
Kemeriahan Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang, Anjung Syawal di Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025, dijangka meriah dengan penampilan istimewa beberapa artis popular tanah air.
Bermula 28 Februari hingga malam raya, pentas Anjung Syawal akan dihiburkan oleh barisan artis terkenal termasuk Aina Abdul, Khai Bahar, Amir Masdi, Haziq Rosbi, dan Ara Johari yang dijangka membuat persembahan pada hujung minggu terpilih.
Turut memeriahkan acara termasuk artis meningkat naik seperti Nadeera Zaini, Bella Astilah, dan ramai lagi.
Daya Tarikan
Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd., Rayme Zainal selaku penganjur menyatakan bahawa kehadiran barisan selebriti ini diharap dapat menjadi daya tarikan utama bagi pengunjung yang ingin membeli-belah dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
“Sebagai penganjur, kami mahu memberikan yang terbaik kepada semua pihak terutama kepada usahawan yang meniaga di mana kehadiran ramai artis popular diharap mampu menarik ramai pengunjung untuk datang membeli– belah.
“Justeru, saya mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kesudian para artis terlibat kerana acara ini juga boleh menjadi salah satu platform untuk mendekati peminat mereka,” katanya.
Anjung Syawal dengan kerjasama anjuran Perbadanan Putrajaya yang merupakan Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang bakal kembali untuk tahun ke-13 bermula 28 Februari ini selama 33 hari.
Bertemakan ‘Memori Ramadan, Aspirasi Syawal’, pelbagai aktiviti dan reruai akan dilaksanakan bersama konsep yang menonjolkan kekayaan budaya Melayu dan kesenian Islam yang menjadi tradisi turun-temurun di negara ini.
Lebih mengujakan, lebih 220 lot niaga daripada jumlah keseluruhan sebanyak 293 lot niaga di Anjung Syawal telah habis terjual sejak 1 Januari lalu dan optimis ia akan habis dijual bulan ini.
“Walaupun terdapat isu yang dimainkan di media sosial yang menasihati peniaga agar tidak berniaga di Bazar Aidilfitri kerana masyarakat dikatakan tidak lagi gemar membeli secara fizikal namun sambutan di Anjung Syawal di luar jangkaan.
“Bahkan sebelum kami mengumumkan jualan lot niaga dibuka lagi, sudah ramai usahawan yang menghubungi untuk membuat tempahan slot,” katanya yang turut memperuntukkan 20 lot niaga kepada golongan selebriti dan pempengaruh.
Elemen Moden Tak Dilupa
Rayme pada masa sama menambah, konsep kali ini bukan sahaja bertujuan mahu mengekalkan warisan budaya Melayu tetapi juga memasukkan elemen moden dalam sambutan Ramadan dan Syawal.
Pihaknya juga berhasrat menghubungkan warisan budaya dengan inovasi masa kini, seterusnya berusaha menarik minat semua golongan masyarakat mengenali budaya bangsa terutama generasi muda.
“Antara kelainan baharu Anjung Syawal adalah dengan memperkenalkan segmen ‘Pangkin Seni dan Serambi Santai’ bagi menyediakan pelbagai aktiviti kebudayaan serta ruang selesa untuk pengunjung beristirehat.
“Bagi mengekalkan tarikan dan kemeriahan pada tahun ini, khemah lut sinar serta berlampu akan turut disediakan di kawasan terpilih khusus untuk membolehkan pengunjung berbuka puasa bersama ahli keluarga dengan selesa,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@mediahiburanofficial Penampilan pelakon senior berkaliber, Jalil Hamid muncul di Pentas Akhir Anugerah Carta 114 bagi mengiringi persembahan Halim Ahmad & Aiman Sidek yang bersiaran secara langsung, hari ini. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI