“Alhamdulillah, saya teruskan kehidupan seperti biasa,” itu kata usahawan, Mawar Karim apabila ditanya mengenai kehidupannya kini selepas berpisah dengan bekas suami, Fizo Omar Julai tahun lalu.

Katanya kepada MH, fokusnya kini lebih tertumpu kepada bisnes yang diusahakan selain menjaga anak tunggalnya, Wan Maryam Wan Hafizol yang bakal menginjak usia tiga tahun Disember depan.

“Saya teruskan kehidupan seperti biasa sebagai ibu tunggal. Pada masa sama, saya kini lebih fokus pada bisnes dan anak yang masih lagi kecil.

“Kiranya, keutamaan kepada dua perkara itu,” jelas Mawar yang turut akui anaknya yang mesra disapa Cik Yam itu ibarat mengerti situasi yang dilaluinya ketika ini.

“Bagi saya, anak yang semakin membesar ini seolah-olah faham akan sitausi yang berlaku.

“Sedikit demi sedikit, Maryam seperti faham. Misalnya saya kata padanya, Daddy nak datang ambil, dia pun akan cakap okay.

IKLAN

“Malah ada ketikanya mereka buat panggilan video bersama dan kami masing-masing memang ambil kira soal perkembangan Maryam.

“Hubungan kami kekal baik demi anak,” kata Mawar yang sebolehnya mahukan yang terbaik buat permata hatinya itu.

Ditanya mengenai sama ada dirinya sudah sedia untuk kembali berteman dan buka hati terhadap mana-mana lelaki, Mawar punya jawapannya sendiri.

IKLAN

“Masih belum terfikir. Saya belum bersedia kerana anak masih lagi kecil dan pada masa sama, sibuk berniaga.

“Sebolehnya saya mahu berikan tumpuan lebih pada Maryam kerana tak mahu lepaskan momen dia membesar.

“Bagi saya dalam tempoh tiga tahun ini, adalah fasa terbaik untuk anak untuk bersama ibu dan sebaliknya.

IKLAN

“Kalau yang hantar teks menerusi DM di Instagram itu adalah, akan tetapi ia diuruskan oleh pekerja saya.

“Bagaimanapun, saya kerap menerima teks dari kaum wanita yang bertanya serta ingin mendapatkan nasihat dari kalangan ibu tunggal dan mereka yang sedang dalam proses perceraian.

“Ada di antaranya saya balas dan apa yang paling penting saya katakan pada mereka adalah kepentingan anak-anak,” kata Mawar yang turut mendoakan yang terbaik buat Fizo dalam menjalani kehidupan sebagai bapa tunggal.

Sekadar imbasan, Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013, kemudian bercerai talak satu pada 10 Julai tahun lalu.

Foto: Instagram Mawar Karim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI