Pelakon, Mas Khan meluahkan rasa kecewanya apabila ada individu bertindak kejam terhadap haiwan.
Kongsi Mas, dia bersimpati dengan nasib kucing betina itu yang sudah patah tulang kaki akibat dilanggar lari individu terbabit.
“KEJAM !!!!!!!!Aku sedih dengan manusia yang takda hati perut.. kau dah langgar kucing dan kau SEDAR tapi kau buat bodoh and lari???
“Mana hati kau weh? Takda rasa kesian lgsg ke dekat binatang? Aku faham kalau kau tak perasan tapi kau stop siap turun tingkap tengok pastu bila kau nampak aku turun moto asal kau tekan minyak lari????
Ads
“Aku betul2 kecewa dengan sikap manusia macam kau ni.. anyway, im so sorry i’ve done my part 🙏🏻 RIP baby girl ,” tulis Mas emosi.
Pendakwah terkenal yang juga bekas penasihat Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini di kediamannya kira-kira jam 7.30 pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian Online, anak lelakinya, Mohamad Yusri Abu Hassan, berkata Allahyarham meninggal dunia selepas terjatuh ketika bangun untuk menunaikan solat subuh.
“Subuh tadi, beliau bangun untuk menunaikan solat subuh. Ketika ingin memakai seluar, beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri.
“Pasukan perubatan yang datang dengan ambulans, cuba melakukan bantuan penafasan kecemasan (CPR) bermula dari rumah hingga dalam perjalanan ke hospital.
“Selepas hampir satu jam melakukan CPR, ayah saya tidak memberikan sebarang maklum balas dan kira-kira jam 7.30 pagi, doktor mengesahkan beliau meninggal dunia,” jelasnya menerusi aplikasi WhatsApp.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah di Kampung Batu Muda dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dibawa ke Masjid Saidina Hamzah untuk dimandi dan dikafankan.
Anaknya turut memaklumkan, urusan pengebumian jenazah akan dilakukan di tanah perkuburan terdekat dan akan dilaksanakan secepat mungkin sebelum solat zohor.
Untuk rekod, Allahyarham merupakan adik kepada bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, yang meninggal dunia di Amerika Syarikat pada September 2016 lalu.
Arwah dilahirkan di Perlis dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma, Arau, sebelum ke Sekolah Agama Arab Alawiyah dan melanjutkan pelajaran di Mesir.
Allahyarham mulai bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.
Arwah meninggal dunia pada usia 72 tahun.
Foto/Sumber: Carian Google, Berita Harian Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Posting video terkini pelakon Fasha Sandha menerusi Instagram nyata menyentuh hati ramai. Apatah lagi hari ini berlangsungnya #QuranHour, pelakon cantik itu ada berkongsi video pendek yang merakamkan suaminya, pelakon Aidil Aziz sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Menerusi ruangan kapsyen, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu hanya meletakkan tanda emoji dan tanda palang #curicuri #sorrysayang.
Video tersebut yang sudah pun mendapat lebih 20,000 tanda suka turut dihujani dengan pelbagai komen netizen. Malah, ada yang turut bercerita perihal latar pendidikan aktor tersebut pada zaman persekolahan.
Baru-baru ini juga, pasangan ini turut mencuri tumpuan apabila Fasha mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertamanya bersama Aidil. Pasangan ini mendirikan rumah tangga Februari lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sharnaaz Ahmad mengakui dia sedang dalam proses untuk memulihkan hubungan sama isteri tercinta, Noor Nabila Mohd Noor.
Pengakuan tersebut dibuat pelakon berkenaan seperti yang dipetik Berita Harian. Difahamkan, hubungan rumah tangga mereka dikatakan bermasalah, sejak Februari lalu.
“Saya, Nabila dalam proses pulihkan hubungan,” katanya.
Pada masa sama, Sharnaaz seperti yang dipetik turut mengaku, keduanya bersepakat mahu pulihkan perhubungan demi cahaya mata tunggal, Jebat Jayden Ahmad, lapan bulan.
“Jebat adalah segala-galanya bagi saya. Apa yang berlaku ketika ini, kami sedang melalui proses pemulihan akhlak.
“Kami mahu membetulkan diri menjadi suami isteri yang lebih baik demi Jebat,” katanya.
Terdahulu, aktor tersebut ditemui pada majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya Megapine (M) Sdn Bhd.
Terdahulu, ada beberapa perkongsian status Sharnaaz dan isteri menerusi media sosial yang sekali gus mengundang spekulasi yang kononnya, pasangan ini sedang masalah rumah tangga.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan Jebat pada 30 Ogos tahun lalu.
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.