Anak kedua kepada angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha, iaitu Sophea Natasha mencipta rekod tersendiri apabila terpilih menyertai Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik 2025/2026 dalam acara renang.

Pemilihan tersebut nyata membanggakan memandangkan usia Tasha yang baru memasuki 12 tahun, namun berjaya menunjukkan potensi luar biasa dalam bidang sukan.

“Alhamdulillah, Tasha telah terpilih untuk menyertai Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik dalam acara renang. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Segala usaha keras mula membuahkan hasil. Setiap latihan dan pengorbanan kini semakin bermakna,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Sheikh Muszaphar turut berkongsi rutin harian anak perempuannya yang kini semakin padat dengan jadual latihan intensif.

Ads

“Latihan akan menjadi lebih mencabar, jam 5.30 hingga 7.30 pagi dan 7.00 hingga 9.30 malam, enam kali seminggu, bermula minggu hadapan. Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, subuh dan malam pula di kolam renang. Daddy pun pening memikirkan jadualnya.

“Tambahan pula, Tasha sedang bersiap untuk Kejohanan MSSD dalam acara 200m dan 1200m, serta menyertai Pertandingan Matematik Olimpik minggu ini. Memang huru-hara jadinya,” ujarnya lagi.

Ads

BACA JUGA: Anak Dr Sheikh Muszaphar Raih Anugerah Ikon Murid Cemerlang – “Dia Tak Pernah Menelaah, Tetapi…”

BACA JUGA: Selepas Terima Tawaran Tiga Sekolah Hebat, Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar Sambung Belajar Di Kolej Genius Permata Pintar

Ads

Walau dihimpit pelbagai komitmen, Tasha tetap gigih berusaha dan menerima sokongan penuh daripada kedua-dua ibu bapanya.

Sheikh Muszaphar menegaskan bahawa kejayaan menuntut pengorbanan, disiplin tinggi dan usaha berterusan.

“Kami tahu Tasha boleh. Mommy dan Daddy sentiasa menyokong, mendoakan dari jauh dan bersorak dalam diam. Perjalanan ini memerlukan komitmen sepenuhnya. Daddy sangat bangga. Semoga impian Tasha menjadi atlet Olimpik akan menjadi kenyataan suatu hari nanti,” katanya penuh harapan.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI