Ads

Syamel Akui Masih Terkesan, Lagu ‘Bila Kau Tiada’ Buat Air Mata Gugur – “Karya Khas Buat Arwah Ummi…”

Penyanyi Syamel mengakui sehingga kini dia masih belum mampu menyampaikan lagu Bila Kau Tiada secara langsung kerana karya tersebut terlalu dekat dengan kisah pemergian ibunya, Allahyarham Wan Faaizah Karim yang menghembuskan nafas terakhir pada 2021.

Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 32, berkata, naskhah berkenaan dihasilkan sebagai tanda penghargaan buat insan yang menjadi tulang belakang serta pendorong utama sehingga dia berjaya bergelar seorang penyanyi.

Jelas Syamel, dia mempersembahkan lagu tersebut sekali sahaja dan sehingga kini, memilih untuk tidak lagi membawakannya lagi setakat ini di pentas kerana bimbang gagal mengawal emosi.

Syamel Akui Masih Terkesan, Lagu ‘Bila Kau Tiada’ Buat Air Mata Gugur – “Karya Khas Buat Arwah Ummi…”

Syamel Akui Masih Terkesan, Lagu ‘Bila Kau Tiada’ Buat Air Mata Gugur – “Karya Khas Buat Arwah Ummi…”

“Saya hanya pernah nyanyikan lagu tersebut sekali sahaja iaitu ketika persembahan konsert bersama Ernie. Itu sahajalah kali terakhir.

“Karya ini memang ditujukan khas untuk arwah Ummi. Sampai sekarang, saya tidak boleh nak menyanyikan lagu itu lagi setakat ini.

“Sebab saya mesti akan sedih. Memang kami tulis lagu itu untuk arwah dan ketika itu, Ummi baru pergi meninggalkan kami semua,” katanya kepada MH.

Bekas peserta Akademi Fantasia 2015 itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya, Pertama di Cloud by Shepherd, Shah Alam pada Rabu.

Karya Khas Buat Arwah Ummi

Dalam pada itu, Syamel turut berkongsi cabaran yang perlu dilaluinya setiap kali menjalani proses rakaman apabila dia perlu menghidupkan semula emosi yang pernah dirasai bagi memastikan setiap karya disampaikan dengan penuh penghayatan.

Ads

Syamel Akui Masih Terkesan, Lagu ‘Bila Kau Tiada’ Buat Air Mata Gugur – “Karya Khas Buat Arwah Ummi…”

Syamel Akui Masih Terkesan, Lagu ‘Bila Kau Tiada’ Buat Air Mata Gugur – “Karya Khas Buat Arwah Ummi…”

 

“Bagi tuntutan rakaman sebuah lagu pada peringkat awal, saya kena berada dalam emosi itu untuk ‘feel’.

“Bagi saya, ia sesuatu yang tidak mudah sebab pendengar tidak akan tengok kita secara langsung.

“Sebaliknya, ia perlu disalurkan melalui suara. Jadi, rintihan suara itu dan segala kesedihan yang pernah saya lalui perlu dicurahkan dengan sebaiknya,” ujarnya lagi.

Ads

Syamel yang popular menerusi lagu Hidup Dalam Mati itu turut menambahcm, setiap lagu yang dinyanyikannya pasti mengembalikan kenangan bersama arwah ibunya, termasuklah genre lagu yang berentak rancak.

Syamel Akui Masih Terkesan, Lagu ‘Bila Kau Tiada’ Buat Air Mata Gugur – “Karya Khas Buat Arwah Ummi…”
Syamel Akui Masih Terkesan, Lagu ‘Bila Kau Tiada’ Buat Air Mata Gugur – “Karya Khas Buat Arwah Ummi…”

“Pasti akan teringat sebab arwah Ummi ialah orang yang paling rapat dengan saya.

“Bukan sahaja lagu ‘Dalam Kenangan’ malah semua lagu-lagu mengingatkan saya pada dia. Lagu rancak seperti ‘Aku Bukan Dia’ pun saya tetap akan rasa sedih.

“Iyalah, arwah tak sempat untuk dengar lagu dan menyaksikan pelancaran album pertama ini Sedangkan dia orang pertama yang sentiasa menyokong dan mendorong saya untuk aktif dalam bidang nyanyian.

“Semua lagu yang saya sampaikan akan ada kenangan tersendiri. Cuma ‘Bila Kau Tiada’ itu adalah lagu yang saya memang tak mampu nak nyanyikan lagi,” katanya lagi.

Ads

Album Pertama Simbolik Perjalanan 10 Tahun

Terdahulu, Syamel mengadakan sesi listening party album sulungnya, Pertama, bersama peminat dan rakan media sempena sedekad penglibatannya dalam industri seni.

Anda mungkin berminat dengan

Album tersebut menampilkan lagu Dalam Kenangan, Aku Bukan Dia, Bila Kau Tiada serta tiga lagi karya baharu yang menjadi simbolik perjalanan seni dan kisah peribadinya.

“Selepas 10 tahun berada dalam industri, akhirnya saya dapat mempersembahkan album pertama, Alhamdulillah.

“Saya tidak mahu menghasilkan album hanya kerana merasakan sudah tiba masanya.

“Saya mahu menunggu sehingga saya benar-benar mempunyai cerita, pengalaman dan keberanian untuk menghasilkan sebuah album yang terasa jujur kepada diri saya,” katanya.

Menerusi Pertama, Syamel turut bekerjasama dengan Edry Abdul Halim, Aizat Amdan, Mel Ramlan, Yusuff Khan dan Adam Armin.

Syamel juga terlibat dalam proses penulisan dan penciptaan menerusi lagu Cukup Sekali, Dalam Kenangan dan Aku Bukan Dia bagi memastikan identiti album tersebut kekal dekat dengan dirinya.

Album Pertama akan tersedia di semua platform penstriman digital bermula 24 Julai ini.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Bangga Lihat Kawan-Kawan Lain Berjaya…,” – Hadie Elfardie Tak Rasa Ketinggalan,...

Penyanyi, Hadie Elfardie meluahkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan pengajian serta latihan industri, sekali gus bersedia untuk kembali menyusun langkah bagi terus aktif dalam dunia seni.
error: Hello. Cannot.