Penyanyi terkenal, Mariah Carey mengejutkan industri muzik apabila tampil dengan single terbaharu bertajuk Type: Dangerous selepas tujuh tahun tanpa karya baharu.
Single tersebut dilancarkan secara rasmi hari ini dan segera menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat serta pemerhati industri hiburan antarabangsa.
Kehadiran Carey dengan karya baharu ini dianggap sebagai titik tolak kepada fasa baharu kerjayanya yang sinonim dengan gelaran “diva pop” sejak era 1990-an.
Video promosi single itu yang memperlihatkan Carey memandu kereta mewah McLaren hitam dengan penuh gaya turut mencetuskan spekulasi bahawa beliau bakal melancarkan album penuh tidak lama lagi.
Ads
Malahan, peminat menyifatkan imej terbaharu Carey dalam video berkenaan sebagai simbol kebangkitan semula bintang itu.
Lagu terbaharu ini menampilkan elemen balada kontemporari yang disulami vokal lantang serta susunan muzik moden yang tetap setia kepada identitinya
Kali terakhir penyanyi berusia 55 tahun itu tampil dengan album penuh ialah menerusi Caution pada tahun 2018. Sejak itu, beliau lebih banyak menumpukan perhatian kepada persembahan tahunan dan pelbagai kolaborasi terpilih.
Ads
Walau bagaimanapun, Mariah Carey setakat ini belum mengesahkan sama ada single baharu itu adalah sebahagian daripada album baharu atau sekadar single sahaja.
Setakat artikel ini ditulis, setelah tiga jam dimuat naik di YouTutube, video lirik lagu tersebut telah menerima lebih 80 ribu tontonan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Stesen penyiaran kebangsaan Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC) diperintah Mahkamah Persekutuan untuk membayar ganti rugi sebanyak AUD70,000 (anggaran RM220,000) kepada wartawan bebas, Antoinette Lattouf, selepas pemecatannya daripada tugas sebagai penyampai radio didapati menyalahi undang-undang.
Menurut laporan, keputusan itu dibuat Hakim Darryl Rangiah selepas mendapati tindakan ABC memendekkan tugasan lima hari Lattouf kepada hanya tiga hari tanpa alasan kukuh, merupakan pelanggaran terhadap Akta Kerja Adil (Fair Work Act).
Antoinette dilaporkan disingkirkan daripada siaran selepas berkongsi hantaran di media sosial yang memetik kenyataan Human Rights Watch, menyebut bahawa kerajaan Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata perang terhadap penduduk Gaza.
Mahkamah turut diberitahu bahawa tindakan menamatkan tugas beliau dibuat oleh Ketua Kandungan ABC, Chris Oliver-Taylor, susulan aduan yang diterima terhadap hantaran berkenaan.
Dalam penghakiman bertulis, Hakim Rangiah menyatakan pemberitahuan bahawa Antoinette tidak diperlukan untuk baki dua hari siaran merupakan isyarat halus bahawa beliau telah ‘digugurkan’ dari udara.
“Saya dapati tindakan ABC itu sebagai satu penolakan terhadap kontrak pekerjaan yang sah,” katanya seperti dilaporkan.
Antoinette yang memberikan reaksi sejurus keputusan mahkamah diumumkan menyifatkan kemenangan itu sebagai bukti bahawa menyuarakan pendapat, walaupun berkenaan isu sensitif, tidak seharusnya dihukum.
“Mahkamah telah menetapkan bahawa menghukum seseorang kerana menyuarakan fakta berhubung jenayah perang adalah satu kesalahan. Saya menjadi mangsa hanya kerana menyatakan pandangan politik,” katanya.
Perbicaraan turut membongkar komunikasi dalaman ABC yang memaparkan emel daripada bekas pengerusinya, Ita Buttrose, kepada Ketua Editor, David Anderson, berbunyi, “Adakah Antoinette telah digantikan? Saya sudah bosan terima emel tentangnya.”
Sementara itu, laporan turut mendedahkan bahawa ABC telah membelanjakan kira-kira AUD1.1 juta (RM3.5 juta) wang awam dalam perbicaraan ini, meskipun pernah ditawarkan penyelesaian luar mahkamah oleh pihak Lattouf sebanyak AUD85,000 (sekitar RM265,000).
Dalam kenyataan susulan keputusan tersebut, Pengarah Urusan ABC, Hugh Marks, mengakui kekhilafan pihaknya dan memohon maaf kepada Antoinette .
“Kami kesal dengan cara isu ini ditangani serta tekanan emosi yang ditanggung beliau. Pihak ABC ingin memohon maaf secara terbuka atas insiden ini,” katanya.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Haliza Maysuri mengenakan tudung bernilai RM70,000 sebagai simbolik kemenangan samannya terhadap dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.
Haliza, 47, menyifatkan penghasilan tudung itu seperti menjulang jenama Bawal Exclusive (BE) selepas menerima fitnah tidak berasas daripada bekas pengedar tudungnya, sebelum ini.
“Disebabkan kami menang saman semalam saya arahkan kilang buat tudung bernilai RM70,000 yang saya pakai hari ini.
“Saya bukan nak menipu tapi ini semata-mata untuk julang nama BE semula. Maruah saya tak boleh dibayar dengan wang ringgit,” katanya.
Tegasnya, jenama tersebut dibina bermula daripada bawah dengan pelbagai penat lelah sepanjang 27 tahun lalu.
Malah tindakan saman dilakukan adalah sebagai pengajaran kepada mereka di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah.
“Saya dan suami bina jenama ini daripada sewa bilik kecil ketika itu tiada staf beratus, tiada modal dan pendidikan serta tiada peguam yang jaga.
“BE dibina dengan jerit payah kami dan peluh kami. Saya nak beri amaran jangan main-main dengan jenama saya. BE tidak sama dengan jenama lain,” ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan kejayaan yang dibina oleh jenama berkenaan kerana mampu menjalinkan hubungan baik dengan syarikat luar negara.
“Jenama ini dibina dengan peluh air mata, dengan kesusahan tiada modal dan pendidikan tapi rakyat Malaysia perlu berbangga dengan kejayaan kami.
“Malah jenama Swarovski mencari kami dan meletakkan kami sebagai branding rakan kongsi sehingga kami menjadi 10 teratas di syarikat itu.
“Saya tak minta dipuji atau dihargai. Cuma saya dalam perniagaan, saya memang fokus. Jangan jolok sarang tebuan,” tegasnya.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kota Bharu telah memerintahkan seorang bekas pengedar Bawal Exclusive Sdn. Bhd., Rosmaliza Mansor, membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 kepada syarikat itu serta dua lagi pihak atas dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.
Bawal Exclusive bersama Bawal Sdn. Bhd. dan pengasasnya, Haliza Maysuri, memfailkan saman pada 18 Oktober 2024 berhubung satu hantaran di Facebook Rosmaliza yang didakwa memperlekeh usaha pemasaran produk mereka di TikTok.
Haliza selaku Pengasas dan Pengarah Pemasaran bagi jenama tersebut tampil pada sidang media mengenai isu ini di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada Hai Isnin.
Turut hadir ialah Mohd Rosli Awang selaku Pengarah Urusan Bawal Exclusive dan Datuk Adnan Seman yang mewakili firma guaman Adnan Sharida & Associates.
“Rosmaliza Mansor merupakan bekas pengedar produk syarikat Bawal Exclusive Sdn. Bhd. dan Bawal Sdn. Bhd. sejak tahun 2017 hingga 2022.
“Selepas tempoh itu tamat, syarikat memilih untuk tidak meneruskan beliau sebagai pengedar produk,” kata Adnan mewakili firma guaman Adnan Sharida & Associates.
Tambah Adnan, syarikat mendakwa hantaran yang dikongsikan di Facebook itu memberikan gambaran negatif.
“Tindakan beliau telah membawa kefahaman kepada orang awam bahawa pihak syarikat dan Haliza telah bertindak tidak adil kepada pengedar-pengedar yang diberi kebenaran untuk menjual produk-produk syarikat, sekali gus menjejaskan reputasi yang dibina sejak 1998.
“Mahkamah juga mendapati Rosmaliza tidak menghadirkan diri sepanjang prosiding dan pada 1 Januari 2025.
“Dia diperintahkan untuk menurunkan kenyataan fitnah tersebut dari akaun media sosialnya serta dilarang mengulangi sebarang kenyataan sama,” katanya.
Selain bayaran ganti rugi, Rosmaliza turut diarahkan membayar RM570 kepada Bawal Sdn. Bhd. atas satu invois tertunggak.
“Kami tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan reputasi anak guam kami.
“Kami berharap tindakan ini menjadi pengajaran agar masyarakat lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan di media sosial,” jelas Adnan lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Penyanyi terkenal Britain, Jessie J menggemparkan dunia hiburan antarabangsa apabila mendedahkan dirinya menghidap kanser payudara peringkat awal.
Pengumuman itu dibuat pelantun lagi Price Tag itu atau nama sebenarnya Jessica Ellen Cornish, 37, menerusi sebuah video penuh emosi di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Dalam video tersebut, beliau memaklumkan telah mengetahui diagnosis itu sejak sembilan minggu lalu dan sedang bersiap sedia menjalani rawatan pembedahan.
“Kanser ini dikesan pada peringkat awal. Walaupun ia satu berita yang menakutkan, saya bersyukur kerana ia dapat dikesan lebih awal dan saya kini dalam fasa perancangan untuk rawatan,” katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut memaklumkan bahawa beliau akan menjalani pembedahan selepas menjayakan persembahan terakhirnya pada acara Capital’s Summertime Ball yang dijadual berlangsung di Stadium Wembley, London pada 15 Jun ini.
Dalam nada positif, Jessie J tidak lupa menyuntik humor dalam pengumumannya dengan bergurau bahawa beliau mungkin akan mempunyai payudara yang lebih besar selepas menjalani prosedur pembedahan serta mencadangkan tajuk lagu baharu Living My Breast Life”
Tindakannya berkongsi secara terbuka tentang penyakit yang dihadapinya turut mendapat pujian daripada pertubuhan kebajikan kanser payudara di Britain, Breast Cancer Now.
Pertubuhan itu menyifatkan tindakan berani penyanyi itu mampu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pengesanan awal, terutama dalam kalangan wanita muda.
Jessie J dalam masa sama turut memaklumkan akan berehat seketika daripada media sosial selepas persembahan terakhirnya untuk memberi fokus penuh kepada proses rawatan dan pemulihan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy terbuka dalam menerima pelbagai reaksi penonton terhadap filem komedi terbaharu lakonannya, Libang Libu, termasuk segelintir yang menonton hanya dengan tujuan mencari...