Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan isu yang melibatkan seorang penyanyi dan pelakon terkenal yang didakwa melakukan amang seksual terhadap gadis berusia 17 tahun. Jika disabitkan kesalahan jenayah berat tersebut, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dan juga sebatan dalam masa yang sama.

Jika diimbas kembali, isu jenayah seksual dalam kalangan ‘orang popular’ bukanlah baharu. Baik dalam dan luar negara, beberapa selebriti terkenal sudah dijatuhi hukuman dek kesalahan tersebut. Jenayah seksual ini termasuklah amang seksual dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Berikut adalah lima figura popular yang telah disabit kesalahan tersebut.

5 Selebriti Terlibat Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak

R Kelly

Kelly, penyanyi terkenal Amerika Syarikat, disabitkan kesalahan atas jenayah pemerdagangan seks, penghasilan dan penyebaran bahan lucah kanak-kanak serta eksploitasi seksual mangsa di bawah umur.

Mahkamah mendapati beliau menggunakan kedudukannya untuk mengawal dan memperdaya mangsa-mangsanya melalui penderaan fizikal, mental, dan ugutan.

Pada 2022, R. Kelly dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun, dan hukuman ini telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 2025, menjadikan beliau akan terus dipenjara sehingga berusia pertengahan 70-an atau lebih

Ads

5 Selebriti Terlibat Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak

PU Azman

PU Azman atau nama sebenar Azman Syah Alias telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi selepas rayuannya diterima untuk menjalani hukuman secara serentak bermula 27 September 2024.

Hukuman ini dikurangkan daripada 24 tahun penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Klang sebelum ini atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun. Mahkamah mengekalkan hukuman sebatan walaupun tempoh penjara dikurangkan.

Selain itu, PU Azman juga diarahkan menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara

5 Selebriti Terlibat Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak

Ads

Mark Salling

Mark Salling, pelakon yang terkenal menerusi siri TV Glee pernah disabitkan kesalahan memiliki dan menerima bahan pornografi kanak-kanak. Pada tahun 2015, pihak berkuasa menemui lebih 50’000 imej dan video eksploitasi seksual kanak-kanak di dalam peranti miliknya.

Salling mengaku bersalah pada 2017 dan dijangka menerima hukuman penjara antara 4 hingga 7 tahun serta pendaftaran sebagai pesalah seks. Namun, sebelum hukuman dijatuhkan, beliau ditemui meninggal dunia akibat bunuh diri pada Januari 2018

5 Selebriti Terlibat Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak

Ian Fang

Ian Fang, bekas pelakon Mediacorp Singapura dijatuhi hukuman penjara selama 40 bulan pada Mei 2025 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan penembusan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada tahun 2024.

Ads

Selain itu, mahkamah turut mengambil kira beberapa pertuduhan lain termasuk menghalang keadilan dan menghendap semasa menjatuhkan hukuman. Identiti Fang didedahkan selepas perintah larangan terhadapnya ditarik balik, manakala identiti mangsa kekal dilindungi oleh mahkamah.

Fang menggunakan kedudukannya sebagai guru lakonan untuk memanipulasi mangsa. Menurut laporan, hukuman penjara yang bakal dikenakan ke atasnya dijangka bermula pada 16 Jun 2025.

5 Selebriti Terlibat Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak

Gary Glitter

Gary Glitter, penyanyi glam rock British, telah beberapa kali disabitkan kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Pada tahun 1999, beliau dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan di UK kerana memiliki lebih 4,000 imej pornografi kanak-kanak.

Pada 2006, di Vietnam, beliau disabitkan bersalah melakukan amang seksual terhadap dua gadis berumur 10 dan 11 tahun dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun. Kemudian, pada tahun 2015, di UK, Glitter didapati bersalah atas beberapa tuduhan termasuk cubaan merogol dan amang seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, dan dijatuhi hukuman penjara selama 16 tahun.

Beliau dibebaskan pada Februari 2023 selepas menjalani separuh hukuman tetapi kemudian dipenjara semula kerana melanggar syarat pelepasan bersyarat

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI