Bersempena dengan ulang tahun kelahiran penyanyi nombor satu negara hari ni, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Astro Awani menitipkan ucapan terima kasih atas ucapan serta penghargaan yang didedikasikan kepadanya dari peminat dan rakan selebriti.

Siti menerusi sepotong video turut mengharapkan dia berpeluang untuk terus berbakti kepada masyarakat, peminat dan negara.

“Alhamdulillah semakin meningkat usia 40 saya harap boleh terus berbakti kepada masyarakat, peminat dan negara.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan artis, peminat yang mengenali mengayangi dan mengikuti saya yang telah buat ucapan. Ia sangat bermakna. Hanya Allah yang dapat membalas doa yang baik anda,” katanya.

IKLAN

Pada masa sama, penghibur nombor satu ini turut merakamkan ucapan terima kasih atas momen indah sepanjang bergelar anak seni.

“Terima kasih atas momen yang sangat indah sepanjang saya bergelar Siti Nurhaliza, artis yang anda kenal. Saya sayangkan anda semua,” kongsinya sambil berterima kasih kepada Astro Awani atas peluang dedikasi hari jadi yang diberikan.

IKLAN

Terdahulu, tanda palang #SitiGolden40th rancak digunakan peminat menerusi media sosial sebagai simbolik penghargaan buat penyanyi nan satu itu.

IKLAN

Sumber/ Foto: Astro Awani/ Instagram Siti Nurhaliza

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI