Selepas membuat perkongsian sepotong video pendek di media sosial yang mencetuskan pelbagai tanda tanya oleh penyanyi Syasya Rizal, teka-teki akhirnya terjawab.

Bekas anggota kumpulan Dolla itu diumumkan sebagai wajah hadapan Finura, jenama tudung tempatan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan wanita muslimah moden.

Dalam video tersebut, Syasya tampil anggun mengenakan busana serba putih dan memberikan bayangan seolah-olah akan berkongsi berita besar.

“Akhirnya… masa yang korang tunggu selama ni dah tiba. I am ready to share with you,” tulisnya, memberi isyarat jelas bahawa sesuatu yang dinanti-nantikan bakal diumumkan.

Ruang komen di hantaran itu segera dibanjiri pelbagai reaksi daripada peminat. Ramai yang membuat andaian, termasuk kemungkinan pengumuman berkaitan kehamilan.

Syasya Jadi Duta, Keputusan Yang ‘On Point’

Sementara itu, pelantikan ibu kepada seorang cahaya mata itu dilihat sebagai langkah strategik yang tepat oleh jenama berkenaan dalam memperluaskan pengaruh dan jenama mereka.

Menurut pengasas Finura, Nurulain Md Yusof, pemilihan Syasya sebagai duta bukan keputusan yang dibuat secara rambang, tetapi berdasarkan keyakinan penuh terhadap aura dan personaliti Syasya.

Ads

“Syarikat memang sedang mencari seorang duta, jadi satu hari saya terlihat video Syasya di TikTok yang mengenakan tudung bawal dan saya terus rasa dia sangat sesuai untuk menjadi duta Finura.

“Jadi daripada situ saya rasa pemilihan Syasya sebagai duta adalah keputusan yang tepat dalam memberi impak positif buat Finura,” katanya.

Tambah Nurulain lagi, Finura sudah merangka pelan kolaborasi jangka panjang bersama Syasya sepanjang tempoh kontrak setahun mereka.

“Dalam satu tahun, Finura sememangnya sudah merancang untuk mengeluarkan dua koleksi baharu setiap bulan.

Ads

“Koleksi-koleksi itu kami beri kebebasan buat Syasya untuk pilih seperti warna dan corak yang dia inginkan.

“Kami berikan dia kebebasan supaya dia bebas meneroka keselesaan dalam memakai tudung dan buatkan perjalanan hijrahnya semakin baik,” ujarnya.

Projek Besar Syasya Rizal, Terima Rezeki Kini Jadi Duta Tudung! – “Dia Sangat Sesuai, Satu Pemilihan Tepat.” Projek Besar Syasya Rizal, Terima Rezeki Kini Jadi Duta Tudung! – “Dia Sangat Sesuai, Satu Pemilihan Tepat.” Projek Besar Syasya Rizal, Terima Rezeki Kini Jadi Duta Tudung! – “Dia Sangat Sesuai, Satu Pemilihan Tepat.”

Optimis Harap Kerjasama Baik

Dalam pada itu, Nurulain berharap kerjasama yang dilaksanakan ini memberi impak positif buat kedua-dua belah pihak.

Ads

Malah Nurulain juga tidak mahu peminat bersangka buruk tentang penghijrahan Syasya, sebaliknya objektif yang ingin dicapai adalah untuk meningkatkan motivasi wanita bertudung dengan tampil selesa dengan jenama Finura.

“Harapan saya bukan sahaja untuk Finura malah buat Syasya, saya mahu peminat melihat perubahan hijrah Syasya sebagai satu perkara positif bukan disebabkan dia berhijab dapat jadi duta.

“Syasya hijrah secara ikhlas tanpa paksaan mana-mana pihak, saya harap kehadiran dia dalam keluarga Finura dapat meningkatkan keyakinan Syasya dalam bertudung.

“Finura hadir dalam pasaran untuk tingkatkan motivasi wanita bertudung iaitu dengan tampil cantik dan selesa di khalayak umum, cantik cara kita,” jelasnya.

Koleksi pertama kolaborasi Finura bersama Syasya iaitu ‘The First Bloom’ akan dilancarkan menerusi sesi siaran langsung di TikTok jenama itu pukul 9 malam pada 17 Jun ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI