Select Page
“Why Jadi Tomboy Balik?”- Peminat Sedih Janna Nick Kini Berambut Pendek

“Why Jadi Tomboy Balik?”- Peminat Sedih Janna Nick Kini Berambut Pendek

Pelakon Janna Nick kembali tampil dengan imej berambut pendek. Janna turut memuat naik beberapa keping foto memaparkan fesyen rambut barunya itu.

Foto berkenaan dimuat naik Janna menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu.

 

Bagaimanapun ada peminat berasa sedih dan kurang setuju dengan penampilan terbaru pelakon berusia 23 tahun itu.

 

Yang pasti, pelakon yang popular dengan drama Coffee Prince itu berbuat demikan atas tuntutan watak sebuah drama bersiri terbaru, Leftenan Zana yang sudah beberapa hari menjalani penggambaran.

Malah, Janna turut berkongsi gambarnya saat di lokasi.

Tak sabar nak tonton drama yang mengambil latar badan beruniform ni. Malah, Janna sendiri ada berkongsi saat awal dia menyarung uniform.

Foto : Instagram Janna Nick

Janna Nick Kongsi Kesedaran Fasal HIV

Janna Nick Kongsi Kesedaran Fasal HIV

Baru-baru ini, Janna Nick ada bercakap mengenai cara-cara virus HIV boleh dipindahkan kepada individu lain, menerusi Insta Story di Instagram.

Kongsinya, virus berkenaan boleh dilpindahkan melalui cecair pembawa.

“HIV dipindahkan melalui cecair badan yang telah dijangkiti HIV. HIV dipindahkan melalui pertukaran mana-mana cecair badan yang telah dijangkiti HIV.

 

“Jangkitan boleh berlaku di mana-mana peringkat, jangkitan/virus HIV boleh didapati pada cecair, cecair berikut: darah, air mani (dan cecair sebelum ejakulasi), cecair faraj dan susu ibu.

 

“HIV selalunya dijangkiti melalui seks dengan pasangan positif HIV. Ini disebabkan oleh cecair yang bercampur dan virus boleh bertukar terutama sekali apabila terdapat luka pada tisu-tisu faraj kecederaan atau jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI).

 

“Budak perempuan adalah lebih terdedah kepada jangkitan HIV kerana selaput membran faraj mereka lebih nipis dan lebih senang untuk dijangkiti dibandingkan dengan wanita-wanita dewasa.

 

Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan sekiranya mereka tidak melakukan seks , sekiranya pasangan mereka yang tidak dijangkiti hanya melakukan seks dengan cara seks selamat – seks tanpa penembusan atau menggunakan kondom.

 

“Hanya ada satu cara sahaja untuk memastikan pencegahan HIV melalui seks ialah dengan tidak melakukan seks langsung,” tulisnya.

 

 

Haa..panjang lebar perkongsian Janna mengenai jangkitan HIV.

Apa-apapun, MH harap agar netizen dapat ambik info berguna ini, demi kebaikan bersama.

Foto/Instagram: Janna Nick

Ini Jawapan Janna Nick Bila Ditanya Apakah Hadiah Paling Istimewa Bersempena Hari Jadinya Tahun Ini

Ini Jawapan Janna Nick Bila Ditanya Apakah Hadiah Paling Istimewa Bersempena Hari Jadinya Tahun Ini

Menyambut ulang tahun kelahirannya 1 Jun lalu, pelakon Janna Nick mengakui hadiah paling bermaknanya pada tahun ini ialah pengiktirafan yang diberikan peminat setia sehingga melayakkan dirinya untuk memegang trofi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL2018) baru-baru ini.

Menurut Janna, tiada apa yang lebih bermakna daripada kemenangan berkenaan, apatah lagi ia merupakan hasil sokongan berterusan daripada peminat setianya.

“Hadiah istimewa tahun ini rasanya adalah DFKL, raih pencapaian sebagai Aktres Pilihan. Pastinya, saya mengharapkan yang terbaik dan berpeluang untuk meraih anugerah lain untuk tahun mendatang, insyaAllah.

 

“Selain itu, hadiah paling bermakna juga adalah kerana saya adanya peminat, khasnya Jannanikers yang tidak putus-putus memberikan sokongan. Itupun menjadi hadiah yang terindah,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, pelakon drama rantaian, Isteri Untuk Diiktiraf ini tidak menafikan kekuatan sokongan peminat terhadapnya secara langsung turut memberi impak di dalam perjalanan seninya sejak dulu hingga kini.

“Saya tidak mahu minta lebih kerana tanpa peminat dan sokongan semua, saya tidak akan menjadi wajah wakilan, dapat berlakon dalam naskhah yang baik, dan adanya permintaan untuk saya muncul di kaca TV dan macam-macam lagi. 

 

“Terharu dan berterima kasih buat mereka kerana menampakkan saya sebagai artis berkaliber dan ‘in’ untuk tahun ini,” katanya . 

Terdahulu, Janna yang bakal terlibat menerusi sebuah drama terbitan JS Pictures dalam tempoh terdekat baru sahaja pulang dari Russia bagi menyaksikan pelawanan awal Piala Dunia.

Pemergian pelakon tersebut ke sana adalah atas tiket jenama telefon pintar, Vivo mewakili Malaysia.

Tak Boleh Harap Peminat Suka Hal Kontroversi dan Glamor Saja, Kata Janna Nick

Tak Boleh Harap Peminat Suka Hal Kontroversi dan Glamor Saja, Kata Janna Nick

Baru sahaja diangkat sebagai Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL2018) baru-baru ini atas tiket undian peminat, Janna Nick mengakui kemenangan yang diraih bukanlah alasan untuk dia terus bersenang-senang, mengharapkan peminat mengundi semata-mata.

Sebaliknya, keputusan dan undian majoriti daripada pecinta drama Melayu di negara ini memberi peluang buatnya untuk terus memberikan yang terbaik menerusi drama lakonannya yang akan datang.

“Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini, saya tak boleh berhenti untuk beri yang terbaik. Seperti yang kita tahu, sekarang banyak anugerah hiduran yang memerlukan undian dan penilaian daripada peminat. Jadi saya sebagai artis tidak boleh mengharapkan peminat sukakan hal kontroversi dan glamor sahaja.

 

“Saya kena berikan yang lebih baik supaya mereka akan terus sokong demi memastikan saya kekal relevan. Daripada bagusnya kerja saya barulah timbulnya peminat, peminat baru dan daripada situ jugalah akan munculnya undian,” kata Janna kepada MH.

Ditanya mengenai sejauh mana janjinya di dalam mahu memberikan yang terbaik di dalam drama yang dilakonkan selepas ini, penyanyi Akan Bercinta ini bagaimanapun tidak mampu untuk menjanjikan langit dan bintang.

Yang pasti, dia akan kekal berusaha untuk memajukan kerjaya.

“InsyaAllah sebab saya jenis yang suka belajar dan nak berikan yang terbaik. Meski banyak garis panduan dalam sisi skop penceritaan, saya cuba berikan variasi dalam lakonan.

 

“Yang penting, skrip  dan lainnya kena juga bagus kerana kejayaan sesebuah drama itu terhasil daripada kerja secara berpasukan,” katanya yang sibuk di lokasi Hingga Ke Jannah di samping Fahrin Ahmad.

Foto: Instagram Janna Nick

[GAMBAR] Wow…12 Selebriti Hebat Ini Rupanya Anak Jati Kedah. Hebat Semuanya!

[GAMBAR] Wow…12 Selebriti Hebat Ini Rupanya Anak Jati Kedah. Hebat Semuanya!

Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedia dikenali sebagai antara anak jati Kedah yang paling dikenali. Apa pun, korang jangan tak tahu, di kalangan dunia seni pun, ramai rupanya anak kelahiran Negeri Jelapang Padi yang turut hebat dalam bidang masing-masing.

Jom ketahui siapakah mereka.

Azean Irdawaty 

Allahyarhamah sudah pun dua kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia. Selain sukses mencipta nama dalam dunia lakonan, Azean juga pernah merakamkan beberapa album solo.

Bront Palarae

Berasal dari Alor Setar, Kedah, Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin sedia dikenali sebagai antara pelakon versatil yang dikagumi. Malah turut mencipta nama dalam dunia lakonan di Indonesia menerusi filem Pengabdi Setan dan Ayat-Ayat Cinta 2.

Ezad Lazim

Bekas vokalis kumpulan muzik, Exist ini sudah pun mempunyai barisan single yang kekal malar segar hingga kini. Antaranya ialah Dua Insan, duet bersama penyanyi Indonesia, Eva yang dilancarkan pada 2002.

Farid Kamil

Penerima Anugerah Bakat Muda Seni Lakon Negara menerusi Anugerah Seni Negara kepalan ini begitu sinonim dengan penampilannya dalam filem aksi. Antaranya ialah Remp- It, Evolusi KL Drift, J Revolusi dan Tombiruo.

Ifa Raziah

Diberi gelaran sebagai Diva Dangdut Malaysia, Ifa dikenali sebagai antara selebriti yang tidak pernah jemu untuk berusaha dalam mencipta nama meski lebih dua dekad dalam seni. Hasilnya, dia berjaya memenangi Anugerah Artis Versatil Popular selama dua tahun berturut-turut iaitu 2016 dan 2017. Terkini, Ifa turut gigih membina empayar bisnes.

Janna Nick

Siapa yang tidak kenal dengan bintang asal Sungai Petani, Kedah ini. Barisan drama dan lagunya mencipta fenomena yang bukan calang-calang. Malah, produk hasilannya, Sephia turut dikenali sebagai antara produk lokal yang kian mendapat tempat.

Jay Jay

Pemilik nama sebenar, Mohd Fauzi Darus ini yang juga merupakan bekas vokalis kumpulan Carefree dan turut mempunyai beberapa buah lagu yang kekal diingati sehingga kini. Jay Jay juga pernah dinobatkan sebagai pemenang Vokal Lelaki Terbaik 1998 di Anugerah Industri Muzik.

Nassier Wahab

Dia antara artis 80-an yang masih popular sehingga kini. Meski pada usianya kini yang sudah mencecah 56 tahun, Nassier tetap aktif menghiburkan peminat menerusi seleksi lagu popularnya seperti Sekali Aku Jatuh Cinta dan Memori Cinta Luka.

Osman Ali

Pengarah prolifik, Osman Ali cukup dikenali menerusi filem arahannya yang mendapat tempat di hati penonton seperti Anak Halal, Puaka Tebing Biru dan filem cinta yang mencipta fenomena, Ombak Rindu. Terbaru, Osman bakal hadir menerusi filem seram, Langsuir lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha.

Rozita Che Wan

Pelakon dan usahawan ini kekal menjadi antara selebriti yang cukup menarik perhatian ramai menerusi suara yang diluahkan khasnya menerusi media sosial. Pada masa sama, penampilannya yang cukup mewah dan glamor turut menjadi buah mulut ramai.

Scha Al-Yahya

Bekas pemenang Dewi REMAJA ini juga sukses dalam bidang lakonan dan perniagaan. Memiliki keluarga yang dianggap sempurna sebilangan netizen, personaliti figura ini juga cukup menyenangi hati ramai. Selain berlakon, Scha turut sukses sebagai pengacara, sama seperti suaminya, Awal Ashaari.

Yuna

Yunalis Zarai atau lebih sinonim dengan panggilan Yuna sedia diketahui sebagai antara penyanyi Malaysia yang gigih mencuba nasib di luar negara. Malah, album solonya di luar Malaysia turut mencipta reputasi yang membanggakan. Sebelum ini pun ramai selebriti antarabangsa artis yang satu ini, misalnya Usher dan Rihanna!

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: