Pelakon dan pempengaruh terkenal, Mek Yun jijik dengan kelakuan segelintir pihak yang didakwa sanggup mencipta grup di Facebook dan berkongsi gambar anak-anak sekolah demi memuaskan fantasi sendiri.

Menurut Mek Yun atau nama sebenarnya, Wee Yun Nee, kelakuan tersebut sememangnya tidak boleh diterima dan baginya, ia merupakan panyakit yang sangat serius dalam kalangan masyarakat.

“Masalah Bukan Pada Pakaian Tapi Lelaki Sakit Akal,” – Mek Yun Luah Rasa Jijik Sebab…

“Sejujurnya hati saya hancur dan rasa jijik. Macam manalah lelaki-lelaki boleh rasa ada tarikan seks dekat budak-budak dan boleh hidup seperti tiada apa-apa.

“Benda ni bukan lawak. Ni jenayah. Ni penyakit. Dan banyak sangat kes budak-budak jadi mangsa selepas itu trauma seumur hidup,” kongsinya di aplikasi Thread.

Pada masa sama, pelakon drama Perang Nasi Dagang ini turut meminta semua untuk berani melaporkan mana-mana individu yang terlibat dengan hal tidak normal ini.

“Masalah Bukan Pada Pakaian Tapi Lelaki Sakit Akal,” – Mek Yun Luah Rasa Jijik Sebab…

“Tolonglah, kalau korang nampak atau kenal orang macam ni, jangan diam dan berani bersuara. Report dekat polis terus.

Ads

“Kita kena bersuara. Kita kena lawan.
Lindungi anak-anak ini dan anak-anak kita. Jangan tunggu hingga sudah terlambat,” ujarnya lagi.

Luah Rasa Terkilan

Dalam pada itu, Muk Yun juga terkilan bila ada pihak yang menyalahkan anak-anak sekolah yang menjadi punca masalah ini berlaku.

“Masalah Bukan Pada Pakaian Tapi Lelaki Sakit Akal,” – Mek Yun Luah Rasa Jijik Sebab…

“Budak kena sexualise dan ada yang salahkan budak itu? Dan bukan pemangsa? Mereka masih budak. Bukan bahan untuk lelaki yang tak boleh kawal nafsu.

Ads

“Masalahnya bukan apa budak tu pakai, tapi lelaki sakit akal yang tengok budak dengan niat jijik.

“Anda rasa okay ke nak salahkan budak-budak berbanding kita lapor para lelaki yang tak boleh kawal nafsu sendiri? Ini bukan salah mereka. Jangan berani nak salahkan budak-budak.

“Kalau anda masih nak salahkan budak berbanding pemangasa, anda adalah sebahagian daripada masalah ini,” kongsinya lagi.

Katanya lagi, dia tidak akan berhenti untuk menggunakan pengaruhnya untuk memastikan hal seperti ini terus dibendung dan tidak diulangi lagi.

Ads

“Masalah Bukan Pada Pakaian Tapi Lelaki Sakit Akal,” – Mek Yun Luah Rasa Jijik Sebab…

“Saya sendiri dah contact pihak berkuasa directly. Siasatan sedang dijalankan oleh pihak-pihak bertanggungjawab.

“Ini bukan isu kecil. Ini tentang keselamatan budak-budak kita, anak-anak kita dan maruah komuniti kita semua.

“Kalau korang nampak benda macam ni atau anda merupakan mangsa dan tahu siapa yang jadi mangsa. Bersuara, buat laporan dan lindungi satu sama lain.

“Saya sudah buat apa yang termampu dan jika hal ini berlaku lagi, saya akan terus bersuara. Kebenaran akan terbukti dan tindakan harus diambil,” ulasnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Thread Mek Yun

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI