
Selepas berdepan spekulasi mengenai krisis rumah tangga, isteri kepada pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim, iaitu Siti Khalizah Alihan, memuat naik satu hantaran yang memberi isyarat hubungan mereka kini tenang.
Menerusi perkongsian di Instagram pada malam Khamis, Khalizah berkongsi sekeping gambar berpegangan tangan tanpa menunjukkan wajah individu tersebut, namun kapsyen yang ditulis seolah-olah menjawab segala persoalan.
“Terima kasih yang mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya ringkas pada ruang kapsyen.
Gambar tersebut turut ditandai dengan akaun Instagram Fikry, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa pasangan ini sedang dalam fasa yang baik.
Lalu, perkongsian tersebut pantas dihujani komen positif daripada warganet yang berharap agar hubungan suami isteri ini kekal harmoni.
“Kalau boleh berbincang, berbincanglah baik-baik tak payah sampai bercerai. Masih di dalam baru berumah tangga. Ramai wanita di luar sana ingin memiliki suami mcm Fikry. Akak beruntung dapat suami macam Fikry…”
“Moga baik-baik saja, moga Allah panjangkan jodoh dan bahagia sampai ke jannah.”
“Dah tengok Melodi. Peminat Fikry lega. Semoga rumah tangga kalian sentiasa dalam sakinah, mawaddah dan rahmah. Amin…”
“Semoga terus bahagia sis, ada ujian sikit tu adat berumah tangga. Semoga kekal till jannah,” antara komen yang tertera.
Fikry Beri Penjelasannya
Terdahulu, isu rumah tangga pasangan ini mula menjadi bualan hangat selepas kelibat isteri Fikry dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Namun begitu, Fikry tampil menafikan dakwaan bahawa mereka sedang dalam proses perceraian.
Malah, ketika bersiaran langsung dalam program Melodi malam tadi, Fikry menjelaskan isterinya hadir ke mahkamah untuk menarik semula permohonan cerai yang difailkan.
Untuk rekod, Fikry dan Khalizah bernikah secara tertutup pada 12 Februari lalu, dihadiri oleh keluarga serta kenalan terdekat sahaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI