“Saya menghormati dan tahu saya bersalah.” Itu kata usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri apabila diminta mengulas mengenai teguran terbuka yang dibuat ibunya, Rozita Ibrahim menerusi Instagram, beberapa hari lalu.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu dilabel sebagai anak derhaka sebagaimana yang didakwa netizen dan keduanya sudah pun bertemu secara peribadi.
“Saya tak mahu dipanggil netizen sebagai anak derhaka atau anak tanggang. Malah saya sudah pun bertemu empat mata dengan mak bagi menjernihkan keadaan.
“Saya sudah mohon maaf kepadanya. Janji saya kepadanya, tidak akan riak lagi dan akan cuba untuk ikut apa yang dikata,” jelasnya kepada MH.
Ditanya sama ada dia akan turuti nasihat orang tua andai diminta untuk tidak lagi melancarkan lagu, bapa kepada lima cahaya mata ini ada jawapan sendiri.
Ads
“Kalau diminta untuk tidak buat lagu lagi… dia macam inilah, lagu adalah jiwa saya. Jadi walaupun orang tak suka, tidak mengapalah saya keluarkan juga.
“Walau komposer tak mahu buatkan lagu, saya yang melabur untuk mereka buka lagu untuk saya. Ibaratnya macam itulah,” akui Aliff.
Pada masa sama, Aliff turut akui tidak berapa gemar apabila ibunya membuat teguran secara terbuka sekali gus meninggalkan reaksi bercampur-campur netizen.
Ads
“Kalau boleh janganlah kutuk-kutuk di Instagram. Jumpalah secara berdepan. Akan tetapi memang sebelum ini dia ada nasihatkan saya juga.
“Jadi bila bertemu, kami berpelukan dan menangis sama-sama. Secara tak langsung, ia mengeratkan silaturrahim.
“Dia tetap mak kita, jadi saya sudah pun minta ampun dan maaf dengannya. Sebelum ini juga dia ada hubungi dan ada panggilan yang saya tak jawab.
Ads
Jadi atas sebab itu, saya bertemu dengannya,” kata Aliff sejurus sidang media pelancaran single terkininya, Cuba Bahagia di Kota Damansara, pada Jumaat.
Turut sama dilancarkan pada majlis sama ialah video klip lagu berkenaan yang sebelum ini menjadi buah mulut ramai kerana mempunyai babak seolah-olah pengasas kosmetik itu mengalirkan air mata darah.
Terdahulu, ibu Aliff ada memuat naik video yang antara lain menegur seterusnya menasihati anaknya itu agar menjadi ahli perniagaan yang profesional.
Rozita dalam video berdurasi kurang tiga minit itu turut menempelak tindakan Aliff yang kini muncul dengan lagu baru.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan yang juga bakal isteri kepada Shuib tidak menafikan proses penghijrahan diri bukanlah sesuatu yang mudah.
Menurut Watie selepas membuat keputusan mengenakan hijab lebih setahun lalu, untuk kekal istiqamah sudah tentu memerlukan kekuatan dalam diri.
“Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life.
“Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, walau kadang kala bila pi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh di pakai,” jelasnya.
Watie berkongsi perkara itu menerusi salah satu perkongsian di Instagram.
Penyanyi Indonesia, Tegar Septian mengumumkan perceraiannya dengan isteri, Sarah Sheilka.
Perkara tersebut diimaklumkan bintang berusia 22 tahun itu menerusi beberapa hantaran di Insta Story, petang Selasa.
Di dalam pendedahan yang dibuat Tegar, bekas peserta Big Stage 2022 itu antara lain menjelaskan dia sudah lagi bersama Sarah selain alami depresi akibat sukar mencari wang sehingga menyebabkannya kurus.
“Aku sudah tidak bersama Sarah lagi. Aku sudah terlalu penat.
“Dan, aku berjanji tidak mahu terulang lagi seperti ini,” tulisnya.
Tegar menambah, dia dan isteri tampak romantis dalam media sosial, namun, hakikatnya ramai tidak tahu akan kerunsingan yang dilalui.
“Dan maaf juga aku memang manusia tidak sempurna. Kalau anda mahu tahu, aku tertekan memikirkan banyak hal.
“Sekali lagi, mulai detik ini, aku sudah tidak sama Sarah lagi.
“Aku memilih untuk hidup baharu dan bermula dari kosong,” luah Tegar yang kini banyak berada di rumah.
“Dan kalian harus tahu, aku selalu berada di rumah sahaja. Jujurnya, aku orang yang tidak betah duduk di rumah.
“Aku jadi kurus terlalu banyak berfikir. Sukar cari duit membuatkan aku benar-benar depresi,” tulisnya lagi.
Terdahulu, pasangan muda itu mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian, dua tahun.
Tegar bagaimana pun tidak berkongsi tarikh sebenar perkahwinan mereka berakhir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.6 kilogramdi sebuah pusat perubatan pada 26 Jun lalu.