Biarpun sedang melalui konflik rumah tangga yang hangat diperkatakan ramai, pelakon Puteri Sarah Liyana tetap fokus melakukan ibadah umrah bersama kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Terbaharu, Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, menulis luahan yang memberikan bayangan bahawa dia kini sudah reda dan move on dengan apa yang berlaku dalam kehidupannya.
“Tak semua yang pergi mesti dikejar, tak semua yang tak pasti mesti ditunggu.
“When you step back and do what is right for you, you attract what is right for you (Bila anda lakukan perkara yang terbaik untuk anda, benda yang baik-baik akan berlaku terhadap kamu).
Ads
“Love yourself first and everything else falls into line (sayangi diri sendiri dahulu dan benda-benda yang lain kemudiannya akan datang dengan sendirinya),” tulis Sarah.
Perkongsian tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran di laman Instagram, baru-baru ini.
Sementara itu, Sarah turut menaruh harapan agar anak sulungnya, Syaikhul dapat menjadi pelindung di masa akan datang.
Ads
Sarah memuat naik gambar Syaikul yang memakai jubah putih beserta kapsyen;
“Melting (cair) sangat tengok Pak Aji mama ni. My protector onf day, InsyaAllah (Orang yang diharap dapat melindungi/menjaga saya satu hari nanti).”
Terdahulu, Sarah telah memfailkan permohonan penceraian terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof, 39, pada 16 Januari lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes pasangan itu akan disebut pada 7 Mac depan.
Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat bekas pengasuh anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayah Zubit yang telah pun selamat melahirkan bayi sulungnya, 7 Februari lalu.
Menerusi hantaran di Instagram kini menerima lebih 26,000 tanda suka, Dayah memaklumkan khabar gembira buat semua pengikutnya.
Sambil teruja dengan kehadiran permata hati, Dayah turut bersyukur kerana proses bersalinkan putera sulungnya itu dipermudahkan Allah SWT.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah & rezeki yang Kau kurniakan. Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik insya-Allah.
“Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran anugerah & amanahMu untuk kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi.
“Terima kasih my love @are9ridzuan for everything and sentiasa buat yang terbaik untuk sayang! Lepasni kita sama-sama buat yang terbaik untuk anak kita pulak yaa.
“Semoga Allah SWT sentiasa berkati segala yang abang lakukan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut pantas dihujani dengan ucapan serta doa yang baik-baik buat Dayah seisi keluarga.
Terdahulu, Dayah yang baru sahaja melangsungkan majlis kesyukuran dan resepsi perkahwinannya yang tertangguh akibat perlaksanaan PKP, dikhabarkan terjatuh dari motorsikal ketika sarat hamil dan menunggu hari bersalin.
Dayah mendirikan rumah tangga bersama suami, pemain bola sepak Terengganu FC 11, Mohamad Ridzuan Razali pada 31 Mei tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Alhamdulillah, ia hilang terus.” Itu kata penyanyi, Kaka Azraff yang sebelum ini pernah mendedahkan suaminya, Adam Azriff mempunyai masalah gangguan kecemasan (anxiety disorder) sehingga memerlukan sokongan daripadanya.
Menurutnya, sebelum ini, dia sedia tahu tentang perkara berkenaan sebelum berkahwin lagi dan mengambil tanggungjawab tersebut untuk membantu dan memberikan sepenuh sokongan kepada suami tercinta.
Bagaimanapun, bintang yang kini muncul menerusi single terbaru Gila di samping Loka B dan Noki memanjatkan rasa syukur kerana masalah tersebut kini beransur hilang.
“Antara penyebab anxiety mungkin kerana cara hidup sebelum ini selain pemakanan dan sebagainya.
“Sejak berkahwin, saya cuba jaganya dengan baik dan masalah tersebut sudah tidak ada.
“Malah saya rasa situasinya kian baik disebabkan oleh fokusnya sudah berbeza memandangkan kini dia sudah ada bergelar bapa dan sebagainya. Tidak lagi rujuk pakar.
“Saya sebagai isteri rasa bersyukur,” akuinya kepada MH.
Hidup harmoni bahagia bersama permata mati, Aslan yang kini mencecah usia 10 bulan, Kaka turut berkongsi perkembangan terkininya sebagai ibu.
“Bila melihat anak membesar di depan mata, saya rasa penat yang kita lakukan dalam kerja selain menjaganya itu dirasakan cukup berbaloi. Itulah kemanisannya bagi saya.
