
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menitipkan dedikasi istimewa buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang melepaskan dan membebaskan beliau daripada semua pertuduhan yang dihadapi.
Menerusi satu hantaran di Instagram, penyanyi lagu Lebih Indah Berpisah itu berkongsi rasa syukur dan memberikan sokongan penuh terhadap perjuangan Saddiq.
“Alhamdulillah, tahniah YB. Hari yang besar buat seorang insan yang baik.
“Bukan semua wira memakai jubah, ada yang memakai sut dan tidak pernah berputus asa. Keadilan akhirnya ditegakkan,” tulisnya ringkas dalam ruangan kapsyen.
Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikut dan warganet yang turut mendoakan agar urusan bekas Menteri Belia dan Sukan itu dipermudah.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 20,000 tanda suka.
View this post on Instagram
Serah Soal Jodoh Kepada Takdir
Terdahulu, Bella turut hadir ke Istana Kehakiman, Putrajaya sejak awal pagi bagi memberikan sokongan kepada Syed Saddiq.
Ketika ditemui media selepas prosiding, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut soal hubungannya dengan Saddiq.
“Perancangan masa depan saya serahkan kepada Allah SWT. Kalau ada jodoh, Alhamdulillah.
“Bella perempuan, tidak manis untuk kongsi apa-apa perancangan masa depan… Minta doa yang terbaik,” katanya.
Dalam masa sama, Bella mengakui turut tumpang gembira atas keputusan yang diumumkan dan menyifatkannya sebagai kemenangan untuk semua pihak yang menyokong Saddiq.
“Semua gembira, rata-rata orang Malaysia mendoakan yang terbaik semoga YB dilepaskan.
Keputusan hari ini buat semua orang gembira,” ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI