Penghibur senior, Salamiah Hassan tidak mampu memberikan pandangan mengenai prosedur kecantikan terkini yang ada diamalkan individu seusianya demi memastikan penampilan tampak lebih menawan dari usia sebenar.
Katanya ia keputusan individu dan apa yang lebih penting, dia lebih senang untuk menjaga diri-sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
Salamiah bagaimanapun mengakui ada melakukan rawatan kulit sejak usianya 47 tahun.
“Saya tidak boleh memberikan pandangan kepada mereka yang melakukan perkara tersebut (botox atau rawatan kecantikan lain). Itu pendirian masing-masing. Tetapi saya hanya risaukan mengenai diri sendiri.
“Saya tidak kisah apa yang orang lain lakukan. Kalau anda rasa ia betul, terserah. Tetapi setakat mana yang saya tahu, saya akan sebaiknya jaga diri sendiri. Saya pentingkan menu yang diambil, jaga kesihatan dan sebagainya. Pada masa sama, cuba jaga hubungan denganNya juga,” katanya kepada MH.
Melewati beberapa dekad memeriahkan dunia seni bersama genre muzik tersendiri, bintang ini turut ditanya sejauh mana pendiriannya untuk terus menghiburkan peminat.
Ads
Jelasnya, dia teguh bediri atas nama seni dan kecintaannya terhadap nyanyian selain tidak mahu terlalu bergantung harap kerana anak-anak yang sudah mempunyai keluarga masing-masing.
“Saya masih meneruskan kerjaya kerana saya tidak mahu menyusahkan anak-anak. Saya seorang yang tidak gemar bergantung kepada orang lain. Saya wanita berusia yang positif, bila anak-anak saya senang, saya gembira.
“Syukur alhamdulillah setakat ini, anak-anak baik-baik sahaja. Itu yang saya utamakan. Malah saya pernah beritahu kepada mereka, setakat ini Mama boleh jaga diri, tetapi kalau Mama sudah sakit, tak boleh berjalan jadi kamu perlu menjagaku,” katanya yang bersyukur kerana masih diberi kesihatan yang baik demi meneruskan kelangsungan hidup.
Ads
Malah, ramai yang turut kagum dengan semangat kuatnya yang masih bertenaga saat membuat persembahan pentas.
“Ada juga yang tanya macam mana kau menyanyi pakai kasut tinggi sampai dua jam berdiri. Selama 48 tahun dalam industri, saya bersusah payah bermula dari bawah.
“Akan tetapi jauh di sudut hati, saya sedar yang diri ini akan undur diri dalam seni, tetapi saya sendiri tak tahu bila,” akui Salamiah yang mesra disapa Mama ini.
Ads
Terdahulu, penyanyi Menghitung Hari ditemui pada majlis memperkenalkan duta jenama Secret Modest by Asfarena di Seksyen 14, Shah Alam baru-baru ini.
Jenama pakaian Secret Modest by Asfarena milik usahawan Datuk Asfarena Samion melantik Salamiah sebagai duta.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih ada pihak yang menawarkan saya rezeki meski rasanya ramai lagi bintang di luar sana yang tak kurang baik dari segi cita rasa fesyennya.
“Apa pun terima kasih atas kepercayaan dan pastinya, saya terima tawaran tersebut kerana keikhlasan pihak mereka dan pada masa sama, koleksinya juga sesuai serta praktikal,” katanya yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-68 hari ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, seorang pelakon telah melakukan suatu pembaharuan dalam pemakaian anak tudung terbaru dengan menggunakan lampin pakai buang (pampers).
Difahamkan, ia bagi membantu untuk memberi kelembapan kulit kepala dan mengelakkan bau rambut.
Lantas, perkara itu telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Pencetus Ummah (PU) Amin untuk ‘bersuara’ mengenai isu tersebut.
“Tudung adalah sesuatu yang mulia dalam Islam . Menjelmakan tudung dari lampin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal . Walaupun ia sebagai bahan lawak jenaka , namun saya sedih ada ibu ibu sanggup pakaikan anak anak mereka dengan lampin di kepala semata mata menjadikan ia sebagai bahan lawak juga..
“Bila kita cakap nanti kata kita nak tumpang populariti . Tak tegur besar kesan nya pada generasi akan datang . Mengeluh panjang melihat sesuatu seperti ini di lakukan,” tulisnya.
Jelas Amin, tudung merupakan mahkota berharga bagi kaum wanita dan tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu (pemakaian pampers sebagai anak tudung).
“Lampin adalah tempat buang najis , namun dijadikan bahan untuk digantikan di kepala walaupun ia hanya sindiran dan bahan lawak , ini tidak kena dengan akhlak islam..
“Semoga kita membesar dengan ilmu yang baik . Tidak zalim dengan diri kita . Esok esok seluar dalam , baju dalam , objek objek pelik juga boleh dijelmakan sebagai tudung yang mulia di atas kepala..
Tambah Amin, dia berasa kesal dengan sesetengah tindakan ibu bapa yang sanggup ‘menyahut’ cabaran pelakon itu dan memakaikannya untuk anak-anak mereka.
“Maafkan saya, kepada ibu ibu hentikan memakaikan lampin di atas kepala anak anak anda yang mulia . Hormatilah kepala tempat sujud . Hortmatilah kepala tempat istimewa..
“Kita tak selesa kalau kepala jadi bahan mainan , ditunjal , ditolak , tapi bagaimana boleh tempat buang najis boleh disarung di kepala ? Allahu aneh..
“Maafkan saya kerana berkata kata,” akhiri Amin.
Bagaimanapun, Amin telah menutup ruangan komen tersebut.
Foto : Instagram PU Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selain aktif bergerak sebagai penyanyi dan pelakon, Janna Nick juga merupakan antara selebriti yang dipilih menjadi panel penyiasat tetap untuk program hiburan I Can See Your Voice musim kelima (ICSYV5).
Sudah bersiaran selama tiga minggu, episod ketika yang berlangsung pada malam semalam (Ahad) merupakan antara aksi yang yang tidak dapat dilupakan penonton setia rancangan itu.
Ini semua gara-gara aksi Janna atau nama sebenarnya, Nurul Janna Muner, 27, yang terjatuh ketika mahu kembali duduk ke kerusinya.
Janna jatuh terjelepuk ke belakang sebaik dia mahu menduduki kerusi tersebut.
Rakan-rakan artis yang terkejut dengan situasi tersebut kemudiannya cuba membantu Janna namun masing-masing tidak dapat menahan tawa selepas menyaksikan insiden lucu berkenaan.
Meninjau ruangan komen di TikTok @jannanickofficial, rata-rata netizen terhibur dengan insiden tersebut.
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meluahkan rasa terharu selepas ada bebrapa pihak yang menghargai usahanya menuntut ilmu dalam bidang muzik sebelum ini.
Pemilik akaun yang bernama @nami_808yang difahamkan seorang pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang muzik, memberi tahu, Ayda memiliki teknik nyanyian yang bagus hasil daripada pendidikan formalnya dalam jurusan muzik.
Perkongsian itu telah dimuat naik menerusi rantaian tweet di laman Twitter miliknya.
“Ayda Jebat belajar muzik. Orang yg tak tau muzik plak lebih cakap pasal technical dia. tu ha, kalau nak tau yg tak boleh nyanyi mcm kru dgn elite.
“Dulu aku tak tau pun Ayda Jebat budak muzik. Dulu aku dengar suara dia mmg bagus, at least takde masalab teknik. Skarang baru tau dia ada formal education muzik. No wonder lah,” tulisnya.
Terharu dengan perkongsian tersebut, ini respon balas penyanyi lagu Mata itu;
Saya baca semua. First time org berbahas pasal benda mcmni. Thanks a lot. Macam mana pun, saya akan terus belajar and improve. Insyaallah. Orang mcm korang ni la kita mahukan! Support! ♥️?? https://t.co/f3qZ1xYqHt
“Saya baca semua. First time orang bahas perkara macam ni. Thanks a lot. Macam mana pun, saya akan terus belajar dan improve. InsyaAllah. Orang macam ni la kita mahukan. Support,” tulisnya.
Tambah Ayda, dia berterima kasih di atas pujian tersebut dan berjanji akan terus belajar untuk meningkatkan lagi skil nyanyiannya itu.
MH percaya, apa yang dikongsikan itu memberi lebih semangat buat Ayda untuk memberikan yang terbaik buat para peminatnya.
Foto: Twitter Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan seorang bintang apabila bekas penyanyi cilik terkenal, Santi Sardi, menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat, 8 Ogos 2025. Allahyarhamah meninggal dunia...