“Bila rasa penat tu, pandang anak dan lihat gelagatnya, rasa penat itu hilang. Sayang saya padanya tidak akan putus sebab kita tahu.
“Saya tidak merancang, kalau ada rezeki dikurniakan cahaya mata selepas ini kami tidak menolak,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan selamat timang cahaya mata pertama mereka Oktober tahun lalu.
Pelakon Diana Danielle yang berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah bersama suaminya, aktor Farid Kamil yang turut disertai dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora, baru-baru ini tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya.
Diana berkata, suami menjadi antara pendorong terbesar selain menyifatkan keberadaannya di sana adalah sebagai proses untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Pengalaman pertama saya dan anak-anak, tetapi ini umrah kedua buat Farid. Sudah pasti apa yang membuatkan saya rasa teruja adalah apabila kita bawa anak-anak bersama ke Tanah Suci. Malah untuk saya sendiri adalah untuk insafi diri, alhamdulillah.
“Farid memberikan motivasi kepada saya sebenarnya. Jujurnya dia melihat saya dan anak-anak sudah banyak pergi serata destinasi tetapi katanya, saya masih lagi belum ke sebuah tempat yang terbaik di dunia.
“Sebelum kita berikan pendedahan yang lebih lagi kepada anak-anak kepada dunia, apa kata kita bawa mereka bersama ke rumah Allah. Bagi mereka mengenali siapa diri dan tahu kita hidup untuk apa.
“Saya menyukainya sementelah anak saya pun sudah berusia 10 dan lapan tahun. Rasanya ini masa sesuai. Untuk mereka raih pengalaman bermakna sambil kita sebagai penjaga ada kudrat yang masih kuat ini,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai perasaan anak-anak sejurus mengetahui mereka turut berpeluang melakukan umrah pada usia yang muda, mereka menyambutnya dengan baik.
“Muhammad sangat teruja. Mungkin ada kanak-kanak yang masih belum memahami keberadaan mereka di sana, tapi ia berbeza untuk anak sulung saya. Sebelum ini pun anak-anak banyak tonton video jemaah yang sedang tunaikan haji dan umrah.
“Pada sama sama sebelum berangkat, kita semua ada hadiri kelas umrah juga. Penting bagi mereka juga untuk jaga diri dan berdisiplin sepanjang berada di sana. Tak adalah nanti ia menyulitkan kita untuk buat ibadah,” katanya lagi.
Selain mahu memberi fokus kepada ibadah, Diana juga tidak menafikan ini masa terbaik untuknya menitipkan doa yang baik-baik untuk keluarga di depan Kaabah.
“Saya mendoakan agar dikurniakan keluarga yang sihat, bahagia dan apa segala jenis ujian yang Allah SWT berikan, semoga kita kuat untuk hadapi.
“Saya tidak boleh menjanjikan kita akan jalani sebuah kehidupan yang sempurna. Tapi apa yang saya cuba untuk doakan ialah, walau pun ia sukar, insyaAllah kita boleh harungi bersama-sama.
“Lagi satu, saya berdoa semoga kerjaya suami saya makin bersinar dan berjalan dengan baik, insyaAllah,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Diana bakal muncul dengan filem terbaharu Imaginur yang ditayangkan 23 Februari depan, arahan Nik Amir.
“Saya berharap Imaginur berjaya menambat hati penonton, sebab saya tahu ini naskhah yang baik. Saya suka dengan skripnya namun saya tidak boleh nak kongsikan lanjut. Cuma apa yang boleh saya beritahu, ‘plot-twsitnya’ memang mengujakan.
“Imaginur mengisahkan kehidupan seorang lelaki muda yang ‘berputar’ di luar kawalan dan cuba mendapatkan semula fokus dengan mencari rawatan hipnosis. Keadaan mula berubah apabila gadis dari mimpinya muncul di dalam kehidupan sebenar.
“Ketika dia cuba mengenal pasti siapa wanita misteri terbabit, jejaka ini mula jatuh cinta dan belajar mengenali dirinya. Kena tonton untuk ketahui apa kesudahannya,” katanya.
Naskhah yang diterbitkan oleh oleh Lumatic Films ini turut menyaksikan penglibatan pelakon hebat lain antaranya Beto Kusyairy, Afdlin Shauki, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Mior Hashim Manap, Rahim Razali dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad berpendapat, tidak kira sejauh mana anak sulungnya Nayla Mikayla atau Mika melangkah dalam dunia seni, pelajaran tetap perlu menjadi...