Masih belum selesai nampaknya masalah penyanyi Ezylnn bersama bekas suami, Adam Fahmy Shamsudin.

Ezlynn kali ini mendakwa Adam masih berhutang dengannya namun melepaskan tanggungjawab kepada individu lain.

Ulasnya menerusi posting di Instagram, penyanyi Hye Hye Bye Bye ini meminta lelaki berkenaan untuk menjelaskan bil rumah tertunggak.

Selain, hasil kerjanya selama 11 tahun sebelum meminta hak hasil jualan rumah.

“#handwriting #someoneowememoney #silabayar #mintaktolongbayar #jangansalahkanorglain

“Sila bayar hutang Yang awak hutang Saya .. jangan tak mengaku bila org suruh bayar .. jangan tuduh org lain Yang hutang pulak ..

“Kalau awak nak jual rumah ni bayar dulu bill2s Yang tertunggak Yang awak tinggal dulu .. rm 13k service , electric bills rm 4K .

“Dan semua hasil kerja aku selama 11thn pulangkan dulu semua Hak aku .. Baru kau ada Hak dalam hasil jualan rumah ni.. mengerti??! Tolong sampaikan pesanan Ini kepada sipolan ,sbb sipolan block Saya,” tulisnya.

Malah, wanita berusia 37 tahun ini mendakwa bekas suami melibatkan nama pelakon Siti Saleha sebagai individu yang bertanggungjawab membuat hutang tersebut.

Nama penuh ..Adam Fahmy Shamsudin tolong tag manusia ni .. menyusahkan kan hidup org .. Alasan dia tak nak bayar hutang katanyer Siti Saleha Yang hutang Saya .. dia boleh tuduh Siti Saleha pulak.. kesian budak tu ,tak pasal2 kena,” tulisnya.

View this post on Instagram

#adamfahmyhandwriting #someoneowememoney #silabayar #mintaktolongbayar #jangansalahkanorglain Sila bayar hutang Yang awak hutang Saya .. jangan tak mengaku bila org suruh bayar .. jangan tuduh org lain Yang hutang pulak .. Kalau awak nak jual rumah ni bayar dulu bill2s Yang tertunggak Yang awak tinggal dulu .. rm 13k service , electric bills rm 4K . Dan semua hasil kerja aku selama 11thn pulangkan dulu semua Hak aku .. Baru kau ada Hak dalam hasil jualan rumah ni.. mengerti??! Tolong sampaikan pesanan Ini kepada sipolan ,sbb sipolan block Saya . Nama penuh ..Adam Fahmy Shamsudin tolong tag manusia ni .. menyusahkan kan hidup org .. Alasan dia tak nak bayar hutang katanyer Siti Saleha Yang hutang Saya .. dia boleh tuduh Siti Saleha pulak.. kesian budak tu ,tak pasal2 kena .

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin) on

Netizen dilihat turut sama membantu menghubungi lelaki tersebut namun malangnya, rata-rata telah disekat dari laman sosial Adam.

Ezlynn sebelum ini mendakwa Adam ‘merompak’ rumah sendiri dan membawa lari barangan berharga.

Semoga bulan yang mulia ini, segala urusan kita dipermudahkan.

“Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya,” – Hadis Imam Bukhari.

Foto : Instagram Ezlynn

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI