Sejuk hati apabila menonton sepotong video yang dikongsikan pengasas kosmetik yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri apabila membawa bapanya mengunjungi kediaman baru usahawan itu di tengah-tengah ibu kota.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu berkongsi video yang dimaksudkan menerusi Instagram.
Katanya menerusi ruangan kapsyen, Aliff mengakui dia puya kesedaran untuk mengubah taraf hidup selepas menyedari dia bukan datang dari keluarga yang senang. Malah, dia juga percaya di mana ada usaha, di situ ada jalan.
“Siapa ada impian mcm saya?? Saya jadi mcm ni sbb saya tahu family saya bukan asal dr org senang. Sy percaya dimana ada usaha disitu ada jalan.. setuju tak??,” tulisnya.
Kongsi Aliff lagi mengimbas memori, dia pernah tinggal di kediaman setinggan dan flat.
“Saya pernah duduk rumah setinggan dan rumah flat dan ni impian saya nak ada rumah penhouse di tengah bandar dan mejoriti yg duduk sini bukan2 org biasa,ahli politik, forener, doctor pakar, malah datin sri rosmah pun ada rumah disini.
“Hari ni sy bawa dia tidur sini sbb nak abah saya happy lihat usaha anak dia sendiri anak pengawal keselamatan pun mampu berjaya. Walaupun dulu org panggil saya bodoh belajar sbb tak masuk universiti.
“Sy akan cuba bahagiakan abah saya…dulu dia dah susah utk saya.. Skrg masanya saya balas jasa dia dan sekrang sy mampu mengubah kehidupan saya dr duduk rumah flat sek 20 shah alam block 19 skrg sy ada rumah sendiri disini dgn nilai rm5juta,” kongsinya panjang lebar.
Lalu rata-rata netizen turut memuji niat dan usaha sungguh usahawan itu demi keluarga dan ada juga yang terinspirasi serta berdoa agar niat sama turut dapat direalisasikan mereka.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Syada Amzah atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah merupakan adik kepada penyanyi popular Shila Amzah yang sentiasa mendapat perhatian ramai, khasnya menerusi media sosial.
Sering berkongsi video di Instagram, Syada juga memiliki keunikan suara yang hebat dan berkebolehan menyanyikan pelbagai genre lagu.
Kini hashtag #10yearschallenge telah menjadi viral dan telah menarik ramai di kalangan artis tempatan berkongsi perbezaan gambar mereka 10 tahun lepas dan gambar terkini.
Yang menariknya, netizen amat terkejut apabila melihat gambar perubahan artis tempatan terutama sekali artis wanita.
Jom kita tengok Top 10 artis wanita yang sahut #10yearschallenge.
Pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bayaran balik dilakukan dalam bentuk tiket wayang membabitkan jenama Nunha.
PU Riz...