Mula mengenakan hijab kira-kira 10 tahun lalu, penyanyi popular lewat 90-an, Leina Hangat menegaskan apa yang pernah dilaluinya dulu ibarat liku kehidupan yang seterusnya mengajarnya untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Sinonim dengan penampilan berani suatu ketika dahulu, figura Leina Hangat cukup sensasi.

Malah, keunikan nama pentasnya itu sekali gus membuatkannya kekal diingati pencinta muzik hingga kini.

“Biasalah… ‘Zaman Jahiliah’. Semua merasa. Kalau tidak, kita tidak tentu akan jadi baik kalau kita tak pernah ‘jahat’ dulu, itu pada pandangan saya.

”Kalau saya tak jadi jahat dulu, kemungkinan, saya tak akan jadi baik seperti sekarang.

“Mungkin tak cukup baik di mata manusia, tapi sekurang-kurangnya saya cuba jadi lebih baik di mataNya,” katanya jujur.

IKLAN

Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menambah, setiap orang punya kisahnya yang tersendiri.

“Sebab bagi saya, setiap individu itu ada perjalanannya dan insyaAllah kalau niat betul dan cuba untuk dekatkan diri dengan Allah SWT, teruskan doa agar ditunjukkan jalan yang benar, pada suatu, di mana kita… tak tahu ia akan terjadi.

“Saya pun sendiri rasa macam mimpi, demi Allah,” terangnya lagi.

IKLAN

Ditanya sama ada dirinya pernah ‘stalk’ diri sendiri di internet, pemilik nama lengkap Norazlina Abdul Rahman ini ada jawapannya sendiri.

“Saya Google. Bila saya tengok saya berfikir macam…’Ya Allah Ya Tuhanku, mana pergi iman aku?’ Tapi pada masa ketika itu…

“Memang setiap manusia diuji, cuma bila tiba waktunya, kita kena kembali kepada fitrah.

IKLAN

“Inilah fitrah saya sebenarnya. Inilah saya. Apa yang sahaja ujian yang Dia berikan itu, kena terima dan yakin agar suatu hari kita akan jadi individu yang lebih baik. InsyaAllah ia akan berlaku.

“Bila diberikan hidayah untuk bertudung, rasa syukur.

“Sentiasa berdoa agar ditunjukkan jalan yang benar. Sebelum bapa saya meninggal, dapatlah arwah melihat saya ke jalan yang benar, insyaAllah,” akui Leina.

Terdahulu, bintang ini ditemui pada majlis pelancaran koleksi baharu jubah dan pakaian Munawwareen di St Mary, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Foto: Instagram Leina Hangat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI