Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyifatkan filem adiwira Keluang Man bukan dihasilkan semata-mata untuk mengejar kutipan box office.
Sebaliknya, filem ini merupakan langkah serius Astro Shaw dalam mencorak hala tuju baharu buat industri perfileman tempatan, melangkaui kebiasaan dan memilih untuk tidak kekal dalam zon selesa.
“Daripada sudut pandang bisnes, Keluang Man memperkenalkan banyak perkara baru buat industri filem tempatan. Ini merupakan filem ‘post-modern’ yang pertama.
“Kami bawakan sebuah jenama animasi yang besar dan cuba menjadi jambatan kepada generasi baharu dan lama.
“Kami boleh sahaja pilih jalan selamat dan hasilkan filem-filem bergenre aksi atau kepolisian. Malah, kami masih lagi buat filem sebegitu.
“Namun, jika fokus kami ke arah filem seperti itu sahaja, bagaimana kita nak berkembang dan perkenalkan perkara baharu di dalam industri.
Ads
“Astro Shaw mahu terus menghasilkan idea yang segar dan berani,” katanya kepada MH.
Tambah beliau lagi, pemilihan Keluang Man dibuat dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan serta risiko, termasuk penerimaan penonton.
“Keluang Man adalah langkah pertama kami untuk perjalanan yang lebih besar. Ia lebih dari sekadar kutipan box office.
“Pada masa sama, kami berani mengambil risiko yang telah dipertimbangkan. Itu yang membuatkan kami berani untuk terokai perkara baharu.
Ads
“Insya-Allah penonton tempatan dapat melihat sesuatu yang segar dalam industri ini. Kami mahu jadi taman permainan untuk industri kreatif,” katanya.
Mengulas tentang reaksi pelbagai pihak terhadap filem ini, Raja Jastina menyifatkan kritikan sama ada positif mahupun negatif, sebagai satu isyarat bahawa masyarakat peduli terhadap perkembangan filem tempatan.
“Kami menerima segala kritikan baik dan buruk. Bila ramai yang berkata fasal kami, itu menunjukkan mereka tertarik dengan apa yang Astro Shaw lakukan.
Ads
“Maklum balas yang kami terima bukan ringkas sahaja. Ramai yang memberikan komen secara panjang dan terperinci. Itu memerlukan usaha yang sangat banyak.
“Mereka peduli dengan apa yang kami terbitkan. Jadi, kami mahu terus bekerjasama dengan ekosistem ini. Mereka mahu kami jadi lebih baik.” Katanya lagi.
Apa yang menarik, filem ini telah mencatat engagement tertinggi di media sosial berbanding filem lain terbitan Astro Shaw sebelum ini.
“Jarang filem kami dapat ulasan yang begitu terperinci. Malah, Keluang Man juga mendapat engagement tertinggi di media sosial setakat ini,” akhirinya.
Filem Keluang Man masih lagi rancak ditayangkan di pawagam seluruh negara dengan promosi berterusan giat dijalankan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal malam tadi, pelakon Lisdawati ada meminta jasa baik pengguna media sosial membantunya bagi mengesan wanita yang dikenali sebagai Nurul Ashikin Aided.
Permintaan itu dibuat bintang KL Menjerit itu menerusi Instagram.
Pelakon dan usahawan, Elfira Loy baru-baru ini telah mengadakan majlis doa selamat sempena pembukaan kafe terbarunya dan turut mengharapkan agar majlis perkahwinan yang dikatakan bakal dilangsung Januari depan dipermudahkan.
Merakamkan rasa syukur, Elfira atau lebih mesra disapa El gembira kerana majlis doa selamat yang diadakan pada hujung Sabtu lalu berjalan lancar.
“Alhamdulillah selesai bacaan yasin cafe dan doa selamat untuk majlis kami. Terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa,” tulisnya.
Perkara itu dikongsi Elfira menerusi entri di akaun Instagram.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat turut memberikan ucapan serta berdoa agar majlis yang bakal diadakan berjalan lancar.
Setakat ini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 500,000 kali.
Rasanya antara isu seni yang paling hangat diperkatakan sejak semalam adalah kunjungan super model terkenal dunia, Bella Hadid di ibu negara bari menghadiri majlis satu jenama jam tangan terkemuka.
Lalu, pencinta seni dan fesyen di negara ini bagai teruja apabila buat pertama kalinya, model yang menjadi antara figura pentas runway paling laris tahun ini itu menjejakkan kaki ke Malaysia.
Malah menerusi majlis eksklusif itu, barisan selebriti turut dijemput khas bagi meraikan seterusnya mengisi masa bersama Bella. Jadi apa lagi, semua mata pastinya tertumpu dengan gaya dan fesyen yang dikenakan mereka kan?
Penyanyi muda bervokal lantang, Danial Chuer berkongsi berita gembira apabila beliau dipilih sebagai Graduan Terbaik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan bakal menerima Anugerah Cemerlang...