Penyanyi dan komposer Ajai memaklumkan hubungan anaknya, Ayu Nazirah dengan bekas isteri iaitu penyanyi Nourul Wahab  sudah kembali jernih.

Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 48, berkata, mereka sudah berhubung dan saling bermaafan atas kemelut yang berlaku sebelum ini.

“Mereka sudah berbaik. Ayu maklumkan kepada saya dia ada hubungi mamanya (Nourul). Mereka dah bermaafan.

“Alhamdulillah hubungan mereka dah okey. Biasalah kisah ibu terasa ini. Tiada apa yang serius pun,” katanya.

Ajai berkata demikian ketika ditemui pada sidang media lagu Saag Hilang Cintamu daripada Aufahanie di Damansara, Selangor.

Ajai juga menjelaskan, dia tidak pernah masuk campur atas kemelut yang berlaku antara Nourul dan Ayu sebelum ini.

IKLAN

“Bagi saya dua-dua sudah pun dewasa dan boleh buat keputusan sendiri. Kalau bab gaduh antara ibu dan anak ini saya dah faham sangat.

“Mereka ialah darah daging. Mesti akan berbaik kalau ada masalah,” katanya lagi.

Dalam masa sama Ajai turut menafikan dakwaan anaknya yang tinggal bersama pelakon Maria Farida sehingga menjadi punca perbalahan.

Malah, Ajai menyambut baik hubungan cinta Ayu bersama anak aktres Maria, Mizan Ashley.

IKLAN

“Ayu pernah jadi pembantu peribadi kepada Maria. Tetapi dia sekarang ada kerja sendiri dalam bidang Zoologi. Dia pun kini ada rumah sendiri.

“Kalau Ayu nak kahwin saya terbuka. Itu pilihan dia dan saya sokong. Umur dia pun sudah semakin meningkat.

“Cuma saya nasihatkan fokus kepada kerja dahulu. Untuk bakal suami Ayu stabilkan dahulu kehidupan sebelum ambil keputusan berkahwin,” katanya.

Terdahulu pada September lalu, Nourul berkongsi di media sosial foto dirinya sedang hamil dan menceritakan kronologi sebelum melahirkan Ayu sekitar 25 tahun lalu dan seperti terasa hati kerana anaknya sudah mempunyai ‘ibu baru’.

IKLAN

Perkongsian dibuat itu menerima pelbagai komen netizen yang berbaur sedih dan terharu dengan pengorbanan besar seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja termasuk nyawa demi anak tersayang.

Ayu Nazirah ialah cahaya mata tunggal Nourul bersama bekas suami, komposer Ajai yang bernikah pada 1996 dan sah bercerai pada 2006.

Pada 2012, Nourul berkahwin kali kedua dengan lelaki Perancis, Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga anak iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI