apakah reaksi pertama suami, ketika dia mengutarakan hasrat murninya untuk mengenakan hijab. Ini respon yang diberikan Opai kepada Fatin Afeefa.

Ads

“Suami saya sangat-sangat gembira bila tau saya nak pakai tudung. Dia orang yang paling bahagia sekali. Sebab dia tak pernah paksa saya atau cakap “eh pakailah tudung, tak sayang laki ke,” takde.

“Tapi dia sangat menyokong la. Masa saya cuba pakai tudung tu, suami cakap “baby nak beli jubah ke? Belilah..” dia memberi galakkan dalam masa tidak menyakitkan hati,” jelasnya.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Fatin ketika ditemubual oleh Media Hiburan, sewaktu menghadiri majlis resepsi perkahwinan rakan baiknya, Intan Najuwa pada 18 Ogos lalu.

Ads

Fatin Afeefa merupakan antara gadis dulang yang membawa hantaran bagi hari persejarah buat Intan Najuwa yang akhirnya membina mahligai cinta bersama jejaka pilihan hatinya, Datuk Ahmad Asraf.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini. 

 

Sumber: Instagram Fatin Afeefa & Instagram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI