Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai babak yang dilakonkan oleh pelakon, Janna Nick menerusi drama, Surat Dari Tuhan.

Dalam sedutan babak tersebut, Janna dilihat menendang pelakon senior, Sheila Mambo sewaktu adegan di dalam rumah.

Tindakan Janna itu juga nyata telah mengejutkan hati banyak pihak sehingga ada menyifatkan babak berkenaan agak keterlaluan.

Video berkenaan telah dikongsikan sendiri Janna menerusi laman Instagram pada Selasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan tindakan tersebut agak keterlaluan dan tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak di bawah umur.

“Walaupun untuk penggambaran, tak baik pakai kaki. Boleh guna tangan je untuk marah-marah. Ini melampau sangat.

IKLAN

“Kasar sangat. Nampak macam betul-betul perbuatan itu. Bukan lakonan. Semoga tiada yang pendam atau dendam.

“Tak elok budak-budak tengok ni,” antara komen-komen netizen.

Sementara itu, Sheila turut memberikan responnya terhadap komen-komen netizen tersebut.

Jelas Sheila, drama ini harus ditonton daripada sudut pandang positif agar mesejnya sampai ke penonton.

IKLAN

“Kita kena tonton dengan perasaan positif. Bagitahu budak-budak supaya jangan buat orang macam ni,” tulis Sheila di ruangan komen.

Pada masa sama, Sheila turut memaklumkan Janna juga telah memohon maaf sebaik sahaja selesai melakonkan babak tersebut.

Katanya lagi, Janna hanya ingin melakukan yang baik untuk menghidupkan watak sebagai menantu yang derhaka.

“MashAllah, jangan marah dia. Sebaik sahaja babak ini habis, Janna terus datang peluk saya dan minta maaf berkali-kali. Dia pun tak rancang nak buat macam ni. Saya sudah maafkan dia.

IKLAN

“Realiti kehidupan ada sahaja anak-anak yang derhaka pada orang tua mereka secara terang dan halus. Semoga babak ini menjadikan iktibar pada semua
penonton.

“Jangan kecam Janna. Dia anak yang baik. Saya tak sihat di Mekah dia yang jaga makan minum saya,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, drama ini juga pernah mencetus kontroversi berikutan babak yang tidak bersesuaian di hadapan Makam Rasulullah dan Tanah Haram.

Malah, babak tersebut juga telah dipotong oleh pihak stesen televisyen selepas mendapat teguran daripada pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Janna Nick

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI