Pengumuman berhijab secara tiba-tiba lima tahun lalu menggegarkan industri hiburan, apatah lagi Neelofa sebelum itu cukup sinonim dengan seorang yang gemar berfesyen.
Biarpun terpaksa akur sekiranya hilang punca pendapatan kerana terikat dengan pelbagai tugas pengacaraan pada awalnya, namun dia nekad.
Ulas Lofa, persediaan mendalami ilmu Islam setahun sebelum itu menguatkan hati.
“Bila saya decide nak pakai tudung lima tahun lepas, saya sudah bersedia nak lepaskan semua. Andai kata pada masa itu mereka tak mahu terima untuk Meletop dan Nona. Saya okay, itu bukan rezeki.
“Tapi apa yang membuatkan saya kuat dengan pegangan adalah, saya dah bersedia dengan perjalanan rohani selama setahun sebelum itu.
“Masa saya berumur 24 atau 25 masa itu, saya merasakan pada umur ini saya sudah ada semua. Kereta, rumah, kawan, populariti, keluarga. Semua yang saya perlukan dalam hidup.
“Namun ada puzzle yang hilang untuk lengkapkan saya. Jadi saya terfikir, adalah ianya sesuatu daripada Islam? Saya hadiri kelas Quran, usrah dan saya rasa gembira,” ulasnya.
Kekal tenang dengan tohmahan netizen, malah gelaran hajah yang digalas menyebabkan dia sering menjadi sasaran. Namun tegas wanita berusia 30 tahun ini, segala kritikan tidak pernah mengubah siapa dirinya.
“Apa yang saya percaya, apabila berbalik kepada Islam, ianya adalah hubungan kita dengan Tuhan. Kalau awak faham benda itu, dan letak dalam otak, apa yang orang cakap, ia tidak akan mengubah atau menjentik awak.
“Awak alim bukan berdasarkan apa yang dipakai, namun ianya di dalam hati. Dan awak tak dapat lihat semua itu. Awak tak dapat lihat alim saya,” tuturnya.
Penyanyi, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail ada memuat naik satu rakaman video di laman media sosial akaun Instagram miliknya hingga mendapat perhatian ramai.
Menerusi rakaman video tersebut, ia ada memaparkan gelagat anaknya, Arrianshah yang menyambut hari kelahiran sempena ke-7 tahun sambil menyanyikan lagu raya.
“selamat ulangtahun yang ke 7 buat arrianshah akid hari ni..semoga anak ayah panjang umur dan sentiasa di murahkan rezeki .
“ayah dengan ibu selalu doakan arrian dan andra jadi anak yg soleh,hormat orang tua dan belajar rajin-rajin
“hari ni ayah belanja toys ok..happy birthday arrian..ayah,dibu dengan adik sayang arrian
“terimalah sebuah lagu raya dari birthday boy..salam subuh guys,” tulisnya.
Pelakon dan usahawan, Salina Saibi memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya selepas tampil lebih kerap mengenakan hijab sejak pulang daripada menunaikan...