Pengacara dan penyampai radio, Radin mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Azlina Idris yang juga seorang pramugari.
Namun, mereka masih tidak mempunyai tarikh spesifik buat masa ini.
Meski sibuk dengan kerjaya masing-masing, namun Radin,30, mempunyai perancangan untuk melakukan majlis merisik dan pertunangan pada tahun ini.
“Perancangan kahwin itu ada, cuma tiada tarikh yang spesifik belum ada sebab masing-masing sibuk dengan tugas. Macam saya sibuk dengan kerja dalam bidang pengacaraan dan DJ radio, dia (kekasih) pula sibuk ‘terbang’ sana sini.
“Dari segi merisik dan ke fasa pertunangan itu, Insyallah saya akan mulakan tahun ini juga.
“Andai kata jodoh itu dicepatkan dalam tahun ini juga, Alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu, hos ini ditemui di perasmian kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep di Putrajaya pada Jumaat.
Saling mengenali lebih dua tahun, Radin juga difahamkan sudah mendapat restu daripada pihak keluarga.
“Saya pun dah bawa dia jumpa keluarga saya, Alhamdulillah, keluarga terima dan merestui hubungan kami. Mereka sudah bagi ‘green light’.
“Saya pun dah jumpa keluarga kedua-dua belah pihak tiada halangan. “Nak kata ini jodoh pun tak tahu lagi, sebab kami belum disatukan lagi, tetapi apa yang saya ada sekarang adalah yang terbaik untuk diri saya,” jelasnya.
Akui mempunyai cabaran dalam perhubungan cinta jarak jauh, namun pemilik nama penuh Radin Amir Affendy ini tetap positif.
“Bagi saya tiada masalah untuk bercinta jarak jauh kerana masing-masing sibuk dengan tugas. Setakat ini, Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Cumanya susah nak jumpa sajalah.
“Jadi kami berhubung melalui Face Time, Video Call dan ‘update’ di Intagram masing-masing,” jujurnya yang sentiasa merindui kekasihnya itu.
Radin sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis termasuklah pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat.
Sementara itu, kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep ini bakal memilih 12 pemenang bertuah untuk ke 12 destinasi pelancongan menarik antaranya Bali, Hanoi, Jeju, Istanbul, Sydney, Beijing, Tokyo, Perth , Maldives, Jeddah, Almaty dan Borocay selama 3 hari 2 malam.
Pertandingan tersebut akan berlangsung setiap bulan untuk 12 bulan berturut-turut.
Nu-Prep adalah produk yang berasaskan kesihatan lelaki dan wanita.
Pengarah dan penerbit Sheila Rusly mengakui rasa sebak dan menangis apabila membayangkan program ikoniknya setiap kali menjelang Ramadan, Ketuk-Ketuk Ramadan musim ini bakal menjadi yang terakhir bagi dirinya.
Berkongsi mengenai hal tersebut dengan lebih lanjut, bintang Leftenan Zana itu bagaimanapun masih belum menerima maklum balas dari RTM berhubung pendirian tersebut di bawah produksi JS Pictures.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
“Memang betul ini tahun yang terakhir, tetapi belum dapat surat dari RTM lagi yang mengatakan kita terima surat JPS Pictures yang mengatakan ini yang terakhir. Kita belum dapat lagi. Setakat ini kita hanya dapat satu panggilan yang memanggil pihak kami untuk mesyuarat.
“Kalau ikutkan saya, memang mahu yang terakhir sebab Ketuk-Ketuk Ramadan sudah sampai ke musim yang ke-15, kalau tak berhenti sekarang bila lagi saya nak berhenti.
“Daripada anak saya kecil hanya tonton rancangan tersebut, sampailah sekarang dia sudah kerja dengan saya dan turut bantu Ketuk-Ketuk Ramadan. Bayangkan berapa lama tu?,” kongsinya kepada MH.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Ditanya sama ada sejauh mana nilai sentimental program tersebut terhadap dirinya, Sheila mengakui menangis selepas selesai rakaman terakhir memandangkan dia menyerahkan seluruh jiwa dan raga terhadap program masakan itu.
“Sayang. Saya menangis masa selesai rakaman episod terakhir. Sedih sebab dan saya buat program tersebut dari musim pertama hingga ke-15 tanpa skrip.
“Content, resipi, soalan untuk artis semua saya lakukan. Sampai macam tu sekali,” katanya yang tidak menolak untuk terokai dunia digital secara meluas selepas ini.
Dalam perkembangan lain, Sheila kini sedang sibuk dengan projek terkininya, telemovie khas raya berjudul Dosa Tak Diiktiraf dibintangi Elly Mazlein dengan Zarul Umbrella.
Terbaru, bintang kelahiran daripada Akademi Fantasia musim kelima, Heliza Helmi telah memuat naik beberapa potongan video di laman media sosial akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, Heliza telah menjadi tetamu jemputan program bual bicara Malaysia Hari Ini di TV3 bagi menghebahkan misi kemanusiaan pasukannya di Syria.
Heliza atau nama sebenar Nur Heliza Helmi telah berkongsi ketika dia menyanyikan lagu Kemarin nyanyian oleh kumpulan Indonesia, Seventeen di program bual bicara tersebut.
“Bismillahirrahmanirrahim Today is the day I’ve been wating for….Siapa akan terus bersama mengikuti update dan sama sama berjuang menyalurkan dana Komen “#RescueSyria”Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 Atau www.tabungsyria.com”
“Untuk version lagu Cover Kemarin boleh Subscribe Youtube Channel : The Helmis #TheHelmis #rescuesyria”tulisnya.
Sekaligus, perkongsian penyanyi yang berusia 33 tahun itu telah mendapat perhatian daripada penonton apabila mendengar kelunakan suara penyanyi itu.
Malah, netizen juga turut berasa sebak apabila menonton rakaman video tersebut.
Video : Instagram Heliza Helmi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lihat sahaja keletah Datuk Aliff Syukri apabila membeli belah, memang kalah si isteri, Datin Shahida.
Berkongsi momen lucu memilih beg di sebuah butik, Shahida dilihat memilih tas tangan yang lebih besar walaupun kata suami, dia mahu berjimat.
“Susah dpt bini tak suka bergaya??
“Saya kalau untuk @shahidadherbs beli yg mahal mahal saja.. apa yang dia nak sy akan berikan kalau beli yg murah murah memang allergik nk bagi wife saya.”
Katanya lagi, isteri telah banyak berkorban masa dan inilah waktu untuk membalas budi mereka.
“Dgn wife kita jangan berkira dah banyak dia korbankan masa dan waktu jaga anak anak dan perniagaan juga wife saya byk membantu menyumbang bisness saya pergi lebih jauhh alhamdulilahh.. Anything for u sayang @shahidadherbs,” tulisnya lagi.
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.