Menanti detik terindah bergelar suami isteri, pelakon Atikah Suhaime dan tunangnya, Awi Rafael kini sedang dilamun perasaan ‘bunga-bunga cinta’.

Menerusi akaun Instagram Atikah, dia ada berkongsi video pra perkahwinan (pre-wedding) berkonsepkan santai dengan suntingan video yang menarik, iaitu slow motion.

“Maaf, cinta kita bukan sejenis Cinderella story. Thank you for growing me into a better version of myself. #AwiAtikah #17March2019#prewed #Rahasiaku@bcreative_productions .. Makeup by @sexylicious_3003 #Singapore #Malaysia #Indonesia #music#film,” tulis bintang berusia 28 tahun itu.

IKLAN

IKLAN

Difahamkan, pasangan romantis itu bakal mendirikan rumah tangga pada 17 Mac depan, berdasarkan hashtag yang dikongsikan pelakon Cinta Tiada Ganti itu.

IKLAN

Untuk rekod, Atikah dan Awi mengikat tali pertunagan pada Mac tahun lalu di tempat kelahiran Atikah di Singapura.

Video : Instagram Atikah Suhaime

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI