Kebelakangan ini, nama kumpulan nasyid Inteam kembali mencetuskan fenomena selepas mereka mengumumkan untuk mengadakan konsert istimewa bersempena ulang tahun yang ke-25.
Pengumuman tersebut membuatkan para peminat teruja sehinggakan Inteam terpaksa mengubah vanue konsert ke lokasi yang lebih besar demi memenuhi permintaan yang luar biasa.
Malah, nama Inteam juga kembali tular di seluruh platform media sosial disebabkan video-video kreatif peminat yang mengimbau semula zaman kegemilangan industri nasyid di negara ini.
Ads
Pemintaan Inteam
Terbaharu, menerusi hantaran di Instagram, Inteam turut memohon semua pihak agar berpada-pada dalam memberikan kenyataan berkaitan bekas anggota kumpulan mereka iaitu Allahyarham Suhaimi Saad.
“Dalam keghairahan kita sama-sama meraikan kemeriahan, kami mohon berpada-padalah memberi komen kepada sahabat kami dan bekas anggota Inteam Allahyarham Suhaimi Saad,” tulis pengendali akaun tersebut.
Ads
Kongsi mereka lagi, kata-kata yang tidak elok secara tidak langsung bakal memberikan kesan kepada pihak keluarga.
“Sama-sama kita menghormati keluarga beliau. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya,” luah mereka.
Kumpulan legenda wanita popular, Elite, bakal kembali mengubat rindu peminat apabila diumumkan bakal mengadakan konsert solo pertama mereka, Elite Live’25, yang dijadual berlangsung pada 20 September ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Kemunculan semula mereka dalam Konsert GenKRU baru-baru ini nyata mencetuskan fenomena, dan kini mereka bersedia mengulangi keajaiban itu dalam pentas berskala lebih besar.
Menurut Azza mewakili kumpulan itu, mereka berasa sangat berbesar hati apabila diberi ruang eksklusif oleh pihak penganjur, Icon Entertainment, untuk tampil dalam konsert mereka sendiri.
“Elite rasa sangat teruja bila pihak Icon Entertainment sudi memberikan satu platform yang sangat besar untuk kami berada di pentas sendiri.
“Pada masa sama, kami juga sudah bersedia untuk menerima apa sahaja yang bakal berlaku selepas ini.
“Kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” katanya kepada MH.
Azza juga menegaskan mereka tidak gentar dengan sebarang kritikan atau pandangan berbeza mengenai kemunculan semula mereka.
“Kami sanggup ambil langkah berani ini untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu kami. Saya rasa mereka pun tahu tahap kemampuan kami.
“Mereka hanya nak tengok kami berlima buat persembahan di atas pentas. Buat mereka yang rasa kurang senang, tak mengapalah. Kami menerima dengan hati yang terbuka,” katanya.
Sementara itu, anggota Elite, Linda Rafar, mengakui bukan mudah untuk menerima tawaran ini memandangkan sudah lama mereka tidak membuat persembahan, apatah lagi konsert berskala besar.
Namun, keyakinan yang diberikan oleh Iman Tang, selaku ketua projek dari Icon Entertainment, membuatkan mereka percaya bahawa projek ini mampu direalisasikan dengan penuh profesionalisme.
“Itu adalah perkara utama yang kami risaukan. Sebab itulah segala persediaan sudah bermula daripada sekarang. Kami mula jaga makan, tahap kecergasan, latihan vokal dan koreografi.
“Alhamdulillah, Iman Tang sudah siapkan jadual latihan kami. Namun, kami juga perlu membuat latihan sendiri. Doakan yang terbaik.
“Kami pun tidak mahu memalukan diri sendiri. Sebab itu kami percaya kepada Iman kerana kami tahu dia akan menjaga kami dari segala aspek,” katanya.
Elite ditemui ketika sidang media rasmi konsert yang diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Menurut Iman, penganjuran konsert ini bukanlah satu keputusan tergesa-gesa semata-mata mengikut trend, sebaliknya satu projek yang telah lama dirancang secara teliti.
“Ini bukan penganjuran tangkap muat kerana konsert sedang ‘hype’, tetapi melihat betapa relevan girl band ini untuk melakukan konsert berskala besar yang sepadan dengan kewujudan mereka.
