Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya cuba memisahkan anak perempuannya, Ameena dengan bekas isteri yang juga merupakan pelakon, Shakila Khoriri.

Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, tidak pernah telintas difikirannya untuk berbuat sedemikian namun, dia juga tidak mahu haknya sebagai seorang bapa dinafikan.

“Bagi Kasih Sayang Tu Dekat Anak Tiri Atau Buat Baru,” – Fizi Ali Selar Netizen, Pertahan Hak Sebagai Bapa

“Saya tak pernah tergamak nak pisahkan anak dan mak. Saya nak hak saya sebagai seorang ayah. Salah ke seorang ayah yang nak bersama dengan ananya?

“Kenapa perlu lupakan anak saya setelah apa yang saya ada? Insyallah Ameena, daddy jumpa awak nanti,” tulisnya.

“Bagi Kasih Sayang Tu Dekat Anak Tiri Atau Buat Baru,” – Fizi Ali Selar Netizen, Pertahan Hak Sebagai Bapa “Bagi Kasih Sayang Tu Dekat Anak Tiri Atau Buat Baru,” – Fizi Ali Selar Netizen, Pertahan Hak Sebagai Bapa

IKLAN

Kenyataan yang dikongsikan di Instagram Stories itu merupakan respon balas Fizi terhadap komen daripada seorang netizen.

Malah, penyampai radio Hot FM ini juga agak kecewa dengan saranan netizen tersebut yang memintanya untuk hanya memberikan fokus terhadap keluarga baharu dan membiarkan anaknya itu kekal bersama ibunya sahaja

“Tolong la korang, sebelum bercakap, tolong banyak membaca dan ambil tahu fakta.

“Kadang apa korang cakap melanggar fakta dan itu lagi menyedihkan. Saya pun tak bagus dalam agama tapi apa yang basic, in sha Allah saya ambil tahu,” ujarnya lagi.

IKLAN

“Bagi Kasih Sayang Tu Dekat Anak Tiri Atau Buat Baru,” – Fizi Ali Selar Netizen, Pertahan Hak Sebagai Bapa

Baru-baru ini, Fizi telah meluahkan rasa kecewa apabila hasratnya untuk bertemu dan menghadiri majlis graduasi di pransekolah anaknya tidak kesampaian.

Ia susulan selepas Ameena dikatakan tidak menghadirkan diri di majlis berkenaan.“Bagi Kasih Sayang Tu Dekat Anak Tiri Atau Buat Baru,” – Fizi Ali Selar Netizen, Pertahan Hak Sebagai Bapa

IKLAN

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Fizi memaklumkan dirinya juga tidak mengetahui keberadaan anaknya ketika itu.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Fizi kini menyerahkan hal tersebut kepada peguamnya untuk melakukan siasatan lanjut.

Sekadar informasi, Fizi pernah bernikah dengan Shakilla pada 18 Januari 2018 dan sah bercerai pada Disember 2021.

Namun, pada 23 Oktober lalu Fizi selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI