Pelakon Dini Schatzmann memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status hubungannya bersama selebriti popular, Janna Nick yang didakwa sedang berdepan masalah.

Bagaimanapun, Dini memaklumkan dia dan Janna akan berkongsi satu berita dalam tempoh terdekat.

Tidak memaklumkan sama ada ia merupakan berita baik atau sebaliknya, Dini atau Dini Azan Schatzmann bagaimanapun meminta semua pihak tidak membuat spekulasi.

“Sebenarnya, saya tak boleh nak memberikan apa-apa kenyataan buat masa sekarang tetapi kami ada satu berita yang ingin dikongsikan kepada semua pihak dalam masa terdekat.

“Apa yang boleh saya katakan, ia berita yang agak besar berkaitan saya dan Janna. Sama ada berita baik atau tidak, kita kena tunggu.

“Yang penting, berita yang akan kami sampaikan itu bukanlah satu gimik tetapi ia benar-benar berkaitan dengan hal peribadi kami. Itu saya boleh pastikan kepada anda semua buat masa sekarang,” katanya kepada MH.

Hal Dengan Janna Nick Bukan Gimik Tapi Berkaitan Peribadi, Dini Schatzmann Akan Buat Pengumuman Besar

IKLAN

Pelakon drama Marry Me Seniorita itu berkata sedemikian ketika ditemui pada
malam anugerah Gempak Most Wanted Award 2022 (GMWA2022) yang berlangsung pada Ahad.

Jelas Dini lagi, dia dan Janna punyai sebab tersendiri mengapa mereka perlu menunggu waktu yang sesuai untuk berkongsi mengenai berita tersebut.

“Pada saya, semua perkara punyai waktu dan perancangan tersendiri tentang bagaimana sesuatu perkara itu akan berlaku. Ia juga turut bergantung kepada kehidupan peribadi kami.

“Jadi, buat masa sekarang, waktunya belum sesuai. Ada beberapa perkara berlaku yang membuatkan waktu sekarang memang tak sesuai untuk kami kongsikan berita tersebut,” ujarnya lagi.

Hal Dengan Janna Nick Bukan Gimik Tapi Berkaitan Peribadi, Dini Schatzmann Akan Buat Pengumuman Besar

IKLAN

Pada masa sama, Dini memaklumkan hubungannya bersama Janna masih lagi baik dan tidak seperti apa yang digembar-gemburkan oleh segelintir pihak.

“Saya dengan Janna sentiasa baik sahaja. Kami tak pernah tak baik. Apapun yang berlaku, kita tidak akan bergaduh. Kami sentiasa ada untuk satu sama lain.

“Kami juga masih lagi bekerjasama. Baru-baru ini, saya dan Janna ada jalani penggambaran drama bersama-sama. Saya pun masih dibawah syarikat pengurusan Janna. Jadi, memang tiada masalah diantara kami.

“Tiada sebab untuk kami bergaduh sehingga boleh menjejaskan perhubungan kami. Kami akan sentiasa berpendirian positif semampu kami,” kongsinya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon kacukan Malaysia-Switzerland ini turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan dia sebenarnya menjadi punca Janna berpewatakan agak ‘daring’ sejak kebelakangan ini.

“Pada saya, itu tidak benar. Semacam fitnah pula. Mengenai segala tindak tanduk Janna, saya tiada hak untuk bercakap apa-apa. Agak susah untuk saya menjawab kerana ia tiada kena mengena dengan saya,” akhirinya.

Sekadar informasi, Dini dan Janna mula menjalin hubungan cinta sekitar Julai 2018 semasa sama-sama sedang menjalani penggambaran drama Bukan
Cinta Aku.

Bagaimanapun, sekitar November lalu, timbul spekulasi bahawa hubungan mereka dikatakan sudah berakhir dengan masing-masing didakwa membawa haluan sendiri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.


SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI