
Penyanyi dan juga usahawan Noraniza Idris, tampil membidas dakwaan segelintir netizen yang mendakwa pihaknya meniru idea Datuk Seri Aliff Syukri apabila memperkenalkan pembungkusan baharu berbentuk kotak bagi produk keluarannya, Che Ani Premium.
Pelancaran Kotak Warisan Che Ani Premium baru-baru ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial yang menyamakan reka bentuk kotak tersebut dengan beg yang pernah dikeluarkan oleh usahawan terkenal itu.
Antara komen yang diterima ketika sesi siaran langsung Che Ani Premium bersama Noraniza menerusi TikTok termasuklah;
“Datuk Aliff Syukri jual beg, Che Ani nak jual beg juga ke? Sibuk je.”
Tidak berdiam diri, Noraniza Idris segera memberikan respon dan menafikan dakwaan meniru sesiapa.
“Kau ni orang Melayu ke apa? Tak reti nak hargai perniagaan tempatan. Kalau tengok betul-betul, itu beg ke? Saya rasa kotak.
“Tak sama dengan beg. Saya buat kotak saja untuk hargai warisan, apa masalahnya?
Saya keluarkan satu benda yang saya boleh hargai pembeli muruku aku, kenapa dengki?,” luahnya.
Tingkat Kualiti Pembungkusan Demi Pelanggan
Menurut Noraniza, pengenalan kotak edisi baharu ini sebagai hasil maklum balas pelanggan yang sebelum ini kurang berpuas hati dengan kualiti pembungkusan asal muruku Che Ani Premium, yang mungkin akan mudah rosak semasa proses penghantaran.
“Ramai complaint, packaging cepat rosak jadi kita hasilkan kotak ini untuk meningkatkan kualiti pembungkusan kita dan pastikan pembeli muruku kita berpuas hati.
“Ada yang complaint setiap kali sampai pecah, pek jadi kempis. Jadi kita sediakanlah kotak,” katanya lagi.
Noraniza yang mesra disapa Kak Ani turut menegaskan, pembaharuan ini merupakan usaha menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan tempatan.
“Appreciate setiap sen pembeli merupakan satu kesempurnaan yang mereka inginkan. Jadi apa salahnya kita upgrade kita punya packaging,” tegasnya.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang memuji tindakan Noraniza yang dilihat sebagai inisiatif perniagaan yang bertanggungjawab, selari dengan keperluan pasaran.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
@mediahiburanofficial Kecoh bila Noraniza Idris, tampil membidas dakwaan segelintir netizen yang mendakwa pihaknya didakwa cuba meniru idea Datuk Seri Aliff Syukri apabila memperkenalkan pembungkusan baharu berbentuk kotak bagi produk keluarannya, Che Ani Premium. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI