Penyanyi Nabila Razali, 31 selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi tadi.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Dalam majlis yang bertemakan English Garden ini, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.
Ads
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya.
Ads
Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, dan juga selebriti. Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin.
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.
Ads
Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang menyeru semua pihak berhenti mengecam mereka yang bekerja diperusahaan yang mempunyai pertalian dengan negara Israel.
Menurut Michael, semua pihak bebas membuat keputusan untuk memboikot tetapi jangan sampai merendah-rendahkan orang lain.
“Salam. Posting ni bukan nak provoke atau suruh anda semua jangan boikot tapi untuk anda semua fikir-fikirkan la sebelum nak hina mereka yang bekerja dekat semua tempat yang anda semua nak boikot,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh Michael menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menerusi hantaran yang sama, pengarah drama One Million Dollar Voice ini turut berkongsi video keluhan daripada seorang pekerja orang kelainan upaya (OKU) bisu di sebuah restoran makanan segera terkemuka yang terkesan selepas ramai yang memboikot tempat dia bekerja.
Jelas Michael, dia juga kecewa dengan sikap segelintir pihak yang bertindak keterlaluan sehingga para pekerja ini menjadi mangsa untuk melempiaskan kemarahan.
“Tak nak beli tak mengapa tapi jangan lemparkan kata-kata kesat dan macam orang tak beragama.
“Semua melawan menentang Zionist tapi jangan la kita yang jadi zionist terhadap orang kita,” akhirinya.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 500,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
2023 boleh disifatkan sebagai tahun yang agak cemerlang buat pelakon, Isyariana dalam perkembangan kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Masakan tidak, baru sahaja muncul menerusi filem Mat Tudung Begins dan Saka Perawan, Isyariana kini bakal membintangi filem terbaharu yang berjudul Gadis Felai.
Malah, pelakon berusia 33 tahun ini juga dikatakan sudah mempunyai tawaran lain selepas selesai penggambaran filem ini. Wah, laku keras ya!
“Rezeki pada hujung tahun ini saya dapat banyak tawaran berlakon filem. Selepas tamat filem ini saya akan sambung filem lain pula.
“Saya berehat hampir lima bulan selepas berlakon dalam satu drama berepisod yang panjang. Bila kembali bekerja, tawaran itu lebih ke filem,” katanya kepada MH.
Bercakap mengenai filem Gadis Felai, Isyariana bakal membawakan watak sebagai seorang pempengaruh yang terpedaya dengan sendiket penipuan ‘trading forex’.
Menurut Isyariana, dia harus membuat kajian mengenai watak tersebut kerana tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang pelaburan pertukaran mata wang asing.
“Saya tak pernah terlibat tapi orang-orang di sekeliling saya ada yang aktif dalam bidang matawang, bitcoin dan sebagainya.
“Jadi, saya tahu sedikit sebanyak bagaimana forex trading ini berfungsi. Dalam filem ini, sebagai seorang yang terlibat di dalam dunia forex, saya kena mengkaji watak ini secara lebih mendalam,” ulasnya.
Isyariana berkata sedemikian ketika ditemui di majlis doa selamat filem Gadis Felai yang berlangsung di Ampang, Selangor pada Ahad.
Dalam pada itu, Isyariana memaklumkan dirinya lebih selesa penat bekerja daripada melaburkan wangnya ke sumber yang tidak diketahui.
“Saya pernah diajak tapi saya menolak. Saya seorang yang amat menjaga kewangan dan tak suka berbelanja secara berlebihan. Jadi, saya tak pernah rasa nak mencuba.
“Sejak daripada zaman MLM lagi, ramai yang cuba mendekati tapi saya hanya mendengar sahaja. Mereka gagal mempengaruhi saya
“Sejujurnya, saya tak percaya dengan cara mendapatkan duit secara mudah ini. Saya lebih suka bekerja. Jadi, saya tahu sumber itu datang daripada mana.
“Bila dapat duit dengan mudah , hati saya jadi tak senang. Mungkin saya juga terlalu berjaga-jaga dalam kehidupan,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Isyariana akui teruja apabila bakal bergandingan dengan hero daripada Indonesia, Renald Ramadhan di dalam filem Gadis Felai ini.
“Kami baru berjumpa hari ini (Ahad) tapi dia sudah pun mengambil berat tentang tangan saya yang cedera. Kami sudah pun ‘break the ice’.
“Saya amat bersyukur kerana saya memang sudah lama berhasrat nak berlakon dengan pelakon Indonesia.
“Alhamdulillah, ini merupakan rezeki saya untuk bekerjasama dengan produksi dua negara.
“Jalan cerita filem ini amat kuat dan impaknya sangat besar. Jadi, saya berharap agar filem ini dapat diterima di kedua-dua buah negara,” akhirnya.
Gadis Felai ini merupakan filem pertama arahan Zamri Zakaria yang sebelum ini terkenal menerusi drama Melur Untuk Firdaus.
Filem ini turut mebariskan barisan pelakon seperti Azrel Ismail, Norkhiriah, Zaryn Min dan seorang lagi pelakon Indonesia, Tsania Marwa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Isyariana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.