Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-37 kini masih terasa meskipun sudah hampir ke penghujungnya.
Malah, AJL37 terus menjadi topik hangat di media sosial.
Selain persembahan para finalis, persalinan yang digayakan Janna Nick di karpet merah AJL37 turut hangat menjadi bualan hangat netizen.
Pengacara program Famili Duo itu mengenakan gaun bergemerlapan dengan kilauan ‘blink blink’ rona perak.
Meski kelihatan seperti agak seksi jika dilihat daripada jauh, namun ia sebenarnya mempunyai meterial yang senada dengan warna kulit.
Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Instagram pula, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memaklumkan dirinya terpaksa pulang awal memandangkan dia mempunyai urusan kerja pada awal pagi.
Sementara itu, seiring tema Dimensi Muzik, finalis dan artis jemputan turut bergaya pada segmen karpet merah pada majlis yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Karpet merah disiarkan secara langsung menerusi platform penstriman, Tonton pada jam 8 malam yang dihoskan Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penglibatan golongan selebriti termasuk artis sebagai wajah wakilan atau pelaris pemasaran sesebuah jenama hanyalah berkesan jika peniaga tahu perancangan yang tepat berdasarkan pengetahuan dalam ilmu perniagaan.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd berkata asas pemasaran ialah apabila pengguna sedar dan tahu mengenai kewujudan sesebuah perniagaan yang mampu menarik perhatian mereka.
“Paling penting ialah orang nampak, percaya dan suka dengan produk kita, kemudian baru mampu membuatkan mereka membeli.
“Saya juga percaya usahawan perlu ada ilmu berkaitan perniagaan yang memambantu mereka merencana pemasaran dengan lebih baik dan mencapai sasaran,” katanya.
Radz menjelaskan mengenai perkara itu di dalam sidang media sempena Program Nak Ubah Hidup 2023 (NUH2023) anjuran RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) yang di Setia City Convention Centre, Setia Alam, pada Sabtu.
Tambah Radz, golongan selebriti ialah satu daripada kaedah pemasaran yang boleh digunakan namun pada masa yang sama apa yang lebih penting ialah memastikan usahawan faham cara untuk mencapai objektif yang diinginkan.
“Seperti saya katakan tadi, selebriti adalah satu daripada kaedah yang boleh digunakan, tetapi ada cara lain yang juga efektik dalam pemasaran. Apa yang penting kena ada pengetahuan serta ilmu mengenai perniagaan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan mengenai terdapat usahawan yang melahirkan rasa kecewa apabila melaburkan duit hingga ratusan ribu ringgit pada golongan selebriti untuk tujuan promosi pemasaran namun gagal serta tidak memberikan impak.
Terdahulu, Radz berkata lebih 6,000 orang menyertai program NUH2023 selama tiga hari yang merupakan inisiatif mentor usahawan terkenal, Datuk Dr Azizan Osman dalam membantu orang ramai terutama bangsa usahawan dalam dan luar negara pada permulaan tahun 2023.
“Kami sendiri gembira dengan bilangan yang hadir selepas program ini diadakan semula pasca pandemik. Ia satu isyarat yang sangat baik di mana semua pihak bersemangat untuk menaik taraf hidup masing-masing selepas kita diuji dengan pandemik Covid-19.
“Paling menarik 70 peratus mereka yang hadir ialah golongan berumur 30 tahun ke bawah iaitu golongan muda yang bersemangat tinggi dan agresif untuk mengubah nasib mereka,” katanya.
Tambah Radz, peserta-peserta NUH akan diberi reset fokus diri agar mereka lebih jelas terhadap potensi dan kemampuan diri. Mereka kemudian kenal pasti matlamat hidup dan halangan kejayaan seseorang dalam ubah hidup.
“Misi Dr. Azizan dan RichWorks adalah untuk memberi manfaat kepada orang ramai melalui ilmu dan panduan yang telah terbukti membantu ramai orang sejak RichWorks ditubuhkan pada 2008,” katanya.
beliau berkata RichWorks juga bersedia untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan mahupun kerajaan negeri dalam usaha memperkasakan bangsa usahawan di seluruh negara pada 2023 yang dijangka lebih mencabar, kata Radz.
RichWorks juga dipilih menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk menjalankan program latihan keusahawanan.
RichWorks turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia dalam melatih dan membimbing bangsa usahawan dan bakal usahawan secara online mahupun program secara bersemuka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelakon, Zaki Azeman iaitu Raa Suzuran berkongsi khabar gembira apabila mendedahkan dia kini sedang hamil cahaya mata pertama.
Perkara tersebut dimaklumkan Raa menerusi satu hantaran video yang dikongsikan menerusi TikTok.
“Bismillah… berbulan Raa edit dan simpan video ni. There is always a reasons and why kita tak share about our privacy and now kita dah ready nak share dengan korang.
“Jadi dah tak ada eh makcik bawang nak tanya yang pelik-pelik,” kongsinya.
Pada hantaran sama, Raa turut mendoakan agar yang baik baik buat pasangan suami isteri yang masih ikhtiar untuk mempunyai anak sendiri.
Pempengaruh TikTok, Ubai tidak menafikan dirinya sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi, Shila Amzah sejak tahun lalu.
Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, dia mula berkawan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya.
“Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014.
“Namun sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai).
“Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala ujian yang dilalui.
“Tak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok,” katanya.
Shila sebelum ini pada sesi siaran langsung di TikTok turut berkongsi mengenai hal berkaitan.
“Kami memang tidak berniat nak bercerita mengenai hubungan kami semalam. Tapi entah macam mana, tiba-tiba Shila berkongsi mengenai perkenalan dan status hubungan kami.
“Sebenarnya siaran langsung itu dibuat sekadar suka-suka saja sementara tunggu Shila bersiap untuk keluar bermain badminton bersama.
“Walaupun semalam saya tak banyak cakap tapi dia adalah teman istimewa saya dan kami selesa berkawan. Malah kami banyak berkongsi persamaan.
“Buat masa ini, saya belum membawa Shila bertemu ahli keluarga lagi, tapi Alhamdulillah famili saya okey dengan perhubungan ini,” katanya.
Semalam Shila dan Ubai mendedahkan mengenai status hubungan dan perkenalan mereka yang selama ini menjadi teka-teki.
Malah menerusi siaran langsung itu, Shila beberapa kali dilihat memanggil Ubai dengan panggilan sayang.
Untuk rekod, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.