Setelah tiga tahun menubuhkan pusat latihan vokal yang dikenali sebagai Suara Academy, bintang kelahiran Filipina, Mark Adam akhirnya membuktikan dia berjaya menggilap bintang agar mempunyai kualiti vokal yang baik.
Antara selebriti yang pernah menyertai sesi latihan vokal bersama Suara Academy seperti Fattah Amin, Aiman Tino, Janna Nick, Alvin Chong dan ramai lagi.
Malah, Mark yang popular menerusi lagu Pencuri ini turut merakam rasa syukur kerana bukan sahaja para selebriti yang menyertai kelas vokal, malah kerabat diraja dan ustaz VIP juga pernah amil servis sama.
“Di Suara Academy ini, bukan sahaja penyanyi yang sudah ada nama datang sini untuk mengasah vokal mereka, malah ada juga kerabat diraja dan bilal istana yang pernah datang untuk mendalami dan memperbaiki vokal mereka untuk melaungkan azan atau takbir raya.
“Malah, ustaz tersebut ada juga mengajar saya mengenai ilmu agama, saya pula ajar dia vokal.
Ads
“Jadi, kami sama-sama belajar dan sudah seperti keluarga disini.
“Kami bukan sahaja fokus pada vokal dan nyanyian, tetapi kami juga ke arahbermain alat muzik seperti ukulele, piano, gitar dan dram,” katanya.
Ads
Mark ditemui MH ketika sidang media majlis ulang tahun ketiga Suara Academy di Neo Damansara, pada Selasa.
Dalam pada itu, penubuhan Suara Academy ini tidak hanya memberi fokus pada muzik, malah ia turut diselitkan dengan pendedahan psikologi agar pelajar lebih berkeyakinan untuk tampil di depan khalayak ramai.
Ads
“Selain fokus pada muzik, tenaga pengajar disini juga memberi penekanan dari segi psikologi agar pelajar mempunyai semangat dan berkeyakinan tinggi ketika membuat persembahan di depan orang ramai.
“Malah, kita juga mengajar mereka cara berkomunikasi dengan betul dan teknik meningkatkan keyakinan diri,” jelas Mark yang kini sibuk menjalankan pengambaran teater Korupsi Dewan Semandung.
Terdahulu, Suara Academy ditubuhkan pada Januari 2017 dan melahirkan ratusan pelajar yang berjaya dalam bidang muzik.
Menawarkan kelas vokal untuk kanak-kanak seawal usia tiga tahun hingga orang warga emas berusia 75 tahun, yuran yang dikenakan hanya RM350 untuk sebulan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konsert minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam menyaksikan tiada penyingkiran sekaligus menyelamatkan Arja Lee.
Penyanyi itu bersama para penarinya,The Pirates menjadi peserta yang mendapat markah terendah dengan jumlah 78.47 peratus.
Shiha Zikir buat pertama kalinya turut menduduki tiga tangga terbawah dan hampir tersingkir apabila sekadar menduduki tangga keenam dengan jumlah markah 97.87 peratus.
Menurut juri tetap, Datuk Rizalman, momentum Shiha bersama Team Squad menerusi lagu Asereje tiada perkembangan dan statik menyebabkan mereka berada di tangga tiga terbawah.
Chubb-E terus menguasai carta apabila menduduki tangga pertama dengan keseluruhan markah 108.97 peratus.
Dansa Dan Sing menggabungkan elemen tarian dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Mark Adam selaku juri jemputan.
Tujuh kumpulan masih lagi meneruskan saingan antaranya Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.
Program ini dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Zizan Razak akui tindakannya yang menulis komen di Instgram selain berkongsi mengenai persamaan rambutnya dengan adik Neelofa, Ameera Khan tidak lebih hanya sekadar gurau semata.
Menafikan apa yang dilakukan mempunyai niat lain, pelakon Polis Evo ini menyifatkan bintang media sosial yang sinonim digelar Little Miss Khan (LMK) itu tak ubah sepertoli adiknya sendiri, memandangkan hubungannya baiknya dengan Neelofa.
“Saya dengan LMK (Ameera) tu ibaratnya macam adik saya. Dia adik Neelofa dan hubungan kami baik. Tempoh hari saya ada ke rumahnya selapas diundang untuk makan-makan.
“Jumpa tak berborak pun, pemalu budak tu rupanya. Akan tetapi kami semua kawanlah. Tiada istilah ‘nak try’, saja gurau-gurau,” jelasnya kepada MH.
Zizan atau nama sebenarnya, Mohammad Razizan Abdul Razak turut menambah, Ameera juga ada memberikan reaksi apabila foto gaya rambut sama di antara keduanya mendapat perhatian netizen.
“Saya tengok rambut dia dengan dengan rambut saya seakan sama. Jadi saya pun cantumkanlah.
“Malah dia pun ada DM saya, katanya ia kelakar. Setakat itu sajalah. Tidak ada lebih pun,” katanya lagi.
Terdahulu, Zizan,35, ditemui pada majlis pelancaran filem terbaru lakonannya, Bulan & Pria Terhebat di Damansara Utama, baru-baru ini.
Selain Zizan, turut sama terlibat di dalam filem arahan arahan Ghaz Abu Bakar itu ialah Zahirah MacWilson, Maya Karin, Alif Hadi, Sein Qudsi dan Bell Ngasri.
Bulan & Pria Terhebat bakal menjengah pawagam 12 Mac depan.
Kira-kira 12 tahun menimpa nama dalam industri seni, pelakon Fizo Omar meluahkan rasa syukur kerana karier yang dibina hingga kini mendapat tempat di hati peminat.
Mula terjun ke dunia seni sejurus selesai pertandingan Hero Remaja 2007/2008, Fizo terpaksa ‘melumpuhkan’ cita-citanya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Malah, bintang asal Kelantan ini turut berkongsi panjang mengenai kisah hidupnya hingga kini.
“2008 ( age 23 ) – 2020 ( age 35 ). 12 years journey as Fizo Omar.
“Alhamdulillah Allah aturkan perjalanan aku bermula di pentas Hero Remaja 2007/2008 setelah aku decide utk gantung boot aku sebagai pemain bola sepak sejak umur aku 12 tahun yg pernah mewakili Kelantan, Perlis, Tnb Kelantan , DBKL dan juga Team Malaysia,” tulisnya.
Dalam pada itu, pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar itu juga turut berdepan dengan beberapa peristiwa ‘hitam’ dalam hidupnya sebagai seorang anak seni.
“Tiga tahun diberikan peluang utk aku upgradekan diri dalam bidang civil engineering Uitm Arau,Perlis dan bermulalah kehidupan akn sebagai Fizo Omar terlalu byk benda best nikmat Allah utk ceritakan, tapi hadirnya kejayaan pasti bersama cabaran dan dugaan dariNYA.
“Saat aku meniti puncak career aku, satu demi satu Allah hantar ‘kekuatan’ pd aku. 2011 – bapa aku meninggal, 2014 – aku diishtiarkan bankrap, 2019 – berpisah dgn isteri.
“Kepahitan adalah satu ubat dan penawar, kemanisan adalah racun kehidupan. Dengan kepahitan dan kekuatan itulah Allah memberi nikmat duniawi dan pencapaian kpd aku,” kongsinya.
Namun disebalik kesedihan yang melanda dirinya, anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu diangkat sebagai seorang usahawan yang berjaya.
“2012 – Ikon belia Negara, 2014 – Emerging young entrepreneur, 2015 – Ikon usahawan belia Kelantan, 2017 – Ikon social media, 2019 – Social Entrepreneur of the year.
“Alhamdulillah sekarang selain dari berlakon, aku memperjuangkan company aku
– Fizo Omar Channel Sdn bhd. – Fizo Omar Catering Sdn bhd. – Fizo Omar Creative PLT.
“Dan sebagai seorang speaker, dah lebih 200 pentas aku berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yg aku.
“Tiada apa yg boleh aku banggakan selain rasa penuh bersyukur dgn nikmat Allah terhadap aku yg sentiasa lalai dan berdosa kepadaNYA.
“Apa yg sentisa bermain di kepala aku adalah bukan soal ape yg aku dapat, berapa income dan gaji aku, berapa byk harta aku, tapi apa yg telah aku lakukan utk orng lain dan apa yang boleh aku sumbangkan, bahagiakan dan muliakan terhadap orang lain.
“Aku percaya bila masa aku tiada nanti, bukanlah hitungan harta yg akan menjaga keturunan aku.Jangan sesekali pertikaikan percaturanNYA.
“Ask urself, what i can give n contribute instead of what i can get!,” akhirinya.