Ads

“Rajin Sungguh, Boleh Buat Menantu,” – A Aida Puji Aniq Suhair, Ringan Tulang Lapah Daging Korban

Pelakon Aniq Suhair, mencuri perhatian apabila dilihat begitu tekun dan berdedikasi dalam menyempurnakan ibadah korban.

Momen istimewa itu dirakam dan dikongsikan oleh penerbit terkenal, Datuk A. Aida menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, hari ini.

Dalam video berkenaan, Aniq kelihatan sibuk melapah daging lembu korban bersama beberapa lelaki lain, termasuk pelakon senior, Zul Huzaimy.

Tindakan rajin Aniq itu nyata menarik perhatian A. Aida, yang turut memuji sikap aktor muda itu dalam kapsyen video tersebut.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

“Boleh buat menantu… rajin sungguh… sekor lembu dia sorang melapah Aniq Suhair.

“Ini pulak Zulhuzaimy, orang dah siap baru sampai,” selorohnya.

Ads

Sambutan Aidiladha Meriah di Janda Baik

Majlis korban tersebut diadakan sempena sambutan Aidiladha dan dianjurkan oleh A. Aida sendiri di Janda Baik, Pahang.

Selain rakaman Aniq melapah daging, A. Aida turut memuat naik beberapa video suasana sambutan, termasuk persiapan agihan daging korban kepada penduduk setempat.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

“Alhamdulillah… Sekejap lagi kita masuk kampung agih daging pada penduduk kampung,” tulisnya lagi.

Tindakan murni ini bukan sahaja memperlihatkan nilai tolong-menolong, malah turut menyentuh hati pengikut A. Aida di media sosial.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Kami Tak Layak Dibandingkan Dengan Tun Mahathir & Allahyarhamah Tun Hasmah,...

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap dirinya dan bakal isteri, Bella Astillah tidak layak untuk dibandingkan dengan pasangan negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.