Bersyukur atas nikmat dari Pencipta yang telah menganugerahkan dua orang anak kandung, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan akan cuba mendididik kedua-dua puteranya dengan sebaik mungkin. 

Menerusi perkongsian Abu di Instagramnya, dia memuat naik foto kedua-dua anak lelakinya iaitu Muhamad Adam Aysar (hasil perkahwinan terdahulu dengan Ain Afini) dan Muhammad Uwais Al-Mateen (hasil perkahwinan dengan Hana Azraa). 

“My heroes.

“Aku akan cuba sedaya upaya untuk didik anak2 aku jd lebih baik dari diri aku. Aku tak punya harta yang banyak untuk ditaburkan,yang aku ada sedikit ilmu yang aku akan titipkan pada anak2 aku.

“Pesan abi buat anak2 abi,” dunia hanya tempat persinggahan kita,jangan terlalu kejar dunia sebab matlamat kita adalah akhirat. Abi pernah rasa dipuji dan abi juga pernah rasa di hina.

“Jangan fikir apa manusia kata tp fikir apa Allah kata. Ingat,Allah adalah sebaik2 tempat untuk minta dan mengadu. Kejarlah akhirat nescaya dunia akan kejar anak2 abi,jagalah Allah nescaya dunia akan jaga anak2 abi.

“Abi doakan agar anak2 abi jd anak2 yg soleh. Korang sentiasa ada dalam hati abi walau jauh dan dekat. Abi sayang anak2 abi”,” tulisnya.

View this post on Instagram

My heroes 💕 . . Aku akan cuba sedaya upaya untuk didik anak2 aku jd lebih baik dari diri aku.Aku tak punya harta yang banyak untuk ditaburkan,yang aku ada sedikit ilmu yang aku akan titipkan pada anak2 aku.Pesan abi buat anak2 abi,"dunia hanya tempat persinggahan kita,jangan terlalu kejar dunia sebab matlamat kita adalah akhirat.Abi pernah rasa dipuji dan abi juga pernah rasa di hina.Jangan fikir apa manusia kata tp fikir apa Allah kata.Ingat,Allah adalah sebaik2 tempat untuk minta dan mengadu.Kejarlah akhirat nescaya dunia akan kejar anak2 abi,jagalah Allah nescaya dunia akan jaga anak2 abi.Abi doakan agar anak2 abi jd anak2 yg soleh.Korang sentiasa ada dalam hati abi walau jauh dan dekat.Abi sayang anak2 abi".😊🙏🏼🤲🏼

A post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar) on

Sehingga kini foto tersebut telah mendapat lebih 2,000 tanda suka (likes) dan rata-rata memuji kecomelan dua beradik itu. 

 

Abu sebelum ini pernah berkahwin dengan Ain Afini dan menceraikannya ketika Ain sedang hamil tujuh bulan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Adam Aysar, lapan bulan.

Kemudian, Abu berkahwin dengan Hana Azraa  pada Mei  2019 dan dikurniakan anak, Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari lalu.

Foto : Instagram Abu Sufyan