Selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti popular Thailand, Davika Hoorne, 33, dan Ter Chantavit, 41, akhirnya mengikat tali pertunangan.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Davika menerusi satu hantaran video ringkas di laman Instagram miliknya pada Rabu.
Menerusi hantaran tersebut beliau memaparkan momen manis lamaran tersebut dan menulis kapsyen ringkas bertunang dan disertakan dengan emoji cincin berlian.
Video tersebut memaparkan pasangan berkenaan saling berhadapan dengan senyuman, manakala Davika kelihatan mempamerkan cincin pertunangan di jari manisnya.
Lamaran itu dilakukan dalam suasana ringkas namun bermakna, dengan Ter kelihatan kacak mengenakan kemeja putih manakala Davika tampil angun dalampersalinan gaun labuh renda.
Ads
Ads
Davika atau lebih dikenali sebagai Mai merupakan antara pelakon wanita paling menyerlah di Thailand. Antara siri popular yang pernah dibintanginya termasuk Dok Kaew (2011), Kularb Rai Kong Naai Taiwan (2014), Love Beyond Time (2017), My Ambulance (2019) dan Wanthong (2021).
Beliau turut mencuri tumpuan dalam siri Astrophile (2022), terbitan GMMTV, yang menggandingkannya bersama pelakon sensasi, Bright Vachirawit.
Ads
Sementara itu, Ter Chantavit juga bukan nama asing dalam industri hiburan Thailand. Pelakon lelaki itu sering tampil dalam filem-filem bergenre komedi dan dikenali menerusi lakonan bersahaja serta menghiburkan.
Antara karya terbaharunya ialah filem The Red Envelope di mana beliau memegang watak sebagai anggota polis, selain turut membintangi filem 404 Run Run.
Pertunangan pasangan ini menerima reaksi positif daripada peminat serta rakan artis yang rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan mereka.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Azhar Sulaiman meluahkan rasa syukur dan teruja apabila terus diberikan kepercayaan untuk membawakan watak berat dan mencabar, kali ini.
Menurut Azhar, dia kini dalam persiapan untuk membintangi sebuah drama terbaharu yang menampilkan dirinya sebagai seorang pelacur lelaki berusia 50-an yang tinggal di Chow Kit serta menghidap HIV.
“Pada usia sekarang, saya rasa sangat bertuah kerana masih diberi peluang untuk membawa watak yang mencabar keupayaan lakonan saya.
“Saya akan memegang watak sebagai ‘ayam tua’ atau pelacur lelaki yang tinggal di Chow Kit pada usia 50-an. Dia juga mengidap penyakit HIV.
“Saya berdepan konflik dengan anak saya yang dilakonkan oleh Adam Lee. Dia kena menerima hakikat yang ayahnya adalah seorang pelacur,” katanya kepada MH.
Azhar ditemui ketika menghadiri tayangan perdana drama Hilang Kasyorga, baru-baru ini.
Azhar turut menegaskan, drama berkenaan bukanlah bertujuan untuk mempromosikan budaya songsang, sebaliknya memaparkan sisi gelap kehidupan yang benar-benar wujud dalam masyarakat.
“Saya sudah pun membaca skrip. Kami bukan nak menormalisasikan budaya LGBT tapi kita nak paparkan permasalahan masyarakat yang ada pada hari ini.
“Saya juga perlu berhati-hati ketika membawakan watak ini. Saya tak nampak terlalu seronok sangat jadi pondan.
“Pada akhirnya nanti, naskhah ini perlu meninggalkan mesej kepada semua yang menonton,” ujarnya lagi.
Ditanyq mengenai persepsi penonton selepas ini, Azhar yakin pengarah dan produksi mempunyai etika serta tanggungjawab dalam mengendali isu sensitif seperti ini.
“Seperti apa yang sudah berlaku di dalam drama Bidaah dan Keluarga Itu, kita kena faham setiap naskhah ini mendapat kelulusan stesen TV dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
“Pengarah bukan buat secara suka-suka. Apa yang kita lihat dalam Bidaah, yang terasa itu mungkin dia juga berkelakuan sebegitu.
“Saya tidak pernah terlibat di dalam dunia itu. Jadi, saya tidak terasa. Saya hanya melihat realiti budaya kultus. Ia langsung tidak menggoncang akidah dan pandangan saya terhadap Islam.
“Jadi, bila saya bawa watak ini, saya nak tunjuk bagaimana dia mengakhiri hidupnya. Saya ada tanggungjawab untuk memberi pengajaran,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan isu yang melibatkan seorang penyanyi dan pelakon terkenal yang didakwa melakukan amang seksual terhadap gadis berusia 17 tahun. Jika disabitkan kesalahan jenayah berat tersebut, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dan juga sebatan dalam masa yang sama.
Jika diimbas kembali, isu jenayah seksual dalam kalangan ‘orang popular’ bukanlah baharu. Baik dalam dan luar negara, beberapa selebriti terkenal sudah dijatuhi hukuman dek kesalahan tersebut. Jenayah seksual ini termasuklah amang seksual dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak.
Berikut adalah lima figura popular yang telah disabit kesalahan tersebut.
Kelly, penyanyi terkenal Amerika Syarikat, disabitkan kesalahan atas jenayah pemerdagangan seks, penghasilan dan penyebaran bahan lucah kanak-kanak serta eksploitasi seksual mangsa di bawah umur.
Mahkamah mendapati beliau menggunakan kedudukannya untuk mengawal dan memperdaya mangsa-mangsanya melalui penderaan fizikal, mental, dan ugutan.
Pada 2022, R. Kelly dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun, dan hukuman ini telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 2025, menjadikan beliau akan terus dipenjara sehingga berusia pertengahan 70-an atau lebih
PU Azman atau nama sebenar Azman Syah Alias telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi selepas rayuannya diterima untuk menjalani hukuman secara serentak bermula 27 September 2024.
Hukuman ini dikurangkan daripada 24 tahun penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Klang sebelum ini atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun. Mahkamah mengekalkan hukuman sebatan walaupun tempoh penjara dikurangkan.
Selain itu, PU Azman juga diarahkan menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara
Mark Salling, pelakon yang terkenal menerusi siri TV Glee pernah disabitkan kesalahan memiliki dan menerima bahan pornografi kanak-kanak. Pada tahun 2015, pihak berkuasa menemui lebih 50’000 imej dan video eksploitasi seksual kanak-kanak di dalam peranti miliknya.
Salling mengaku bersalah pada 2017 dan dijangka menerima hukuman penjara antara 4 hingga 7 tahun serta pendaftaran sebagai pesalah seks. Namun, sebelum hukuman dijatuhkan, beliau ditemui meninggal dunia akibat bunuh diri pada Januari 2018
Ian Fang, bekas pelakon Mediacorp Singapura dijatuhi hukuman penjara selama 40 bulan pada Mei 2025 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan penembusan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada tahun 2024.
Selain itu, mahkamah turut mengambil kira beberapa pertuduhan lain termasuk menghalang keadilan dan menghendap semasa menjatuhkan hukuman. Identiti Fang didedahkan selepas perintah larangan terhadapnya ditarik balik, manakala identiti mangsa kekal dilindungi oleh mahkamah.
Fang menggunakan kedudukannya sebagai guru lakonan untuk memanipulasi mangsa. Menurut laporan, hukuman penjara yang bakal dikenakan ke atasnya dijangka bermula pada 16 Jun 2025.
Gary Glitter, penyanyi glam rock British, telah beberapa kali disabitkan kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Pada tahun 1999, beliau dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan di UK kerana memiliki lebih 4,000 imej pornografi kanak-kanak.
Pada 2006, di Vietnam, beliau disabitkan bersalah melakukan amang seksual terhadap dua gadis berumur 10 dan 11 tahun dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun. Kemudian, pada tahun 2015, di UK, Glitter didapati bersalah atas beberapa tuduhan termasuk cubaan merogol dan amang seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, dan dijatuhi hukuman penjara selama 16 tahun.
Beliau dibebaskan pada Februari 2023 selepas menjalani separuh hukuman tetapi kemudian dipenjara semula kerana melanggar syarat pelepasan bersyarat
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nora Danish menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli, berjaya menamatkan pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Turut hadir menyaksikan detik bermakna tersebut ialah Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai, bapa kepada Rayqal.
Momen itu memperlihatkan kematangan dan sikap profesional kedua-duanya dalam memberi sokongan penuh terhadap anak tercinta, meskipun tidak lagi hidup bersama sebagai pasangan suami isteri.
Kehadiran mereka berdua juga turut mencerminkan hubungan kekeluargaan yang masih erat dan harmoni, dengan penuh toleransi demi kebahagiaan serta kejayaan Rayqal.
Acara tersebut turut disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib, dan isteri, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Datin Seri Noora Ashikin Raja Abdullah, yang merupakan datuk dan nenek kepada Putra Rayqal.
Nora Kongsi Doa & Kenangan
Dalam pada itu menerusi hantaran di Instagram, Nora menitipkan kata-kata penuh emosi dan doa buat anak sulungnya itu, mengimbau memori sewaktu menghantar Rayqal masuk asrama buat pertama kali.
“Alhamdulillah, kami menyaksikan satu lagi nikmat daripada Allah, anak sulung saya telah menamatkan alam persekolahannya.
“Semoga ilmu yang telah diperoleh menjadi cahaya yang membimbingmu di dunia dan di akhirat.
“Langkahlah ke hadapan dengan tawakal, adab dan iman. Mommy akan sentiasa mendoakan kejayaanmu di bawah rahmat Allah Yang Maha Agung.
“Macam baru semalam mommy hantar Qal menangis masuk asrama,” tulisnya.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima lebih 26,000 tanda suka, menandakan sokongan dan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Tahniah diucapkan kepada Juara Dewi Remaja 2023 yang kini bergelar pelakon, Nurel Baharin, 24, yang sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Esmeer Mansor dengan...