“Konsert ini akan menjadi sejarah penting bukan hanya kepada kumpulan ini tetapi industri muzik amnya kerana karya-karya hebat yang diciptakan pada tahun 90-an misalnya masih menjadi kegemaran ramai,” jelasnya lagi.
Tiket Elite Live’25 akan mula dijual bermula Khamis depan, jam 2 petang, dengan harga bermula dari RM268 (Tamparan Wanita dan Catwalk), RM588 (Manisnya Senyumanmu) hingga RM1088 (GIG).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zara Zya menegaskan bahawa setiap individu bebas mengikut cara dan cita rasa sendiri dalam masakan.
Pendapat tersebut disuarakan selepas dia menerima kritikan daripada seorang netizen mengenai resepi asam pedas tulang yang dikongsikannya di media sosial baru-baru ini.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menjelaskan, resepi tersebut juga warisan dari kawan ibunya yang berasal dari Melaka, dan hidangan itu sudah lama menjadi lauk kegemarannya.
“Saya masak, bukan nak bagi awak makan. Saya masak, untuk saya dan keluarga saya makan. Asam pedas tu, kawan mama saya dari Melaka yang kongsi resepi.
“Dan ia menjadi lauk kegemaran saya hingga kini. Saya suka dan niat saya share untuk sesiapa yang ingin mencuba,” tulisnya di aplikasi Thread.
Apa yang mengundang perhatian ialah apabila Zara ditegur kerana memasukkan daun kari dalam asam pedas, yang dianggap netizen itu sebagai ‘salah teknik’ dan tidak autentik.
Malah, komen berbaur sindiran itu turut mempersoalkan kemahiran memasak Zara secara terbuka.
“Dia ni memang tak reti memasak. Acah-acah pandai. Bodoh tang mana masak asam pedas letak daun kari?
“Tak payah rasa pun tahu tak sedap. Hanyir. Tumisan pun tak masak,” antara komen pedas individu tersebut.
Zara bagaimanapun memberi respon tenang namun bernas terhadap teguran yang diberikan.
“Ingat daun kari tu hanya untuk masakan kari sahaja ke? Sebab tu ada pepatah, pergilah belajar hingga ke negara China. Buka minda tu luas-luas.
“Orang dah share ilmu, dia bodohkan kita pula? Indah sungguh bahasa. Benci sangat kat saya ya,” tulis Zara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Zara Zya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Amar Baharin memanjatkan rasa syukur apabila berpeluang menyampaikan sumbangan makanan kepada para jemaah dan orang ramai yang berada di Masjid Nabawi.
Menurut Amar, sumbangan tersebut merupakan hasil infaq daripada orang ramai sepanjang dia menjayakan misi kayuhan daripada Malaysia hingga ke Madinah, Arab Saudi.
“Alhamdulillah semua duit infaq yang diberi sebelum mula perjalanan, ditengah perjalanan dan sesudah sampai di Tanah Haram Madinah telah saya infaqkan menerusi Restoran @paktam.madinah untuk diagihkan kepada jemaah di Masjid Nabawi,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh suami kepada pelakon Amyra Rosli itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Amar turut merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak yang berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan ini.
“Semoga menjadi ladang pahala buat semua yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah,” ujarnya lagi.
Ramai Tumpanv Syukur
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira selain turut berdoa semoga segala urusan Amar dipermudahkan.
“Sunhanallah, bilalah saya akan berbakti begini? Semoga Allah makbulkan niatku.
“Alhamdulillah, akan datang mesti ramai akan buat begini. Rasa nikmat tu.
“Semoga dipermudahkan segala urusan Amar. Insha-Allah.
“Madinah adalah tempat terbaik untuk healing. Tenang sahaja. Mesti rasa nak datang lagi,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, misi kayuhan Amar bersama rakanya yang dikenali sebagai Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin telah pun sampai ke penghujungnya.
Mereka selamat tiba di Masjid Nabawi, Madinah pada 10.45 pagi waktu Arab Saudi (3.45 petang waktu tempatan), pada Khamis lepas
Amar dan Muqharabbin memulakan perjalanan sejak 27 April lalu dan dijangkan akan tiba di tanah air pada Khamis ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amar Baharin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Aepul Roza mengakui dirinya masih menerima banyak permintaan untuk menghasilkan lagu berdasarkan isu-isu viral yang hangat diperkatakan di media sosial.