Isteri penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim berkongsi foto terbaru anaknya, Nur Amna Quxandra, yang kini semakin membesar dengan sihat.

Pada masa sama, si ibu turut memohon agar peminat menjaga kata-kata setiap kali bertemu dan sebolehnya tidak kaitkan dengan soalan bersifat sensitif.

“Hi aunties & unclesss. Ye, sy la BABY XANDRA yg klef tu. Alhamdulillah sy membesar dgn sihat dan ceria.

“Cuma, klo aunty uncle jumpa sy depan2, tak payah la ckp “ini la anak Lan yg SUMBING tu kan?”

“Sbb sy br nk masuk 2 tahun hujung bulan nie. Jadi, sy sdiri tak tau apa jadi kt saya,” luahnya.

Jelas Sheila lagi, mungkin ada yang beranggapan ia sekadar soalan biasa, namun bagi dirinya, dia hanya mahu kesemua permata hati membesar seperti kanak-kanak lain.

“Mungkin bg aunty uncle tu soalan biasa, tp bg sy yg makin membesar ni. sy kene bersedia dgn sekeliling sy.

“Its okay utk bertanya tapi harap2 aunty uncle bertanya pada tmpt yg sesuai & kene pada masa.

“Im still young dear uncle aunty.. izinkan sy membesar sama mcm anak aunty & uncle ye. Love – XANDRA,” tulis Sheila panjang lebar.

“Tak Payah Cakap Ini La Anak Lan Yang Sumbing Tu Kan?” – Isteri Lan Solo Kongsi Foto Terbaru Anak, Nak Tanya Isu Itu Biar Kena Tempat Dan Masa Sesuai

“Tak Payah Cakap Ini La Anak Lan Yang Sumbing Tu Kan?” – Isteri Lan Solo Kongsi Foto Terbaru Anak, Nak Tanya Isu Itu Biar Kena Tempat Dan Masa SesuaiTerdahulu suaminya Lan Solo, bersyukur keadaan anaknya, Nur Amna Quxandra, semakin baik selepas menjalani pembedahan membetulkan bibir sumbing pada 31 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun Xandra perlu dipantau sehingga berusia 18 tahun berikutan proses tumbesaran kerana bimbang akan timbul kesan rekahan di lelangit kanak-kanak berkenaan.   

Foto : Instagram Sheila

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI