
Penyanyi terkenal Britain, Liz McClarnon, mengesahkan beliau kini sedang hamil anak sulung selepas melalui pengalaman sukar termasuk dua kali keguguran tahun lalu.
Ahli paling lama kumpulan pop terkenal, Atomic Kitten itu, menyatakan kehamilannya sebagai satu keajaiban selepas bertahun-tahun menjalani rawatan kesuburan menerusi kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).
Liz, 44, yang berkahwin dengan usahawan Peter Cho pada 2023, berkongsi tentang bagaimana mereka telah memulakan rawatan IVF sejak awal perhubungan sebelum perkahwinan lagi.
“Kami mengalami tiga kegagalan pemindahan embrio pada 2022, dan dua keguguran pada tahun ini. Saya pernah berasa cukup kecewa dan mahu menyerah, tetapi sokongan Peter yang tidak berbelah bahagi benar-benar membantu saya terus kuat,” katanya kepada akhbar Daily Mirror.
Menurut penyanyi lagu Whole Again itu, percutian hujung tahun lalu bersama keluarga banyak membantunya dari segi emosi.
“Saya mula benar-benar menghargai bahawa setiap kehamilan merupakan satu anugerah. Banyak faktor yang perlu berlaku dengan sempurna sebelum seseorang wanita boleh hamil dan melahirkan bayi yang sihat,” katanya.
View this post on Instagram
Tambahnya, walaupun pada awalnya beliau enggan berkongsi berita itu kepada umum, namun melihat kesukaran yang dilalui pasangan lain dalam mendapatkan zuriat membuatkan beliau tampil berkongsi pengalaman.
“Saya tidak sangka orang ramai akan ambil berat. Tapi IVF adalah sesuatu yang dialami oleh lebih ramai orang daripada yang kita jangka,” katanya lagi.
Dalam satu hantaran di media sosial, beliau menulis, “Saya telah menyimpan satu rahsia besar daripada anda semua. Saya jarang muncul di media sosial kerana kadang-kadang terlalu sukar untuk tersenyum.”
“Tapi selepas bertahun-tahun menjalani rawatan IVF dan masa-masa yang kelam, saya kini hamil. Kami rasa seolah-olah telah dikurniakan dunia.”
Liz dikenali bukan sahaja sebagai penyanyi, malah juga pernah muncul dalam siri realiti dan bergelar pengacara. Imbas kembali, kumpulan Atomic Kitten yang pernah mencetus fenomena awal 2000-an kini menjadi sebahagian daripada legasi muzik pop Britain.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI